Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Kenangan Temuduga Pengesahan Jawatan SPP


 
Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST)  dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa  jenis Ijazah pun. Tetapi pemansuhan GST bermakna guru baru akan terus ke  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Sistem terdahulu ialah dilantik ke jawatan DC41 tetapi mulai tahun 2010 akan terus dilantik jawatan DG41. Proses temuduga bagi pengesahan jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk pengesahan jawatan macam yang aku dah lalui. Untung la guru2 baru.Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar pun ada dalam borang itu.

Tanggal 28.5.2009, aku menuju ke Bilik Mawar, Bangunan S/U Kerajaan Ngeri Pulau Pinang, KOMTAR untuk sesi temuduga ini. Surat sampai 2 hari sebelum temuduga, jadi tak banyak persiapan aku lakukan. Masa nak naik tu, aku sempat ushar tajuk2 utama akhbar di kedai mamak. Mana tau kan kot2 kena tanya hal ehwal semasa nanti.

Sampai disana awal, aku menunggu setengah jam sebelum diarah daftar dan dibawa ke tingkat 3. Ah, tempat ini aku pernah pergi dulu, masa temuduga jawatan diploma iaitu Penolong Pegawai Teknologi Makanan tahun 2004 dulu. Pengalaman masa 2004 tu, aku yang ditewaskan oleh sorang calon yang datang sangat lewat, baju lengan pendek, tanpa bertali leher dan sijil yang tak lengkap. (Kes KABEL la tu, aku tahu sebab ada calon lain kenal lelaki itu dan beritahu, kebetulan classmate masa ambik ijazah). Ish, aku beristighfar banyak2....


Ada 3 bilik sedang berlangsung sesi temuduga. Aku berdoa agar tak terkena penemuduga perempuan, bimbang sangat cerewet. Disaat menunggu giliran, ramai guru sedang sibuk menelaah buku2. Buku apa aku pun tak tahu. Tetapi, ada seorang guru perempuan sedang sibuk telefon guru di sekolahnya gara2 tak tahu lagu sekolah setelah ditanya penemuduga. Menyanyi2 la dia sambil menelefon tu. hahaha. Yang keluar muka muram, yang mata merah, yang disuruh balik sebab sijil tak lengkap, yang tersengih sampai telinga, yang melompat bila keluar bilik, macam2 ada pagi tu. Aku rilek2 ja tenangkan hati.

Saat aku dipanggil masuk, aku lega apabila membuka pintu dan mendapati seorang lelaki yang bergelar Dato' menunggu. Malangnya, tiba2 blazer coat pinjam yang aku pakai tiba2 tercabut butang. Alamak... petanda apakah ini,. aku tunduk kutip butang tu dan si Dato' senyum saja.

Dato menjemput aku supaya duduk dan aku memberi salam sambil duduk. Dia melihat tag nama aku dan menyebut "NIZAR...". Dia mulakan dengan soalan "kamu kenal tak siapa ahmad nizar?" 
Aku menjawab "Saya tak tahu, Dato'"
Dato' : takkan kamu tak pernah dengar kot?
Aku : ermm.. ahmad nizar tu memang tak kenal lah siapa
Dato : bagaimana kamu ni, seorang guru tapi nama ahmad nizar tak kenal?
Aku : betul Dato, siapa ya orang tu

Dato (dengan nada marah dan tinggi) : ahmad nizar kan menteri besar perak yang baru hilang jawatan?
Aku : ohh.. itu bukan ahmad nizar Dato, tapi Dato Seri Ir. Muhammad Nizar bin Jamaluddin.
Dato : erk. haaa. betullah tu. saya saja nak uji. (suara rendah kembali). kamu ni nama dah sama, apa pandangan kamu tentang dia?
Aku : saya berpandangan Nizar haruslah mematuhi perintah DYMM Sultan Perak dan berundur dari jawatan menteri besar secara terhormat, memandangkan beliau sudah kehilangan majoriti.
Dato: betulkah, muka kamu macam sokong dia saja? (macam nak perangkap nii...)
Aku : saya tegaskan bahawa undang2 harus didaulatkan dan Nizar wajib patuh pada perlembagaan negeri.
Dato: (senyum sinis)
Dato: baiklah, markah kamu dah tinggi di kertas yang GB kamu isi ni. dulu kerja apa?
Aku: saya bekerja sebagai Eksekutif di GIANT.


