Tuesday, October 27, 2009

Apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

KETIKA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.

Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah tempat anak kita mencari ilmu?

Lebih dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat Cina dalam memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak.

Cadangan itu amat wajar memandangkan sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira untuk mengeluarkan wang demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila untuk mengutip yuran tahunan sekolah pun kerajaan perlu melakukannya dengan penuh diplomasi.

Pada kesempatan tertentu seperti hari terbuka sekolah atau hari sukan atau ketika mesyuarat agung PIBG, pernahkah kita melihat-lihat persekitaran sekolah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada dan membaikinya? Pernahkah kita terfikir untuk menderma secara sukarela kepada tabung PIBG agar aktiviti bermanfaat dapat dijalankan demi kebaikan anak-anak kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mewakafkan sesuatu untuk kegunaan semua murid di situ?

Dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa PIBG di sekolah anak penulis, seorang bapa telah bermurah hati untuk mendermakan sembilan daun pintu tandas setelah mendapati sembilan tandas murid di sekolah itu tidak berpintu.

Ada juga hikmahnya bapa murid ini menemani anaknya ke tandas ketika hadir mesyuarat itu.

Mengapa tandas-tandas itu dibiarkan tidak berpintu sedangkan ia melibatkan isu aurat dan privacy ketika ke tandas - agak sukar difahami oleh penulis. Menurut pihak sekolah, mereka telah melaporkan perkara itu ke Pejabat Pelajaran. Namun, tiada tindakan diambil sehinggalah pintu-pintu tandas itu didermakan oleh seorang bapa dan dipasangkan oleh bapa murid lain.

Kemurahan hati kedua-dua orang bapa tadi ternyata memberi sumbangan yang besar kepada sekolah dan memberikan keselesaan kepada semua murid di sekolah tersebut.

Bayangkan jika semua ibu bapa murid di sekolah ini bersikap pemurah dan ringan tangan seperti kedua-dua bapa tadi. Pelbagai kemudahan akan dapat disediakan dan para pelajarnya akan mendapat manfaat yang begitu besar sekali.

Secara umumnya, umat Islam faham bahawa agama Islam mengagungkan ilmu.

Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap umat Islam. Menuntut ilmu itu amat digalakkan sehingga dalam sebuah hadis disebut bahawa Allah akan memudahkan satu jalan untuk ke syurga bagi mereka yang keluar untuk menuntut ilmu.

Sikap mengutamakan ilmu oleh Islam ini juga jelas apabila ia meletakkan golongan yang berilmu pada satu kedudukan yang tinggi (Surah al-Mujadalah: 11).

Ganjaran dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah ini bukanlah untuk mereka yang menuntut ilmu dan yang memiliki ilmu sahaja, tetapi juga kepada mereka yang membelanjakan hartanya untuk ilmu, perkembangan ilmu serta bagi tujuan orang lain mendapatkan ilmu.

Ini kerana apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan atas nama ilmu yang bermanfaat, ia dianggap sebagai perbelanjaan ke jalan Allah. Maka, mengapa kita begitu sukar untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak?

Sebenarnya, ada banyak cara untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak kita. Bagi yang berduit, mereka boleh menderma. Namun, pada pandangan penulis, kita tidak perlu tunggu kaya sebelum kita boleh menyumbang dalam bentuk wang. Apa yang lebih penting ialah kemahuan.

Kalau dalam sebuah sekolah itu setiap ibu atau bapa boleh dermakan RM1 sebulan untuk setiap anak, sebuah sekolah yang memiliki 1,000 murid akan mempunyai dana tambahan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ia bersamaan RM12,000 dana tambahan setahun.

Macam-macam yang boleh dibuat oleh sekolah dengan duit sebanyak ini untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak kita.

Mereka yang ada ilmu dan kemahiran tentang sesuatu pula, boleh berkongsi ilmu dan kemahiran itu dengan para pelajar melalui kelas-kelas tambahan atau aktiviti tertentu.

Sebagai contoh, di kaca TV kita selalu menonton watak bapa yang menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak anaknya. Banyak lagi ruang lain yang boleh digunakan untuk memberikan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada murid-murid di sekolah anak-anak kita.

Peluang ini juga merupakan satu lagi saluran untuk kita merebut ganjaran daripada Allah. Seperti yang kita maklum, semua amalan kita akan terhenti bila kita meninggal dunia, kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.

Maka, seandainya kita secara sukarela memberi sesuatu ilmu dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah tersebut dan mereka pula menggunakannya sepanjang hidup mereka, maka selama itulah amalan kita tidak akan terputus.

Cara lain untuk menyumbang adalah dengan memberikan sesuatu perkhidmatan.

