Monday, December 5, 2011

Jadual pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2012



Jadual pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2012. Kakitangan awam juga masih menunggu kadar kenaikan gaji baru yang bakal diumum bila-bila masa sahaja dibawah skim SPBA.

Thursday, November 10, 2011

Belanda semakin hampir mengharamkan penyembelihan secara Islam (HALAL) dan Yahudi (KOSHER).





SHAH ALAM 06 NOV : Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.

Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.


Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher".
Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda.

Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-un
dang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate.

Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "
stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih.

Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digu
nakan di dalam agama Islam dan Yahudi.
Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda.

Mengikut laporan BBC Jun lalu, ke
tua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit.

Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party.
Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka.

Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda.

"Setengah pihak tidak mahu oran
g Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai).

"Mereka mahu orang Islam m
engamalkan agama hanya di rumah dan bukan di dalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC.


bacaan selanjutnya di
1. http://www.rferl.org/content/halal_kosher_jews_muslims_the_netherlands/24251249.html
2. http://www.irishtimes.com/newspaper/world/2011/0629/1224299730752.html

Sunday, July 10, 2011

Kejatuhan Kedah di tangan kuasa asing akibat dari PERBELANJAAN PERKAHWINAN DIRAJA!








Perkahwinan 3 Juta

Perkahwinan 3 juta merupakan istiadat perkahwinan DiRaja Bagi perkahwinan lima orang putera dan puteri Sultan Abdul Hamid iaitu Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Rashid, Tunku Jamjam, Tunku Rokiah dan Tunku Joriah yang diadakan selama 3 bulan pada tahun 1906. Istiadat peminangan telah dilangsungkan pada 15 Jun 1904. Istiadat ini telah dilaksanakan oleh 15 orang iaitu 3 orang lelaki (tua), 3 orang perempuan (tua) bersama-sama dengan 6 orang pemuda dan 3 orang pemudi. Orang-orang tua diberi tanggungjawab dalam urusan menjalankan proses peminangan itu. Pemuda-pemuda itu pula membawa cepu yang berisi "mas kahwin" termasuk wang dan barang-barang hadiah yang lain. Selepas ketua rombongan menyampaikan surat pinangan kepada ayah pengantin perempuan atau kepada wakilnya dan kemudiannya surat itu dibaca di hadapan orang ramai. Selepas itu, rombongan peminangan pulang diiringi paluan nobat dan dipayungi dengan "obor-obor hijau".

Perkahwinan tersebut telah diadakan secara besar-besaran melibatkan semua daerah di dalam negeri. Persediaan yang diatur meliputi bekalan beras yang banyak, ayam, itik dan kerbau. Semua tanah jajahan diminta mengadakan persembahan makanan untuk perayaan ini. Balai-balai didirikan di Alor Setar sebagai tempat jamuan untuk tetamu-tetamu yang hadir. Balai ini didirikan di sebuah padang yang terletak antara Masjid dan Balai Besar yang kini dikenali sebagai "Padang Court".

Persiapan Istiadat Perkahwinan

Semua rakyat Kedah pada ketika itu yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah diminta untuk mendirikan bangunan, membersihkan jalan raya-jalan raya dan bandar-bandar. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi 2 ekor kerbau dengan seguni beras pada setiap hari.

Selain barang makanan dan pakaian yang terdapat di dalam Negeri, banyak barang-barang keperluan telah dibawa masuk dari luar negeri. Satu taksiran menyatakan bahawa sebanyak 5 buah kapal, yang sarat dengan barang-barang tiba di Kedah. Sekolah Melayu Jalan Baharu telah digunakan untuk menyimpan barang-barang berkenaan sehingga runtuh lantainya kerana terlalu banyak barang yang disimpan.