Dato' lalu keluarkan carta gambar menteri kabinet. 

Dato' : Oleh sebab kamu ni exec swasta dulu, berikan nama menteri Perdagangan yang baru dan dari mana?
Aku: Datuk Ismail Sabri bin Yaakob dari parlimen Bera

Lepas tu dia tanya beberapa lagi nama menteri dan tugas menteri, syukur aku dapat jawab semuanya. Dato' angguk2 saja, ok la tu kot. Kemudian beralih kepada soalan2 sekolah.

Dato' : kamu mengajar apa sekarang, prasekolahkah?
Aku: saya tak ikut opsyen Dato, sekarang sains dan matematik. 
Dato': boleh ke tak boleh?
Aku: InsyaAllah boleh, lagipun diploma dan ijazah saya aliran sains. tiada masalah.

Dato' : cuba terangkan apa moto sekolah?
Aku: (tiba2 terlupa dan hanya teringat lambang sekolah aku masa sekolah rendah dulu) usaha jaya.
Dato' : oh. kenapa macam biasa dengar. hm. cuba terangkan apakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan?
Aku: bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : terangkan teras nombor 5?
Aku : bla bla bla..... ( tak ingat aku jawab apa, tp ok sebab dia angguk2)
Dato' : apakah isu utama akhbar sekarang ini?
Aku : isu Chin Peng nak kembali ke Malaysia
Dato' : adakah kamu bersetuju?
Aku : ohh.. semestinya saya membantah. Chin Peng tu musuh negara no 1. ramai akan terguris, terutama pasara tentera yang berjuang menentang PKM. Ayah saya seorang pesara tentera, pasti dia sangat marah membaca berita itu. (aku goreng ja)  
Dato' : sekarang ni ramai anak muda senang terpengaruh dengan propaganda. kami orang2 tua bimbang negara akan tergadai jika anak2 muda tidak sedar perancangan musuh. 

Dato bercerita mengenai pentingnya anak muda sebagai penentu kerajaan dan kemajuan, kenapa kena sokong kerajaan dan bagaimana guru harus mendekati masyarakat. Kira2 10 minit jugak. Aku angguk2 saja, x berani geleng2. Mata aku nampak Dato' tu jadi kecik besar, kecik besar, ngantuk kot..  haha


Dato : baiklah, rasa sampai sini saja. tahniahlah. kamu nantikan saja keputusannya. 

Aku sALAM DAN KELUAR. YESS, LEGA.. Syukur semuanya berjalan lancar. tengok2 jam dekat 45 minit. pergh.. terkejut orang luar sebab lama sangat. hahahaa. yang penting, aku lepas 1 lagi babak penting dalam hidup. 

p/s: gambar masa bawak budak pergi pertandingan English Carnival.


Tuesday, February 16, 2010

Cikgu makan nasi bungkus


oleh: Hamba Allah
-(dari harakahdaily)


Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi.

Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung!

Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Tapi apa yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal.

Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis.

Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Saudara mara saya ada yang jadi pegawai kanan polis. Malah dengan pendapatan saya sekeluarga sekarang mencecah lima angka, apa yang diperolehi lebih dari cukup,Allahamdullillah.

Apa yang saya perhatikan kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan boros. Contoh program Juara Rakyat yang dijadikan road show ke seluruh negara yang merupakan agenda Umno yang menggunakan duit rakyat sesuka hati.
Kos puluhan ribu ringgit untuk mengangkut orang ramai, makan minum, promosi dan persiapan tempat. Program berkenaan adalah program Umno kenapa perlu kerah dan paksa kakitangan kerajaan ke program berkenaan?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran buat-buat terkejut apabila kajian menunjukkan 60 % pelajaran Tahun 1 tidak menguasai 3M.