Misalnya, seperti si bapa yang memasangkan daun pintu tadi. Beliau mungkin tiada wang untuk didermakan, tetapi beliau ada kemahiran untuk disumbangkan. Ibu bapa yang ada kemahiran seperti ini boleh menawarkan diri kepada pihak sekolah. Contohnya, apabila ada paip pecah atau tersumbat dan sebagainya, pihak sekolah boleh menggunakan khidmat mereka untuk membaiki kerosakan-kerosakan seumpama itu dan mengembalikan keselesaan kepada semua pengguna di sekolah itu, khususnya para pelajar.

Marilah kita mengubah sikap kita terhadap pihak sekolah. Daripada semata-mata mengharapkan sekolah melakukan keajaiban kepada anak-anak kita, apa kata kita bantu mereka untuk melakukan keajaiban itu? Kita boleh bantu dengan wang, dengan ilmu dan kemahiran, juga dengan sesuatu perkhidmatan.

Dalam kes pintu tandas tersebut, jika wujud kemurahan hati dan keringanan tulang di pihak ibu bapa, berserta koordinasi yang baik dari pihak sekolah, penulis yakin masalah itu akan dapat diatasi lebih awal lagi.

PENULIS ialah Felo Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Wednesday, October 7, 2009

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

"Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

So, apa tunggu lagi.. tarik la balik bantuan pada orang-orang Indon yang biadap tu. Tumpukan sahaja di kawasan kampung-kampung, bukan lagi hanya di kawasan elit seperti hotel dan kediaman mewah sahaja.. Memang bangsa yang tidak sedarkan diri.. Nak maki pun saudara sebangsa juga.. huh

Thursday, September 17, 2009

Untuk orang Indon oleh Encik: "MatRempit Australia"

Untuk orang Indon oleh Encik: "MatRempit Australia"
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TKTFM58F53EN7JIFM/p74

Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya dan pemerhatian
saya terhadap WARGA INDON, saya telah ke INDON sebanyak 3 kali :
Menjadi antara rakyat MALAYSIA pertama (bersama kumpulan saya) yang menghulurkan bantuan kepada ACHEH ketika Tsunami sebelum bantuan dari Jakarta dan negara lain sampai. Melancong ke Jakarta selama 2 minggu Ke Jakarta atas urusan kerja pandangan saya terhadap warga INDON ialah :

1. Rakyat yang tidak bertamadun

kepada sesiapa yang berpeluang ke INDON, anda akan merasakan tiba di suatu dunia yang sangat luar biasa. lelaki dan perempuan kencing ditepi jalan, kesesakan jalanraya yang luar biasa, kebanjiran pengemis/pengulung di merata tempat, kesukaran mencari tempat makan yang bersih, tiada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain, puluhan orang duduk diatas keretapi, kawasan sekeliling yang penuh dengan setinggan dan bandar yang sagat-sangat kotor!

2. Duit adalah segalanya Di INDON

duit adalah segalanya, anda boleh membeli polis untuk kepentingan
peribadi, membeli lesen memandu tanpa latihan, membayar hakim untuk kes di mahkamah dan INGAT, tanpa duit di INDON anda tidak boleh sakit dan tidak boleh belajar…

3. Pemerintah yang GILA HARTA

Siapa yang masih ingat dengan TOMMY anak kepada Suharto? Tommy di tangkap kerana kes membunuh, oleh kerana Tommy seorang anak PRESIDEN,penjara Tommy sama seperti berada didalam istana. Ini belum dikira harta SUHARTO, ada rakyat INDON mengatakan bahawa sekiranya duit Suharto di isi kedalam lori kontena, Jumlah lori kontena yang diperlukan ialah sepanjang 40KM!

4. Yang Kaya terus Kaya, Yang Miskin Terus Miskin

Ini adalah hakikat di INDON, saya pernah ke satu kawasan di Jakarta namanya TANAH ABANG,di sana anda boleh lihat ratusan ISTANA orang-orang kaya tetapi jika anda pergi ke tempat lain, anda akan lihat orang miskin menadah sisa nasi di dalam longkang.

5. Cerdik komputer tapi *****

Masih lagi INGAT dengan virus BRONTOX!, virus ini adalah hasil rekaan hacker gila di INDON! Ramai di INDON menyalah guna kepandaian komputer mereka dengan membuat sesuatu yang ***** seperti meng”HACK” website, mencipta virus, menggangu sistem komputer, mencuri secara ONLINE dan lain-lain

6. Masalah penerbangan

sampai sekarang sudah beratus-ratus pesawat milik INDON terhempas melibatkan ribuan nyawa, ini lebih teruk jika ingin di bandingkan dengan negara di Afrika seperti Malawi dan Rwanda. Persoalanya dimanakah letaknya akal dan maruah pemerintah INDON? adakah nyawa warga INDON sama harga dengan seekor ayam? Jika ingin disalahkan alam, ini satu alasan yang sangat tidak logik, bukan di INDON sahaja berlaku ribut, hujan, dan taufan. Tetapi ini berpunca dari warga INDON sendiri! tidak mampu menguruskan masala sendiri, sibuk dengan masalh luar… kata kata presiden INDON : SABAR BANYAK YA…