Persandingan yang pertama ialah persandingan Putera Sultan yang sulung bernama Tunku Ibrahim yang terkenal dengan gelaran "Tunku Sulong". Istiadat perkahwinan Tunku Ibrahim mengambil masa selama dua minggu, selang beberapa hari selepas itu, perkahwinan Tunku Abdul Rashid (Tunku Daii), Tunku Jamjam (Tunku Pok), Tunku Rokiah dan Tunku Jora dilangsungkan. Selama tiga bulan, semua tetamu yang datang dari seluruh negeri Kedah diberi makan secara percuma. Dewan-dewan yang dibina adalah seperti rumah-rumah tumpangan percuma dengan makanan dan minuman boleh didapati pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya 40 ekor lembu dan kerbau disembelih setiap hari.

Pada sebelah malam pula diadakan berbagai-bagai persembahan seperti Bangsawan, Wayang Kulit, Hadrah dan acara silat. Terdapat wayang Melayu, Cina, India dan Siam. Empat panggung ronggeng disediakan bersama 7 orang penari yang datang dari Singapura dan Pulau Pinang.

Kesimpulan

Perbelanjaan mengadakan istiadat perkahwinan DiRaja ini menelan belanja sebanyak 3 hingga 4 juta ringgit. Kerajaan Kedah pada masa itu tidak mampu menyediakan perbelanjaan sebanyak itu. Oleh itu, pinjaman telah dibuat daripada Kerajaan Siam bernilai $2,600,000 dengan dikenakan beberapa syarat antaranya melantik Mr. Kart menjadi Penasihat Kewangan di Kedah. Dalam tahun 1909, apabila Kedah menjadi negeri naungan Inggeris, seorang penasihat Inggeris bernama Mr. W.G Maxwell telah dilantik. Oleh yang demikian kerajaan Inggerislah yang bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang tersebut kepada Kerajaan Siam. Justeru, perkahwinan yang menelan perbelanjaan yang besar itu adalah antara faktor yang menjadi punca campur tangan Inggeris di Kedah.




Gambar 1. Sebuah bangunan yang indah di hadapan istana pelamin merupakan balai jamuan untuk kerabat DiRaja yang digunakan selama 90 hari



Gambar 2. Panca Persada ialah sebuah senibina tujuh tingkat untuk menyiram pengantin DiRaja dalam istiadat perkahwinan. Ianya didirikan dalam kawasan istana pelamin di belakang balai besar




Gambar 3. Sepasang pengantin akan dikahwinkan selang dua minggu sejak Jun 1904. Sebelum istiadat bersanding, para dayang dan inang dari istana akan memungut daun inai dari "Tambak" dalam gambar ini. Letaknya di sebelah kanan Balai Besar.


Gambar 4. Pengantin DiRaja disiramkan di atas Panca Persada. Setiap pasangan diletakkan di atas genta di dalam gambar dan air siraman akan mengalir dari mulut naga ke atas badan pengantin.


Sumber: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI KEDAH

Friday, June 17, 2011

1 Malaysia, 13 Mei 1969 dan Hak Keistimewaan Melayu


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.


Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah…


[Membaca sepotong doa]


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.


Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.


Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.


Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.


Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.


Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?


Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting


Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.


Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina – Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu – Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.


Apabila wartawan majalah – Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina – Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.


Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.


Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.


Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?


Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN – Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman – Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong – 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.


Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman – 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?


Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.


Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.


Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.


Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.


Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.


Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.


Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.


Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.


Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.


Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”


Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.


Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?


Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.


Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.


Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.


Tuan Yang di-Pertua…


Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.


Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.


Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.


Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.


Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.


Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.


Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini…sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.


- Petikan Hansard Dewan Rakyat


diolah dari:

http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/05/13/may-13th-1969-the-correct-view-part-1/

http://www.pribumiperkasa.com/?p=3725

http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia



Friday, June 3, 2011

Semua Bumiputera yang dapat 8A keatas akan dapat biasiswa MARA? Sahih ke atau satu lagi janji kosong?

PUTRAJAYA 2 Jun - Semua pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat lapan A ke atas akan mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) walaupun gagal dalam sesi temu duga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian tajaan tersebut akan dikelaskan kepada dua bahagian iaitu tajaan untuk pengajian luar negara dan dalam negara.