Kenapa nak buat-buat terkejut, bukankkah kerajaan dah habis lebih 5 bilion untuk laksanakan PPSMI? Sibuk sangat dengan bahasa inggeris sehingga ramai murid Tahun 1 yang pastinya majoriti anak Melayu masih lagi buta huruf.

Apabila murid tak kuasai 3M, guru dikritik kerana tak laksanakan tanggungjawab. Kesian pada cikgu-cikgu sentiasa jadi mangsa bila sesuatu program Kementerian Pelajaran kerajaan 1Malaysia menemui kegagalan.

Kepada cikgu-cikgu yang sanggup ke pedalaman, berpisah dan berjauhan dengan suami isteri dan anak tercinta, bawa kerja ke sekolah sehingga ke rumah dan seringkali terpaksa mengorbankan cuti untuk melaksanakan tugas mendidik anak bangsa bersyukurlah kerana masih lagi dapat makan nasi bungkus!

Friday, February 5, 2010

Guru bangang dan bangang.....

Bila guru dibodoh-bodohkan...
Bila guru dikatakan bangang...
Siapa lagi yang akan mengajar anak-anak kamu, kamu dan kamu?
Ya.. Anak-anak bangsa...

Memang guru-guru bangang,
Menyusahkan diri mereka untuk mendidik anak bangsa yang bodoh sombong,
Memang guru-guru bodoh,
Menghabiskan wang ringgit, Menggunakan kudrat, Untuk mengajar anak-anak kamu,
Bila mana anak itu berjaya Kamu katakan anak kamu bijak pandai,
Bila anak kamu gagal Bukan kerana anak kamu malas,
Tetapi kerana guru-guru bodoh dan bangang..

Itulah... anak bangsaku...

Friday, January 1, 2010

Kemelut profesion guru akan berterusan nampaknya..

TULISAN Tan Sri Alimudin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan saudara Alzaman mengenai rungutan beban kerja guru jelas menunjukkan bahawa mereka langsung tidak sedar apa sebenarnya beban kerja yang sering menjadi bebelan para guru.


Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka menunjukkan bahawa mereka tidak mengerti perkembangan dunia pendidikan masa kini.

Mereka sepatutnya meninjau pendapat para guru itu sendiri apakah beban kerja tersebut dan bagaimana hendak meningkatkan kualiti pendidikan negara. Bukannya hanya sekadar meneliti laporan 'cantik' dan ungkapan 'semua berjalan lancar' dari mulut pegawai-pegawai sahaja.

Jika KPPM turun padang, jawapan yang pasti keluar daripada mulut guru-guru ialah 'buang jauh-jauh' kerja-kerja perkeranian dari senarai bidang tugas para guru. Mereka harus mengakui kerja-kerja perkeranian menganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana seluruh warga pendidik merintih akibat gangguan tersebut.

Sebagaimana yang ditulis oleh KPPM bahawa menulis buku rekod mengajar, memeriksa buku latihan murid dan surat makluman kepada ibu bapa atau penjaga kerana itu adalah sebahagian daripada tugas profesional guru tetapi seingat saya tidak pernah para guru merungut mengenai tugas seperti itu.

Kenyataan KPPM bahawa sebagai seorang pendidik, pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Malah guru perlu mempunyai kreativiti dan inisiatif untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah. Seingat saya juga tidak pernah ada para guru yang merungut atau menulis di media massa mengenai kegiatan ko-kurikulum dan menganggapnya sebagai beban.

