Monday, November 5, 2012

Trivia smartphone TSM T8 vs Galaxy Y. Hampir terpedaya teman.

Lantaran ketiadaaan handset selama seminggu akibat diselamkan ke sinki oleh anakku Muhammad Ikram, berhari-hari aku gi survey usha2 harga dan surf internet to compare specs. Cadang tu nak ambik Samsung Galaxy, Sony Xperia atau mana2 android yang berpadanan harga. Akhirnya, aku pun pergi ke Amanjaya Mall yang baru dibuka di Sungai Petani.


Sejam aku belek2 dan tanya semua kedai yg ada, akhirnya wife tertarik dengan sejenis smartphone yg kononnya buatan Malaysia, TSM T8. Specs pun boleh tahan. Lagipula ada kamera hadapan, sama macam handset kami sebelum ni, senang nak call 3G. (sesama kami video call percuma sahaja, Family 5+1 Plan.) Kamera hadaan banyak HP yang berharga RM1000 ke atas sahaja yanga da sekarang ni. Kalau jenama cokia ja ada kamera hadapan dengan harga murah ni. Ada 2 slot sim card lagi.


General Network GSM  900 / 1800 
Body Dimensions 117 x 61 x 12.5 mm

Weight 100 g
    Touch-sensitive controls
Display Type TFT capacitive touchscreen

Size 480 x 320 pixels, 3.5 inches
  Multitouch Yes
Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones

Loudspeaker Yes
  3.5mm jack Yes
Memory Card slot microSD, up to 32 GB
  Internal ROM 256MB , RAM 256MB
Data GPRS Yes

EDGE Yes

WLAN Wi-Fi 802.11 b/g/n

Bluetooth Yes

USB Yes
Camera Primary 3 MP , LED flash

Video Yes
  Secondary Yes
Features OS Android OS, v2.3.6

Chipset MEDIA TEK

CPU 850 MHz ARMv7

Messaging SMS(threaded view), MMS, Email

Browser HTML

Java Yes

Colors Black , White


MP3/WAV/eAAC+ player


MP4/H.263/H.264 + player


Google Search, Maps, Gmail,
    YouTube, Calendar, Google Talk
Battery   Standard battery, 1400 mAh Li-Ion

Melainkan tiada assisted GPS, yang lainnya tu atas kertas memang kelihatan berbaloi dengan harga RM270 sahaja berbanding beberapa HP yang aku usha seperti Samsung Galaxy Y yang diletak pada harga RM399 (bole kurang ke RM350-370) yang tiada kamera hadapan, Sony Xperia Mini Pro best tapi harganya lebih sikit RM530, Galaxy Ace Plus RM630, dan banyak lagi lah. Banyak kedai pun cakap HP ni bagus dan besh. Aku syak depa ni saja pakat ja kot. (Siap ada kedai kata HP ni clone Galaxy, aku nak gelak ja) Lalu dengan memperjudikan nasib, aku pun ambil dua, terus satu utk aku satu utk wife dengan software macam2 percuma. Test macam2 aku buat semuanya ok. Call, SMS, MMS, usha2 OS dia, lalu dengan konfidennya aku pun bayar.  Lagipun anak aku dah meraung kebosanan tunggu dalam troli. Kesian kat depa. Aku amik kaler putih, wife kaler hitam.


Masuk ja kereta, aku rasa elok test lagi puas2. Tiba-tiba....jeng jeng jeng. aku perasan signal kat HP wife aku sangatlah lemah. bila call je masuk voice mail. Yang agak haru, baru perasan bila aku call ja HP terus gelap, proximity sensor dia terlebih aktif. Pastu kena off-on balik baru nak menyala semula. Nak matikan panggilan x boleh lah mcm ni. Lalu lepas berbincang aku pun berlari meredah hujan dari parking ke dalam mall untuk tanya si pekedai.


Pekedai tu mula2 x mau layan, tapi bila aku suruh jugak check, dia pun tukar dengar HP baru. Aik, sama jugak. Bila call ja terus gelap skrin dia, mmg x boleh press apa2 dah. Habis semua HP TSM t8 tu dia cuba, tetap x boleh. Try kedai sebelah dan kedai depan, pun mcm tu juga. Mula la kata sim card aku masalah la, SD Card rosak la. Aku bertekak lama la jugak , sampai kecoh jap. Last2 aku mintak tukar ke Galaxy Y la kalau mcm ni. Pekedai Cina sorang tu x bagi, tapi bila aku pujuk mamat Melayu sorang lagi ni, dia bagi. Muka depa mencuka habis la. (Ada sorang lg girl Melayu  pakai seksi nampak peha hampir nampak spender, lagi x tahu apa2, pelaris la agaknya tu). Tambah la bebepara ratus lagi. Dia dok ulang yang depa rugi sebab HP kami td jadi HP second hand , aku diam ja malas nak kecoh lagi, yang penting aku cepat dapat blah dari situ. Keluar ja Mall, aik mana payung aku?? Buruk pun ada orang nak sapu. aiseh. Tapi takpa, asalkan aku dah dapat elakkan bala bencana tadi.


