Monday, August 12, 2013

Hajarul Aswad bukan di Makkah sahaja.


Hajar Aswad di Kaabah, bersalut dengan damar yang berwarna coklat.
kedudukan batu hitam dalam penutup perak.

aku terbaca banyak jurnal perjalanan mengenai penemuan dengan batu hitam atau lebih dikenali sebagai Hajar Aswad,yang terletak di penjuru Kaabah. yang anehnya, serpihan batu hitam ini bukannya ditemui di Makkah, malahan tempat yang terletak ribuan batu dari sana, iaitu di negara Turki, bekas pusat kerajaan Uthmaniyyah. Untuk makluman, batu hitam pernah dipecahkan dan dikeluarkan dari Kaabah oleh Syiah Qaramitah dalam serangan diketuai oleh Abu Thahir, dan dibawa pulang ke al-Ahsa selama 22 tahun. Kaabah bermandi darah, jemaah haji dibunuh beramai2, telaga zamzam disumbat dengan jenazah jemaah yang dibunuh. Itu kisahnya batu hitam ni. Bila dipulangkan kembali, serpihannya dalam bentuk yang ada di Kaabah sekarang.

Tempat yang dimaksudkan dengan kedudukan yang didakwa batu hitam ialah di Istanbul, iaitu di
1. makam Sultan Suleyman the Magnificent di Masjid Sulemaniye
2. Mihrab Masjid Biru @ Masjid Sultan Ahmad (Sultanhamet Camii)
3. di sebuah masjid kecil yang dipanggil Sokollu Mehmet Pasa Mosque

Mari kita lihat gambar disini.




Makam Suleyman the Magnificent
Hadapan Makam Suleyman the Magnificent, nampak batu hitam di atas keystone tingkap.


Kedudukan batu hitam ikut anak panah.

Batu hitam, imej dibesarkan (Makam Suleyman the Magnificent)

Masjid Biru, tarikan popular di Istanbul

 
Dalaman Masjid Biru, kelihatan Mihrab, tempat terletaknya batu hitam.


  


Kedudukan batu hitam di Mihrab Masjid Biru

Salah satu masjid yang dibina di atas permintaan Sokullu Mehmed Pasa terletak dalam kejiranan Kadirga, İstanbul. Ia terletak di Şehit Mehmet Pasa, iaitu di atas bukit antara Masjid Biru dan Little Aya Sofya. Ia dibina pada tahun 1571. Ia dikelilingi oleh dinding yang berukuran kira-kira dua meter. Terdapat tiga pintu masuk yang berlainan untuk halaman, yang mempunyai mata air di tengah-tengah. Dari pancuran ini, anda boleh melihat bilik-bilik di madrasah. Audio dan sistem lampu masjid ini agak baik. Seperti dalam banyak bangunan-bangunan bersejarah, masjid ini dihiasi dengan jubin Iznik dan karya seni buatan tangan. Adalah dipercayai bahawa beberapa kepingan Batu Hitam - juga dikenali sebagai al Hajar ul Aswad, yang terletak di Kaabah, yang asal dipercayai dari zaman Nabi Adam a.s. - tertanam dalam mihrab masjid ini, mimbar dan di bahagian kubah. 

 
Masjid Sokullu Mehmet Paşa Camii di Kadırga

Bahagian dalam masjid, bulatan kuning ialah tempat kepingan batu hitam terletak


serpihan kecil batu hitam



kepingan batu hitam, diletak dalam salutan emas, di bahagian mihrab


close-up kepingan batu hitam



kepingan di atas pintu mimbar khutbah


batu hitam disentuh oleh pengkaji mateorit dari Poland (Polskie Towarzystwo Meteorytowe - Polish Meteoritical Society) (Wadi, Jan Woreczko)


 boleh rujuk di:
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ahmed_Mosque
http://en.wikipedia.org/wiki/Suleiman_the_Magnificent
http://en.wikipedia.org/wiki/Black_Stone
http://www.woreczko.pl/meteorites/travels/Stambul_2010/BlackStone-EN.htm
http://kauscience.k12.hi.us/~ted/Blackstone/hajar-al-aswad.htm
http://www.todayszaman.com/news-234906-the-unknown-charity-of-sokullu-mehmed-pasa.html

No comments:

Post a Comment