Menurutnya, pelajar yang lulus sesi temu duga sahaja akan ditawarkan tajaan mengikuti program ijazah luar negara dan mereka yang gagal pula ditawarkan tajaan melanjutkan pelajaran dalam negara.

"Mara tidak mengamalkan sikap 'pilih kasih', semua pemohon akan diberikan tajaan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka yang gagal dalam sesi temuduga, kita tetap tawarkan tajaan melanjutkan pelajaran di dalam negara dan terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," katanya.

Beliau mengulas rintihan seorang pelajar cemerlang yang mendapat lapan A+ tetapi gagal mendapat tajaan Mara seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia hari ini.

Pelajar terbabit mendakwa dia difahamkan oleh pihak Mara terdapat lebih seratus pelajar cemerlang telah gagal mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Mohd. Shafie, Mara tidak boleh menaja kesemua pemohon melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Justeru sesi temu duga yang dilakukan bertujuan untuk menapis pelajar cemerlang dan mengukur tahap kemampuan pelajar berkenaan. Mereka perlu akur dengan apa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengikut langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat berteraskan kecemerlangan dengan mengkategorikan guru mengikuti empat lapisan jawatan.

Katanya, prosedur kenaikan pangkat baru itu seratus peratus menyamai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Menurut beliau, langkah tersebut diyakini mampu memperluaskan kerjaya perguruan dan seterusnya membuka laluan mencapai gred 54 dalam tempoh perkhidmatan selama 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat ditetapkan.

Saturday, April 2, 2011

Lambakan guru Sains dan Matematik pula?

Seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.

“Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana.

Katanya, ia sejajar Dasar 60:40 2010 iaitu 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus Sastera pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020 kerana ia adalah pemangkin kepada pembangunan sains dan teknologi.

“Kerajaan wajar mengoptimumkan lebihan itu supaya jurang pendidikan pelajar bandar dengan luar bandar dirapatkan. Saya terkejut kerana andaian umum selama ini menyatakan kedua-dua opsyen berkenaan menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar,” katanya.

Seorang pelajar Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Rafiz Raymond, 20, berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai lebihan guru bagi subjek berkenaan.

“Saya terkejut dengan perkembangan itu kerana selama ini kami mendapat maklumat subjek Sains dan Matematik adalah mata pelajaran kritikal yang memerlukan lebih tenaga pengajar,” katanya.

Pelajar Pendidikan Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Raindy Andurah, 19, pula berkata beliau memilih matematik sebagai kursus pilihan kerana sepanjang pengetahuannya subjek itu memerlukan lebih ramai guru.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan.

Sehubungan itu, katanya UPSI sudah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya kepada Sejarah atau Kemahiran Hidup yang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar.

“Mungkin pada masa depan mata pelajaran Kemahiran Hidup dipertingkatkan sukatannya dan mempunyai pendidikan reka bentuk kontemporari,” katanya.

- BERITA HARIANv

Thursday, March 10, 2011

Orang yang zalim, dizalimi dan penyokongnya

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 42-43 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka sehingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana binggung dan cemas).”

Jika Islam menyeru kita semua menegakkan keadilan Islam,maka Islam juga dalam masa yang sama menegah untuk kita melakukan kezaliman. Bahkan bukan sahaja kita dilarang melakukan kezaliman , malah cenderung kepada kezaliman pun dilarang oleh Allah s.w.t.

firman Allah dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolongpun yang lain melainkan Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

Firman Allah dalam Surah al-An’am, ayat 68 yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain, dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu.)”

Sama-samalah kita bermuhasabah diri

Sunday, February 27, 2011

Laluan getir bolasepak Malaysia menuju OLIMPIK LONDON 2012

Langkah pasukan Harimau Muda menuju Sukan Olimpik London 2010 penuh berliku. Pakistan baru merupakan rintangan awal dari tiga tahap menuju London.

