Friday, August 10, 2012

Kenangan Temuduga Pengesahan Jawatan SPP


 
Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tetapi pemansuhan GST bermakna guru baru akan terus ke  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Sistem terdahulu ialah dilantik ke jawatan DC41 tetapi mulai tahun 2010 akan terus dilantik jawatan DG41. Proses temuduga bagi pengesahan jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk pengesahan jawatan macam yang aku dah lalui. Untung la guru2 baru.Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar pun ada dalam borang itu.

Tanggal 28.5.2009, aku menuju ke Bilik Mawar, Bangunan S/U Kerajaan Ngeri Pulau Pinang, KOMTAR untuk sesi temuduga ini. Surat sampai 2 hari sebelum temuduga, jadi tak banyak persiapan aku lakukan. Masa nak naik tu, aku sempat ushar tajuk2 utama akhbar di kedai mamak. Mana tau kan kot2 kena tanya hal ehwal semasa nanti.

Sampai disana awal, aku menunggu setengah jam sebelum diarah daftar dan dibawa ke tingkat 3. Ah, tempat ini aku pernah pergi dulu, masa temuduga jawatan diploma iaitu Penolong Pegawai Teknologi Makanan tahun 2004 dulu. Pengalaman masa 2004 tu, aku yang ditewaskan oleh sorang calon yang datang sangat lewat, baju lengan pendek, tanpa bertali leher dan sijil yang tak lengkap. (Kes KABEL la tu, aku tahu sebab ada calon lain kenal lelaki itu dan beritahu, kebetulan classmate masa ambik ijazah). Ish, aku beristighfar banyak2....


Ada 3 bilik sedang berlangsung sesi temuduga. Aku berdoa agar tak terkena penemuduga perempuan, bimbang sangat cerewet. Disaat menunggu giliran, ramai guru sedang sibuk menelaah buku2. Buku apa aku pun tak tahu. Tetapi, ada seorang guru perempuan sedang sibuk telefon guru di sekolahnya gara2 tak tahu lagu sekolah setelah ditanya penemuduga. Menyanyi2 la dia sambil menelefon tu. hahaha. Yang keluar muka muram, yang mata merah, yang disuruh balik sebab sijil tak lengkap, yang tersengih sampai telinga, yang melompat bila keluar bilik, macam2 ada pagi tu. Aku rilek2 ja tenangkan hati.

Saat aku dipanggil masuk, aku lega apabila membuka pintu dan mendapati seorang lelaki yang bergelar Dato' menunggu. Malangnya, tiba2 blazer coat pinjam yang aku pakai tiba2 tercabut butang. Alamak... petanda apakah ini,. aku tunduk kutip butang tu dan si Dato' senyum saja.

Dato menjemput aku supaya duduk dan aku memberi salam sambil duduk. Dia melihat tag nama aku dan menyebut "NIZAR...". Dia mulakan dengan soalan "kamu kenal tak siapa ahmad nizar?" 
Aku menjawab "Saya tak tahu, Dato'"
Dato' : takkan kamu tak pernah dengar kot?
Aku : ermm.. ahmad nizar tu memang tak kenal lah siapa
Dato : bagaimana kamu ni, seorang guru tapi nama ahmad nizar tak kenal?
Aku : betul Dato, siapa ya orang tu

Dato (dengan nada marah dan tinggi) : ahmad nizar kan menteri besar perak yang baru hilang jawatan?
Aku : ohh.. itu bukan ahmad nizar Dato, tapi Dato Seri Ir. Muhammad Nizar bin Jamaluddin.
Dato : erk. haaa. betullah tu. saya saja nak uji. (suara rendah kembali). kamu ni nama dah sama, apa pandangan kamu tentang dia?
Aku : saya berpandangan Nizar haruslah mematuhi perintah DYMM Sultan Perak dan berundur dari jawatan menteri besar secara terhormat, memandangkan beliau sudah kehilangan majoriti.
Dato: betulkah, muka kamu macam sokong dia saja? (macam nak perangkap nii...)
Aku : saya tegaskan bahawa undang2 harus didaulatkan dan Nizar wajib patuh pada perlembagaan negeri.
Dato: (senyum sinis)
Dato: baiklah, markah kamu dah tinggi di kertas yang GB kamu isi ni. dulu kerja apa?
Aku: saya bekerja sebagai Eksekutif di GIANT.


Dato' lalu keluarkan carta gambar menteri kabinet. 

Dato' : Oleh sebab kamu ni exec swasta dulu, berikan nama menteri Perdagangan yang baru dan dari mana?
Aku: Datuk Ismail Sabri bin Yaakob dari parlimen Bera

Lepas tu dia tanya beberapa lagi nama menteri dan tugas menteri, syukur aku dapat jawab semuanya. Dato' angguk2 saja, ok la tu kot. Kemudian beralih kepada soalan2 sekolah.

Dato' : kamu mengajar apa sekarang, prasekolahkah?
Aku: saya tak ikut opsyen Dato, sekarang sains dan matematik. 
Dato': boleh ke tak boleh?
Aku: InsyaAllah boleh, lagipun diploma dan ijazah saya aliran sains. tiada masalah.

Dato' : cuba terangkan apa moto sekolah?
Aku: (tiba2 terlupa dan hanya teringat lambang sekolah aku masa sekolah rendah dulu) usaha jaya.
Dato' : oh. kenapa macam biasa dengar. hm. cuba terangkan apakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan?
Aku: bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : terangkan teras nombor 5?
Aku : bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : apakah isu utama akhbar sekarang ini?
Aku : isu Chin Peng nak kembali ke Malaysia
Dato' : adakah kamu bersetuju?
Aku : ohh.. semestinya saya membantah. Chin Peng tu musuh negara no 1. ramai akan terguris, terutama pasara tentera yang berjuang menentang PKM. Ayah saya seorang pesara tentera, pasti dia sangat marah membaca berita itu. (aku goreng ja)  
Dato' : sekarang ni ramai anak muda senang terpengaruh dengan propaganda. kami orang2 tua bimbang negara akan tergadai jika anak2 muda tidak sedar perancangan musuh. 

Dato bercerita mengenai pentingnya anak muda sebagai penentu kerajaan dan kemajuan, kenapa kena sokong kerajaan dan bagaimana guru harus mendekati masyarakat. Kira2 10 minit jugak. Aku angguk2 saja, x berani geleng2. Mata aku nampak Dato' tu jadi kecik besar, kecik besar, ngantuk kot..  haha


Dato : baiklah, rasa sampai sini saja. tahniahlah. kamu nantikan saja keputusannya. 

Aku sALAM DAN KELUAR. YESS, LEGA.. Syukur semuanya berjalan lancar. tengok2 jam dekat 45 minit. pergh.. terkejut orang luar sebab lama sangat. hahahaa. yang penting, aku lepas 1 lagi babak penting dalam hidup. 

p/s: gambar masa bawak budak pergi pertandingan English Carnival.