Begitu juga dengan penulisan saudara Alzaman yang mungkin sudah ketinggalan zaman yang masih dibuai oleh kata-kata hikmat dan keramat pensyarah zaman pop yeh-yeh beliau iaitu "Guru adalah segala-galanya" sedangkan hakikatnya guru-guru yang seangkatan dengan saudara Alzamanlah yang sering merungut bahawa dunia pendidikan sudah tidak seperti dahulu lagi kerana mereka dapat menilai perbezaan tugas mengajar dahulu dengan bebanan kerja perkeranian yang diletakkan di atas bahu guru-guru sekarang.

Buktinya ada yang berkira-kira untuk bersara awal malah ada yang telah berhenti kerana mereka menjadi guru kerana minat mengajar bukannya minat menjadi kerani!

Janganlah demi untuk menutup 'penindasan terhormat' terhadap guru-guru, ungkapan, perumpamaan dan istilah-istilah seperti 'guru adalah segala-galanya', 'semakin banyak tugas-tugas perkeranian dan perburuhan maka semakin profesionallah para guru' dan banyak lagi ungkapan dicipta. Sebaik-baiknya biarlah guru kekal dengan ungkapan keramat nan satu iaitu 'guru ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain'!

Baru-baru ini Menteri Pelajaran telah melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang bertujuan untuk memartabatkan profesion perguruan ke suatu aras yang lebih tinggi. Namun pastikan ia bukan satu lagi projek yang akan mengganggu P&P para guru, yang boleh dieksploitasi oleh para pentadbir sekolah untuk menekan para guru supaya menyediakan pelbagai laporan dan statistik yang akhirnya akan digunakan oleh pihak pentadbir sebagai bukti untuk kecemerlangan kerjaya mereka sahaja!

Pentadbir sekolah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pujian, malangnya para guru pula semakin tertekan dan para pelajar yang akan menjadi mangsa.

NORHISYAM MOHAMAD

Alor Star, Kedah

Tuesday, December 8, 2009

Guru Kemas tidak dihargai..

dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.

"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"


yg ni ulasan aku sendiri..

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LAGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

KETIKA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.

Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah tempat anak kita mencari ilmu?

Lebih dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat Cina dalam memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak.

Cadangan itu amat wajar memandangkan sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira untuk mengeluarkan wang demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila untuk mengutip yuran tahunan sekolah pun kerajaan perlu melakukannya dengan penuh diplomasi.

Pada kesempatan tertentu seperti hari terbuka sekolah atau hari sukan atau ketika mesyuarat agung PIBG, pernahkah kita melihat-lihat persekitaran sekolah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada dan membaikinya? Pernahkah kita terfikir untuk menderma secara sukarela kepada tabung PIBG agar aktiviti bermanfaat dapat dijalankan demi kebaikan anak-anak kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mewakafkan sesuatu untuk kegunaan semua murid di situ?

Dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa PIBG di sekolah anak penulis, seorang bapa telah bermurah hati untuk mendermakan sembilan daun pintu tandas setelah mendapati sembilan tandas murid di sekolah itu tidak berpintu.

Ada juga hikmahnya bapa murid ini menemani anaknya ke tandas ketika hadir mesyuarat itu.

Mengapa tandas-tandas itu dibiarkan tidak berpintu sedangkan ia melibatkan isu aurat dan privacy ketika ke tandas - agak sukar difahami oleh penulis. Menurut pihak sekolah, mereka telah melaporkan perkara itu ke Pejabat Pelajaran. Namun, tiada tindakan diambil sehinggalah pintu-pintu tandas itu didermakan oleh seorang bapa dan dipasangkan oleh bapa murid lain.

Kemurahan hati kedua-dua orang bapa tadi ternyata memberi sumbangan yang besar kepada sekolah dan memberikan keselesaan kepada semua murid di sekolah tersebut.

Bayangkan jika semua ibu bapa murid di sekolah ini bersikap pemurah dan ringan tangan seperti kedua-dua bapa tadi. Pelbagai kemudahan akan dapat disediakan dan para pelajarnya akan mendapat manfaat yang begitu besar sekali.