7. Rakyatnya berfikir seperti lembu

ini adalah kenyataan yang INDON harus terima, lihat sekarang didalam blog, website dan forum INDON yang selalu mencari kesalahan orang MALAYSIA dan berhasrat mahu membunuh orang MALAYSIA. Tetapi lupakah kalian di sini terdapat 3 juta rakyat INDON? Siapa yang memberi makan rakyat INDON disini jika bukan kami? Malaysia sudah membantu INDON dengan pelbagai pertolongan dan ini balasan INDON. INDON tidak ubah seperti seekor ANJING yang menggigit tuanya…

Sebelum ini, banyak blog dan website berkaitan MALINGSIA hendak
melancarkan perang terhadap MALAYSIA, persoalanya, mampukah INDON menyerang MALAYSIA. Semua laman maya indonesia sekarang sibuk memaki hamun malaysia, malah menuduh semua rakyat malaysia anak babi, anak haram, murtad dan sebagainya.. Aneh!!!

Wednesday, September 2, 2009

Kena jugak akhirnya...

akhirnya aku turut ditahan.. 7 hari di hospital Yan, 7 hari di Hospital Sg Petani.. berjangkit jugak kat sekolah.. nasib baik ILI bkn H1N1.. tu pun perit dahh....

Friday, August 14, 2009

Pengaduan kepada Tuhan...

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini banyak perpincangan terjadi
Islam hanya tinggal pada nama
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
‘Ulama yang memandang dunia
Tabi’atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang maruah malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Ampunkan segala dosa-dosa kami yang pernah kami lakukan
Matikan kami didalam keadaan yang beriman

Inilah pengaduanku pada mu Tuhan…….

Thursday, August 13, 2009

H1N1.. Kenapa tak boleh tutup sekolah?

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai.

"Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian. "Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit.

"Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," kata Tengku Puan Pahang.

"Sekolah tak perlu tutup kalau seorang atau dua kena (H1N1). Mereka akan dikuarantin, pelajar boleh belajar seperti biasa," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin..

"Aku tak sakit lagi takat nih, tapi kat sekolah makin ramai murid yang tak hadir, macam mana ni? nak tunggu berapa kematian per sekolah baru nak tutup? Hari-hari ada saja murid dihantar pulang kerana demam secara tiba-tiba disaat P&P berjalan" kata saya pula.

"Tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik." kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai

"Apa?? tunggu ramai-ramai kena baru nak tutup?" kata saya lagi. "Aiyaa..!!"

Untuk mereka yang sihat, virus A(H1N1) biasanya tidak membunuh. Tetapi bagi sesiapa yang berada dibawah kesihatan yang kurang baik, komplikasi seperti pneumonia boleh mengakibatkan kematian mereka.

Kesihatan yang kurang baik ialah seperti:

(a) diabetes
(b) chronic lung problems such as asthma
(c) kidney problem requiring for example dialysis machine.
(d) chronic heart problem.
(e) another organ problem as such liver or pancreatic problem
(f) obesity
(g) having a low immune system usually associated with old people 60 years and above.
(h) pregnant women
(i) pulmonary hypertension

Jadi, untuk menentang pneumonia yang mungkin berlaku ketika dijangkiti flu ini, seseorang hendaklah mengambil pemvaksinan pneumococcal (pneumococcal vaccination) dengan segera.

Anda yakin anda amat sihat untuk menentang A/H1NI?? Berdoalah agar begitu..

Ameenn

Monday, July 6, 2009

LUAHAN HATI SEORANG CIKGU


Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1petang dah boleh pulang
kalau masuk kelas,bebel-bebel sikit,lepas tu
keluar.........

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak
kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang dibilik guru dari buat kerja.....

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...

TETAPI

Orang tak tahu.....

Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti ko-kurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk kena buat persediaan mengajar/
mengeja
kena marah dek cikgu,murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka depa....
tu kalau bernasib baik tak kena penampar

Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks
habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeranian, isi data budak, tulis surat,
hantar budak ke klinik. hantar budak pertandingan,tanda buku latihan,
buat soalan ujian,peperiksaan hantar data,menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....

Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti,cikgu kekadang kena ke sekolah juga
sebab nak siapkan kerja
rumah bersepah bagai perkara biasa
nak kem,as pun jarang ada masa

Ramai orang tak tahu...
cikgu dah mula pening kepala dan stress
bukan layan karenah budak,tapi dok layan karenah mak bapak..

