Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Versi baru Digeus Registry Cleaner, perisian pembersih untuk Windows PC, membuatkan komputer lebih laju, selamat dan seolah-olah baru.

Digeus Registry Cleaner speeds up your computer by cleaning errors in your Windows. It removes the junk that accumulates in your Windows Registry, fixes Windows errors which results in speeding up your computer. With Digeus Registry Cleaner you just need a few mouse clicks and your computer will become as good as a brand new one.

Key features:

* Removes unused and invalid entries
* Speeds up boot up time
* Fixes Windows errors which results in speeding up your computer
* Eliminates BSOD (Blue Screen of Death)
* Invaluable when your system starts crashing, hangs, freezes and works slow
* This is one of the most popular registry cleaners on the Internet

For more information please visit:
Digeus Registry Cleaner


Digeus Registry Cleaner dapat melajukan komputer anda dengan membersihkan error pada sistem Windows. Ia akan membersihkan 'junk' yang terkumpul didalam registry, membetulkan error pada Windows akan memberi kesan cepat dan lancar pada proses komputer. Dengan Digeus Registry Cleaner anda hanya memerlukan beberapa klik sahaja dan komputer anda akan menjelma seolah-olah baru dibeli. .

Ciri-ciri:

* Membuang entry yang tidak berguna dan tidak sah
* Membetulkan Windows errors yang akan menjadikan PC anda lebih pantas
* Menyahkan BSOD (Blue Screen of Death) - (skrin biru yang berlaku semasa PC jem, sangkut dan restart)
* Amat bernilai apabila sistem anda mula crashing, hangs, freezes dan sistem perlahan
* Salah satu dari registry cleaners yang popular di Internet

Untuk maklumat, sila lawat:
Digeus Registry Cleaner

Sunday, February 27, 2011

Laluan getir bolasepak Malaysia menuju OLIMPIK LONDON 2012

Langkah pasukan Harimau Muda menuju Sukan Olimpik London 2010 penuh berliku. Pakistan baru merupakan rintangan awal dari tiga tahap menuju London.

Harimau Muda baru selesai menghadapi Pakistan dengan kemenangan 2-0 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 Februari yang lepas. Perlawanan timbal balas akan diadakan di Lahore pada 9 Mac 2011. Perlawanan yang jelas didominasi Harimau Muda tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk meraih kemenangan lebih meyakinkan sehingga menimbulkan keraguan beberapa pihak tentang kemampuannya mara lebih jauh dalam acara kelayakan ini.


Dalam sejarah bolasepak negara zon AFC, Malaysia sebenarnya sudah 2 kali melakarkan kejayaan layak ke Olimpik. Bagaimanakah langkah pasukan Harimau Muda untuk kembali melakar kejayaan yang amat didambakan oleh semua peminat tanahair?

Peserta dari AFC terdiri dari 35 negara yang dibahagi ke dalam dua tahap. Tahap utama terdiri daripada 13 negara. Vietnam menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara (ASEAN/AFF). Tahap utama ini menunggu hasil pertemuan 22 pasukan terbawah.


Malaysia termasuk dalam deretan negara 22 terbawah bersama pasukan-pasukan seperti Thailand, Indonesia, Oman, UAE, Yaman dan Iran. Undian perlawanan yang mempertemukan Malaysia dan Pakistan, Indonesia dan Turkmenistan serta perlawanan lainnya telah diadakan pada 20 Oktober 2010.

Semua 22 pasukan tahap bawah ini menjalani pra-kelayakan pada 23 Februari dan 9 Mac 2011 dengan sistem timbal-balas. Satu perlawanan antara Yaman dan Singapura pula diadakan pada 2 Mac 2011. .


11 pemenang dari pra-kelayakan tersebut lalu akan bergabung dengan 13 pasukan tahap teratas seperti Australia, Jepun, Arab Saudi, Qatar, Korea Selatan dan Vietnam. 24 pasukan itu kemudian akan saling bertemu dalam babak pertama dengan format timbal-balas yang dijadualkan pada 19 dan 23 Jun 2011.


12 pasukan yang menang kemudiannya akan dibahagi pula kedalam tiga kumpulan kelayakan yang mengandungi 4 pasukan. Perlawanan kumpulan kelayakan dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011, 23 dan 27 November 2011, 5 dan 22 Februari 2012 dan 14 Mac 2012.


Juara setiap kumpulan kelayakan akan mendapat tiket automatik ke London 2012, manakala naib juara dari ketiga-tiga kumpulan kelayakan akan saling bertemu untuk merebut 1 lagi tiket play-off. Pelawanan runner-up ini akan diadakan di tempat neutral dengan format round-robin pada 25-29 Mac 2012. Pemenang kumpulan runner-up ini akan menentang pasukan tempat keempat kelayakan Afrika (CAF). Diatas kertas, Asia hanya mempunyai 3 tiket automatik ke London 2012, dan maksimumnya 4 jika mampu menundukkan wakil Afrika nanti.