Secara umumnya, umat Islam faham bahawa agama Islam mengagungkan ilmu.

Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap umat Islam. Menuntut ilmu itu amat digalakkan sehingga dalam sebuah hadis disebut bahawa Allah akan memudahkan satu jalan untuk ke syurga bagi mereka yang keluar untuk menuntut ilmu.

Sikap mengutamakan ilmu oleh Islam ini juga jelas apabila ia meletakkan golongan yang berilmu pada satu kedudukan yang tinggi (Surah al-Mujadalah: 11).

Ganjaran dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah ini bukanlah untuk mereka yang menuntut ilmu dan yang memiliki ilmu sahaja, tetapi juga kepada mereka yang membelanjakan hartanya untuk ilmu, perkembangan ilmu serta bagi tujuan orang lain mendapatkan ilmu.

Ini kerana apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan atas nama ilmu yang bermanfaat, ia dianggap sebagai perbelanjaan ke jalan Allah. Maka, mengapa kita begitu sukar untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak?

Sebenarnya, ada banyak cara untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak kita. Bagi yang berduit, mereka boleh menderma. Namun, pada pandangan penulis, kita tidak perlu tunggu kaya sebelum kita boleh menyumbang dalam bentuk wang. Apa yang lebih penting ialah kemahuan.

Kalau dalam sebuah sekolah itu setiap ibu atau bapa boleh dermakan RM1 sebulan untuk setiap anak, sebuah sekolah yang memiliki 1,000 murid akan mempunyai dana tambahan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ia bersamaan RM12,000 dana tambahan setahun.

Macam-macam yang boleh dibuat oleh sekolah dengan duit sebanyak ini untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak kita.

Mereka yang ada ilmu dan kemahiran tentang sesuatu pula, boleh berkongsi ilmu dan kemahiran itu dengan para pelajar melalui kelas-kelas tambahan atau aktiviti tertentu.

Sebagai contoh, di kaca TV kita selalu menonton watak bapa yang menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak anaknya. Banyak lagi ruang lain yang boleh digunakan untuk memberikan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada murid-murid di sekolah anak-anak kita.

Peluang ini juga merupakan satu lagi saluran untuk kita merebut ganjaran daripada Allah. Seperti yang kita maklum, semua amalan kita akan terhenti bila kita meninggal dunia, kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.

Maka, seandainya kita secara sukarela memberi sesuatu ilmu dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah tersebut dan mereka pula menggunakannya sepanjang hidup mereka, maka selama itulah amalan kita tidak akan terputus.

Cara lain untuk menyumbang adalah dengan memberikan sesuatu perkhidmatan.

Misalnya, seperti si bapa yang memasangkan daun pintu tadi. Beliau mungkin tiada wang untuk didermakan, tetapi beliau ada kemahiran untuk disumbangkan. Ibu bapa yang ada kemahiran seperti ini boleh menawarkan diri kepada pihak sekolah. Contohnya, apabila ada paip pecah atau tersumbat dan sebagainya, pihak sekolah boleh menggunakan khidmat mereka untuk membaiki kerosakan-kerosakan seumpama itu dan mengembalikan keselesaan kepada semua pengguna di sekolah itu, khususnya para pelajar.

Marilah kita mengubah sikap kita terhadap pihak sekolah. Daripada semata-mata mengharapkan sekolah melakukan keajaiban kepada anak-anak kita, apa kata kita bantu mereka untuk melakukan keajaiban itu? Kita boleh bantu dengan wang, dengan ilmu dan kemahiran, juga dengan sesuatu perkhidmatan.

Dalam kes pintu tandas tersebut, jika wujud kemurahan hati dan keringanan tulang di pihak ibu bapa, berserta koordinasi yang baik dari pihak sekolah, penulis yakin masalah itu akan dapat diatasi lebih awal lagi.