Ramai orang tak tahu
cikgu ni moto dia ada satu saja
' saya yang menurut perintah'

Sekarang kami nak bagi tahu
hargailah pengorbanan seorang insan bergelar
"CIKGU"

Wednesday, July 1, 2009

1Malaysia, Perpaduan Melayu dan Royalti Minyak

Ini adalah isu penting untuk ditangani BN semasa PRK Manik Urai. Berkaitan konsep 1Malaysia yang diwar2kan sekarang, adalah wajar kerajaan Pusat menyelesaikan segera isu royalti minyak di Kelantan, yang bukan isu baru kerana ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu.

Hasil minyak dan gas di Kelantan jika di daratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyatnya tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.

"Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan regim BN hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka regim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand," kata seorang pemimpin PKR. Tindakan tersebut menggambarkan kebusukan hati sesetengah pemimpin BN yang sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Allah, ujarnya lagi.

Aku sendiri telah mendengar kata2 Nik Aziz semasa pelncaran ECER dulu bersama2 PM Paklah. Malang sekali kenyataan Nik Aziz itu disenyapkan oleh pihak media. Bukannya aku nak mengutuk2 kerajaan BN, tetapi alangkah wajarnya ketika media sibuk mewarwarkan perpaduan Melayu etc ketika ini, pihak BN mulakan dulu dengan membantu negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dengan mengembalikan hak mereka. Barulah apa yang dilaksanakan itu selaras dengan apa yang diperkatakan. Jika tidak, ia hanya akan menjadi satu lagi omong kosong yang akan dijadikan bahan umpatan oleh rakyat bawahan.

Begitulah terjadi di Kedah ketika BN kalah tahun lepas. Dalam satu Majlis anjuran UMNO Jerai yang diadakan di SMKA Yan, seorang pemimpin kanan UMNO negeri yang merupakan bekas Speaker DUN kedah tanpa segan silu menyeru kerajaan Pusat menghukum rakyat dan kerajaan Kedah dengan menyekat segala bantuan ekonomi dan pelaburan agar Kedah menjadi melarat dan miskin. Terkejut aku dengan bahasa yang amat tidak bertanggungjawab itu. Kerana kalah, sanggup menghancurkan bangsa dan negeri sendiri. Katanya "biar kita sama2 miskin, baru padan muka sapa2 yang x pangkah BN". Aku yakin kat mana2 pun sama esp Kelantan.

Renung-renungkan.......


Saturday, May 23, 2009

Mat Rempit, Mat Cemerlang atau Samseng Jalanan

Masih segar dalam ingatan betapa peliknya idea kontroversi yang pernah dicetuskan oleh YB Khairy Jamaludin ialah cubaan beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera UMNO Malaysia untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang".

Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Baru-baru ni pula Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof mengulas istilah Mat Rempit yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, beliau berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz.

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Aku secara peribadi ingin menyarankan agar Mat Rempit ini dirotan sahaja dengan 1 sebatan. Harap2 ini dapat menjadi satu penghalang kepada gejala ini. Masuk penjara buat perabis duit rakyat je bagi makan/minum free. Menyirap darah aku tiap2 kali melihat mereka beraksi. Ada pulak murid aku yang minat sangat nak jadi macam Mat Rempit nih, padahal hari2 aku cerita keburukan dan kejahatan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni. Tu yang perlu sangat disegerakan hukuman rotan yang penting untuk pencegahan.

Mana2 peguam atau aktivis hak asasi yang membantah kononnya kejam, cuba korang kena samun atau belasah dengan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni.. mesti minit tu jugak bersetuju dengan saranan aku nih..

Sunday, May 17, 2009

Proton Saga BLM's fuel consumption

Aku bawak ke Seri Manjung dari Guar Chempedak, jarak kira2 220km, mula dengan full tank, sampai di Seri Manjung aku isi full tank RM31.. purata laju ialah 110-120km/h di highway dan 60-90km/h di jalan biasa Cangkat Jering-Seri Manjung..

Masa baliknya (malam) pun masih mencatat bacaan lebih kurang, sampai di Guar Chempedak aku isi full tank RM35.. purata laju ialah 110-150km/h di highway dan 60-100km/h di jalan biasa Seri Manjung-Cangkat Jering..

PROTON SAGA BLM
Distance: 440km, RM66
Fuel Consumption: 1litre for 12km, RM1 for 6.67km, 100km/8.33litre

agak2nya save ke x ni?

Kancil lama 850 mak aku plak, bawak kat Pulau Pinang selama seminggu bkerja, tambah pergi balik ke Kedah 2 kali...

KANCIL 850 2001
Distance: 546km, RM64
Fuel Consumption: 1litre for 15.36km, RM1 for 8.53km, 100km/6.51litre