Setakat ni, alhamdulillah Galaxy Y ni agak best walau saiz kecil, tak support flash player dan takde kamera hadapan. Ada wifi pun ok dah. Moralnya, jangan percaya HP murah dan tak berjenama. Aku serik. hahaha...  Ingat tu semua....

Friday, August 10, 2012

Kenangan Temuduga Pengesahan Jawatan SPP


 
Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tetapi pemansuhan GST bermakna guru baru akan terus ke  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Sistem terdahulu ialah dilantik ke jawatan DC41 tetapi mulai tahun 2010 akan terus dilantik jawatan DG41. Proses temuduga bagi pengesahan jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk pengesahan jawatan macam yang aku dah lalui. Untung la guru2 baru.Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar pun ada dalam borang itu.

Tanggal 28.5.2009, aku menuju ke Bilik Mawar, Bangunan S/U Kerajaan Ngeri Pulau Pinang, KOMTAR untuk sesi temuduga ini. Surat sampai 2 hari sebelum temuduga, jadi tak banyak persiapan aku lakukan. Masa nak naik tu, aku sempat ushar tajuk2 utama akhbar di kedai mamak. Mana tau kan kot2 kena tanya hal ehwal semasa nanti.

Sampai disana awal, aku menunggu setengah jam sebelum diarah daftar dan dibawa ke tingkat 3. Ah, tempat ini aku pernah pergi dulu, masa temuduga jawatan diploma iaitu Penolong Pegawai Teknologi Makanan tahun 2004 dulu. Pengalaman masa 2004 tu, aku yang ditewaskan oleh sorang calon yang datang sangat lewat, baju lengan pendek, tanpa bertali leher dan sijil yang tak lengkap. (Kes KABEL la tu, aku tahu sebab ada calon lain kenal lelaki itu dan beritahu, kebetulan classmate masa ambik ijazah). Ish, aku beristighfar banyak2....


Ada 3 bilik sedang berlangsung sesi temuduga. Aku berdoa agar tak terkena penemuduga perempuan, bimbang sangat cerewet. Disaat menunggu giliran, ramai guru sedang sibuk menelaah buku2. Buku apa aku pun tak tahu. Tetapi, ada seorang guru perempuan sedang sibuk telefon guru di sekolahnya gara2 tak tahu lagu sekolah setelah ditanya penemuduga. Menyanyi2 la dia sambil menelefon tu. hahaha. Yang keluar muka muram, yang mata merah, yang disuruh balik sebab sijil tak lengkap, yang tersengih sampai telinga, yang melompat bila keluar bilik, macam2 ada pagi tu. Aku rilek2 ja tenangkan hati.

Saat aku dipanggil masuk, aku lega apabila membuka pintu dan mendapati seorang lelaki yang bergelar Dato' menunggu. Malangnya, tiba2 blazer coat pinjam yang aku pakai tiba2 tercabut butang. Alamak... petanda apakah ini,. aku tunduk kutip butang tu dan si Dato' senyum saja.

Dato menjemput aku supaya duduk dan aku memberi salam sambil duduk. Dia melihat tag nama aku dan menyebut "NIZAR...". Dia mulakan dengan soalan "kamu kenal tak siapa ahmad nizar?" 
Aku menjawab "Saya tak tahu, Dato'"
Dato' : takkan kamu tak pernah dengar kot?
Aku : ermm.. ahmad nizar tu memang tak kenal lah siapa
Dato : bagaimana kamu ni, seorang guru tapi nama ahmad nizar tak kenal?
Aku : betul Dato, siapa ya orang tu

Dato (dengan nada marah dan tinggi) : ahmad nizar kan menteri besar perak yang baru hilang jawatan?
Aku : ohh.. itu bukan ahmad nizar Dato, tapi Dato Seri Ir. Muhammad Nizar bin Jamaluddin.
Dato : erk. haaa. betullah tu. saya saja nak uji. (suara rendah kembali). kamu ni nama dah sama, apa pandangan kamu tentang dia?
Aku : saya berpandangan Nizar haruslah mematuhi perintah DYMM Sultan Perak dan berundur dari jawatan menteri besar secara terhormat, memandangkan beliau sudah kehilangan majoriti.
Dato: betulkah, muka kamu macam sokong dia saja? (macam nak perangkap nii...)
Aku : saya tegaskan bahawa undang2 harus didaulatkan dan Nizar wajib patuh pada perlembagaan negeri.
Dato: (senyum sinis)
Dato: baiklah, markah kamu dah tinggi di kertas yang GB kamu isi ni. dulu kerja apa?
Aku: saya bekerja sebagai Eksekutif di GIANT.