PENULIS ialah Felo Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Monday, April 13, 2009

Professional - cabaran kepada kakitangan awam

Aku seorang kakitatangan kerajaan. Kakitangan kerajaan mestilah bekerja dengan profesional dan tidak partisan. Tak kira penyokong parti apa mestilah bekerja dengan tidak bersikap pilih kasih atau berpihak. Gaji yang dibayar datangnya dari cukai, duti, eksais etc daripada seluruh rakyat Malaysia, bukannya dari poket parti tertentu sahaja. Bekerja dengan wang Rakyat, bekerja untuk Rakyat..

Polisi kerajaan mestilah diikuti walau sokong siapa pun kerana mereka adalah penentu dasar. Contoh PPSMI, ramai tak bersetuju tapi mesti dilaksanakan juga kerana ianya adalah dasar kerajaan yang memerintah. Hatta jika bahasa Tamil tiba-tiba digunakan menggantikan PPSMI, itupun mesti dilaksanakan oleh kakitangan awam kerana ianya adalah satu amanah dari pemerintah.

Jika penyokong parti tertentu sahaja boleh bekerja kerajaan maka setiap kali berubah kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri maka ramailah yang akan kehilangan pekerjaan semata2 berbeza ideologi.

Parti adalah Parti, Kerajaan adalah Kerajaan.. Itu amat berbeza, sila faham baik2.

PROFESSIONAL!!!

Sunday, March 22, 2009

PPSMI - Pengalamanku

sebelum saya ke sekolah (posting), saya memang menyokong penuh akan PPSMI kerana mahu English ditekankan penguasaannya dikalangan anak bangsa kita. tetapi sebaik sahaja ditempatkan dan ditugaskan pula mengajar Sains dan Math darjah 2 dan 3, tetiba saya jadi serba salah melihatkan masalah yang dihadapi oleh kanak2 ini. Sekolah ini terletak di kawasan bandar, bukan luar bandar.

Senarionya begini: Dalam 1 kelas biasanya terdiri dari murid pintar, sedrhana dan lemah. manakala sosioekonomi pula ada dari keluarga atasan, sederhana dan miskin/tiada pendidikan. Bagi murid yang pandai memang tiada masalah. bagi pelajar sederhana dan lemah pula kena lihat pada latarbelakang sosioekonomi mereka pula. Ada tetapi jarang yang pelajar sederhana/lemah ini berupaya bertutur/memahami English dengan baik. Jadi bagi seorang guru, cabarannya ialah memastikan murid faham dalam pelajaran dengan kaedah yang pelbagai dan menarik. Bagi saya sendiri, English yang digunakan terutamanya untuk subjek Sains adalah seringkas mungkin dan diselitkan maksud sesetengah istilah dalam BM jika ada murid masih tidak faham konsep.

Bagaimanapun, ada kelas yang saya ajar langsung tak faham sepatah haram pun English ni (Tahun 2). saya tak mahu mempertikaikan guru English mereka, tetapi tugas saya menjadi serabut seolah2 terpaksa mengajar English berserta Sains bersama2. Dengan masa yang amat singkat (3 masa untuk sains), tumpuan untuk mempertingkatkan pemahaman terhadap silibus sains disukarkan dengan ketidakmampuan murid menguasai ayat mudah menyebabkan kelas tersebut menjadi hampir BM sainsnya dan banyak masa terbuang semata2 hanya mahu memastikan mereka faham sebaris ayat bergambar yang tertulis dalam buku teks!!. Bukan sedikit murid yang menyatakan subjek sains menarik tetapi mereka menjadi malas dan meluat dengan ketidakmampuan mereka memahami English. Ada ibubapa yang datang melihat sendiri proses pembelajaran anak mereka meluahkan rasa risau dengan nasib anak mereka nanti. Kemahiran bahasa boleh dipupuk, tetapi peningkatan murid yang 'memusuhi' sains dan matematik semakin meningkat apa gunanya.

