Saturday, August 28, 2010

Bila bukan Islam masuk ke Masjid

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berucap selepas menyampaikan bantuan pada surau al-Huda. Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil marah dan kecewa, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pula berkata, tindakan nazir dan ahli jawatankuasa surau itu membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan dan menyalahi hukum. MAIS dan JAKIM akan mengambil tindakan keras pada pengurusan surau. Ramai ahli politik turut serta memberi komen yang kadang-kala entah apa-apa dan mengelirukan.


Cuba lihat gambar dan cerita di bawah:


“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”


Jelas sekali, Majlis Fatwa membenarkan 'bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab'.


Jika mengikut media Malaysia pula, pastilah Mufti Besar Turki SS Mustafa Cagrici dan lain-lain ulama Turki ini dituduh sesat kerana membawa dan mengajak Pope Benedict XVI ketika beliau menunaikan sembahyang bersama, di Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) di Istanbul pada November 2006. Dan juga Imam Besar Masjid Raja Hussein Bin Talal, Jordan kerana menegah Pope dari menanggalkan kasutnya ketika masuk ke ruang solat masjid (karpet berjalan disediakan).


Betulkah begini? saya tidaklah mempertahankan si MP DAP tu, tapi mana yang betul jangan dikatakan betul, yang batil jangan dikatakan tidak batil.