Harimau Muda baru selesai menghadapi Pakistan dengan kemenangan 2-0 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 Februari yang lepas. Perlawanan timbal balas akan diadakan di Lahore pada 9 Mac 2011. Perlawanan yang jelas didominasi Harimau Muda tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk meraih kemenangan lebih meyakinkan sehingga menimbulkan keraguan beberapa pihak tentang kemampuannya mara lebih jauh dalam acara kelayakan ini.


Dalam sejarah bolasepak negara zon AFC, Malaysia sebenarnya sudah 2 kali melakarkan kejayaan layak ke Olimpik. Bagaimanakah langkah pasukan Harimau Muda untuk kembali melakar kejayaan yang amat didambakan oleh semua peminat tanahair?

Peserta dari AFC terdiri dari 35 negara yang dibahagi ke dalam dua tahap. Tahap utama terdiri daripada 13 negara. Vietnam menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara (ASEAN/AFF). Tahap utama ini menunggu hasil pertemuan 22 pasukan terbawah.


Malaysia termasuk dalam deretan negara 22 terbawah bersama pasukan-pasukan seperti Thailand, Indonesia, Oman, UAE, Yaman dan Iran. Undian perlawanan yang mempertemukan Malaysia dan Pakistan, Indonesia dan Turkmenistan serta perlawanan lainnya telah diadakan pada 20 Oktober 2010.

Semua 22 pasukan tahap bawah ini menjalani pra-kelayakan pada 23 Februari dan 9 Mac 2011 dengan sistem timbal-balas. Satu perlawanan antara Yaman dan Singapura pula diadakan pada 2 Mac 2011. .


11 pemenang dari pra-kelayakan tersebut lalu akan bergabung dengan 13 pasukan tahap teratas seperti Australia, Jepun, Arab Saudi, Qatar, Korea Selatan dan Vietnam. 24 pasukan itu kemudian akan saling bertemu dalam babak pertama dengan format timbal-balas yang dijadualkan pada 19 dan 23 Jun 2011.


12 pasukan yang menang kemudiannya akan dibahagi pula kedalam tiga kumpulan kelayakan yang mengandungi 4 pasukan. Perlawanan kumpulan kelayakan dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011, 23 dan 27 November 2011, 5 dan 22 Februari 2012 dan 14 Mac 2012.


Juara setiap kumpulan kelayakan akan mendapat tiket automatik ke London 2012, manakala naib juara dari ketiga-tiga kumpulan kelayakan akan saling bertemu untuk merebut 1 lagi tiket play-off. Pelawanan runner-up ini akan diadakan di tempat neutral dengan format round-robin pada 25-29 Mac 2012. Pemenang kumpulan runner-up ini akan menentang pasukan tempat keempat kelayakan Afrika (CAF). Diatas kertas, Asia hanya mempunyai 3 tiket automatik ke London 2012, dan maksimumnya 4 jika mampu menundukkan wakil Afrika nanti.


Negara Asia tahap utama harus bertarung 8 perlawanan untuk meloloskan diri ke London 2012 dengan menjadi juara kumpulan kelayakan. Jika menjadi naib johan kumpulan, pasukan tahap kedua seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia akan bertarung sebanyak 10 kali jika menjadi juara kumpulan kelayakan. Jika menjadi naib johan, mereka terpaksa mengharungi 12 perlawanan secara maksimum.


Senarai 13 negara tahap teratas

Negara 13 Teratas

1. Australia
2. Bahrain
3. China
4. Korea Utara
5. Korea Selatan
6. Iraq
7. Jepun

8. Lebanon
9. Qatar
10. Arab Saudi
11. Syria
12. Uzbekistan
13. Vietnam

Negara 22 Terbawah


14. Bangladesh
15. Taiwan
16. Hong Kong
17. India
18. Indonesia
19. Iran
20. Jordan
21. Kuwait
22. Kyrgyzstan
23. Malaysia
24. Maldives
25. Myanmar
26. Oman
27. Pakistan
28. Palestin
29. Singapura
30. Sri Lanka
31. Tajikistan
32. Thailand
33. Turkmenistan
34. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
35. Yaman