saya hanya ingin menekankan, bagi ibubapa yang berwang dan boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris memang tiada masalah. Tetapi nasib lebih 60% murid2 Melayu yang ibubapa mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan tiada pula wang untuk ke tuisyen cukuplah malang. Sudahlah lemah English, Sains dan Math pula lingkup dan sedikit demi sedikit kesannya boleh dilihat 10 tahun lagi bila kita mula kekurangan Melayu yang berminat dengan Sains nanti. yang pastinya, hanya guru disalahkan bila murid gagal tetapi ibubapa yang disanjung jika murid berjaya.

Ramai murid menjadi begitu pasif dalam kelas dan enggan menanyakan apa2 pada guru kerana takut tersalah soal dalam English. Belum lagi yang tidak faham apa2 langsung, bila disoal hatta dalam Bahasa Melayu pun terkebil2 macam ayam berak kapur. Saya malu nak cakap tetapi tahukah anda berapakah markah lulus dalam UPSR dan PMR tahun lepas dan selama PPSMI dilaksanakan? seorang murid yang selama ni mendapat C/D dengan tiba2 mendapat B. Ramai yang tak pernah lulus tetiba lulus dengan jayanya. Ini perkara yang sudah diketahui umum cuma tidak disensasikan sahaja. Itu belum lagi soalan spot yang cukup 'kebetulan' menghampiri soalan asal UPSR/PMR/SPM yang disebarkan di pusat2 tuisyen terkemuka dan di sekolah2 asrama penuh 2-3 menjak ni.

Saya bukanlah tidak menyokong bahasa Inggeris cuma caranya ialah memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bukannya dengan PPSMI. Macam tambahkan waktu belajar, adakan subjek English Communication dan sebagainya. Yang penting bagi murid boleh bertutur dahulu. Waktu BM boleh la dikurangkan sikit sebab memang banyak pun tetiap hari. ini kalau geng anti-PPSMI marah lagi tak tau la nak kata apa

Bab cikgu yang terpaksa menjadi guru semata2 untuk lari dari pengangguran pun memang ada. Guru yang tak berminat pun memang ada, tak boleh dinafikan. Apa beza dengan pekerjaan lain. Yang kat kilang, jurutera, arkitek, kat makmal, hatta pesyarah Univ sekalipun, ramai yang tak minat pun sebenarnya pada mula tetapi lama2 jatuh cinta la dengan kerja tu. Kerja cikgu teruk dan cukup tak setimpal jika dibanding dengan pegawai kerajaan lain, tetapi amat jarang cikgu yang berhenti. (yang tekanan sampai gila pun ada, macam kat sekolah menengah saya dulu) Kenapa? Sebab jadi cikgu BEST!! Pahala lebih? sudah pasti jika ikhlas... Kepuasan tengok murid boleh dari tak bolehlah paling best sekali dan menjadi pengikat seorang guru dengan kerjaya mereka.. GAJI?? kerja apapun dapat gaji.. TEKANAN?? hahaha, memang lagi tekanan dari keje2 yang dulu.. tapi saya redha je sebab ini yang Allah takdirkan untuk saya.. macam Saya yang pernah jadi pemotong ayam dan ikan di Giant Batu Caves dulu masa mula2 jadi Management Trainee, redha je walau dipandang 'kurang mulia' oleh pelanggan2.. tebal muka beb masa mula2 tu.. siap ada pakcik pesan kat anak dia depan2 kata "kalo gagal dalam pelajaran nanti bole la jadi macam abang ni" (saya le tu).. hina tak bunyinya?? tapi saya redha sebab yakin semua pekerjaan memberi pahala dan sikit pun tak rasa nak berhenti..

Tapisan untuk menjadi guru adalah cukup ketat, bukan senang nak lepas melainkan yang benar2 DIFIKIRKAN layak. Jika ada yang tak layak terlepas jugak apa nak buat kan. Rezeki masing-masing