Dato' lalu keluarkan carta gambar menteri kabinet. 

Dato' : Oleh sebab kamu ni exec swasta dulu, berikan nama menteri Perdagangan yang baru dan dari mana?
Aku: Datuk Ismail Sabri bin Yaakob dari parlimen Bera

Lepas tu dia tanya beberapa lagi nama menteri dan tugas menteri, syukur aku dapat jawab semuanya. Dato' angguk2 saja, ok la tu kot. Kemudian beralih kepada soalan2 sekolah.

Dato' : kamu mengajar apa sekarang, prasekolahkah?
Aku: saya tak ikut opsyen Dato, sekarang sains dan matematik. 
Dato': boleh ke tak boleh?
Aku: InsyaAllah boleh, lagipun diploma dan ijazah saya aliran sains. tiada masalah.

Dato' : cuba terangkan apa moto sekolah?
Aku: (tiba2 terlupa dan hanya teringat lambang sekolah aku masa sekolah rendah dulu) usaha jaya.
Dato' : oh. kenapa macam biasa dengar. hm. cuba terangkan apakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan?
Aku: bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : terangkan teras nombor 5?
Aku : bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : apakah isu utama akhbar sekarang ini?
Aku : isu Chin Peng nak kembali ke Malaysia
Dato' : adakah kamu bersetuju?
Aku : ohh.. semestinya saya membantah. Chin Peng tu musuh negara no 1. ramai akan terguris, terutama pasara tentera yang berjuang menentang PKM. Ayah saya seorang pesara tentera, pasti dia sangat marah membaca berita itu. (aku goreng ja)  
Dato' : sekarang ni ramai anak muda senang terpengaruh dengan propaganda. kami orang2 tua bimbang negara akan tergadai jika anak2 muda tidak sedar perancangan musuh. 

Dato bercerita mengenai pentingnya anak muda sebagai penentu kerajaan dan kemajuan, kenapa kena sokong kerajaan dan bagaimana guru harus mendekati masyarakat. Kira2 10 minit jugak. Aku angguk2 saja, x berani geleng2. Mata aku nampak Dato' tu jadi kecik besar, kecik besar, ngantuk kot..  haha


Dato : baiklah, rasa sampai sini saja. tahniahlah. kamu nantikan saja keputusannya. 

Aku sALAM DAN KELUAR. YESS, LEGA.. Syukur semuanya berjalan lancar. tengok2 jam dekat 45 minit. pergh.. terkejut orang luar sebab lama sangat. hahahaa. yang penting, aku lepas 1 lagi babak penting dalam hidup. 

p/s: gambar masa bawak budak pergi pertandingan English Carnival.


Tuesday, February 7, 2012

Versi baru Digeus Registry Cleaner, perisian pembersih untuk Windows PC, membuatkan komputer lebih laju, selamat dan seolah-olah baru.

Digeus Registry Cleaner speeds up your computer by cleaning errors in your Windows. It removes the junk that accumulates in your Windows Registry, fixes Windows errors which results in speeding up your computer. With Digeus Registry Cleaner you just need a few mouse clicks and your computer will become as good as a brand new one.

Key features:

* Removes unused and invalid entries
* Speeds up boot up time
* Fixes Windows errors which results in speeding up your computer
* Eliminates BSOD (Blue Screen of Death)
* Invaluable when your system starts crashing, hangs, freezes and works slow
* This is one of the most popular registry cleaners on the Internet

For more information please visit:
Digeus Registry Cleaner


Digeus Registry Cleaner dapat melajukan komputer anda dengan membersihkan error pada sistem Windows. Ia akan membersihkan 'junk' yang terkumpul didalam registry, membetulkan error pada Windows akan memberi kesan cepat dan lancar pada proses komputer. Dengan Digeus Registry Cleaner anda hanya memerlukan beberapa klik sahaja dan komputer anda akan menjelma seolah-olah baru dibeli. .

Ciri-ciri:

* Membuang entry yang tidak berguna dan tidak sah
* Membetulkan Windows errors yang akan menjadikan PC anda lebih pantas
* Menyahkan BSOD (Blue Screen of Death) - (skrin biru yang berlaku semasa PC jem, sangkut dan restart)
* Amat bernilai apabila sistem anda mula crashing, hangs, freezes dan sistem perlahan
* Salah satu dari registry cleaners yang popular di Internet

Untuk maklumat, sila lawat:
Digeus Registry Cleaner

Thursday, January 5, 2012

Ada apa dalam Kaabah

Sejarahnya - Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.


Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah

Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.