Negara Asia tahap utama harus bertarung 8 perlawanan untuk meloloskan diri ke London 2012 dengan menjadi juara kumpulan kelayakan. Jika menjadi naib johan kumpulan, pasukan tahap kedua seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia akan bertarung sebanyak 10 kali jika menjadi juara kumpulan kelayakan. Jika menjadi naib johan, mereka terpaksa mengharungi 12 perlawanan secara maksimum.


Senarai 13 negara tahap teratas

Negara 13 Teratas

1. Australia
2. Bahrain
3. China
4. Korea Utara
5. Korea Selatan
6. Iraq
7. Jepun

8. Lebanon
9. Qatar
10. Arab Saudi
11. Syria
12. Uzbekistan
13. Vietnam

Negara 22 Terbawah


14. Bangladesh
15. Taiwan
16. Hong Kong
17. India
18. Indonesia
19. Iran
20. Jordan
21. Kuwait
22. Kyrgyzstan
23. Malaysia
24. Maldives
25. Myanmar
26. Oman
27. Pakistan
28. Palestin
29. Singapura
30. Sri Lanka
31. Tajikistan
32. Thailand
33. Turkmenistan
34. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
35. Yaman

Tuesday, September 7, 2010

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang selalu dikecoh-kecoh dan menjadi bahan politik antara kaum)

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Sunday, June 27, 2010

Adakah senjata Nuklear boleh hancurkan Asteroid Untuk Selamatkan Bumi???


Ternyata Filem Terkenal Armagedon yang dibintangi Bruce Willis itu nantinya bukan sekadar khayalan. Dalam beberapa tahun lagi, mungkin itulah pilihan terakhir yang ada untuk mengelakkan kiamat daripada melanda manusia seperti dialami dinosaour puluhan juta tahun dahulu. Dengan kemajuan teknologi memungkinan pembuatan bom atom yang dapat menghancurkan asteroid raksasa yang dapat menabrak bumi sehingga jadi kiamat.

Saat asteroid besar bersiap membedil Bumi 50 tahun mendatang, sebuah bom nuklear dilancarkan untuk membuat batu luar angkasa itu hancur berkecai. Itu adegan yang sangat menarik filem Hollywood. Itu boleh saja jadi nyata. Sebab, para ilmuwan mengatakan bom nuklear memang dapat jadi penyelamat terakhir Bumi.


Namun, ada beberapa prasyarat yang harus dipenuhi. Yakni, asteroid harus jadi ancaman yang nyata bagi Bumi dalam jangka waktu yang relatif singkat — untuk justifikasi pilihan ekstrim ini. Apalagi, tambah ilmuwan, puing-puing ledakan asteroid yang dibom nuklear turut boleh menjadi bahaya.


David Dearborn, ahli fizik Makmal Nasional Lawrence Livermore, California mendukung bom nuklear sebagai salah satu alternatif terbaik menghindarkan malapetaka Bumi. “Bom nuklear adalah bom terkuat yang kita ketahui. Ini 3 juta kali lebih efisien daripada bom kimia. Masalahnya, adalah bagaimana untuk menggunakannya,” kata dia, seperti dimuat laman Space.com, 25 Jun 2010.


Apalagi, dengan nuklear, kita boleh membawa sumber tenaga yang luar biasa ke angkasa lepas dalam kapasiti yang kecil. Namun, masalah tak berakhir dengan hanya meledakkan asteroid. Ancaman lain masih ada — puing-puing asteroid. Kata Dearborn, penting untuk mengambil kira sedemikian rupa, sehingga akhirnya hanya sebagian kecil puing sahaja yang mampu menembusi atmosfera. Dearborn membuat simulasi untuk mengetahui jumlah energi dan waktu yang efektif untuk mengalihkan asteroid dan puing-puing yang tersebar agar tidak merempuh Bumi.


Kata beliau, memecahkan asteroid sepanjang 270 meter dengan 300 kiloton sumber tenaga dapat dilakukan selama 15 hari, dengan jarak lebih dari 100 juta batu (160,000,000 km) dari Bumi. “Di luar orbit Bulan. Itu bererti Bumi tidak akan terjejas. Dipastikan 97 peratus sisa letupan asteroid tidak menuju Bumi.” Makmal Universiti California saat ini sedang merancang dan menguji senjata nuklear penghancur asteroid. Dearborn sangat yakin, ledakan nuklear dapat digunakan untuk mengubah orbit asteroid yang mengancam — sebelum menghentam dan menciptakan bencana luar biasa bagi Bumi.


Sementara itu, Pengarah NASA Lunar Science Institute dan ahli astrobiologi senior NASA Astrobiology Institute, NASA Ames Research Center, David Morrison mengatakan senjata nuklear hanya efektif dalam situasi mendesak. “Jika asteroid itu benar-benar besar dan manusia tidak memiliki banyak masa, nuklear mungkin satu-satunya penyelamat kita,” tambahnya. Laporan kajian NASA mengungkapkan, 90 peratus batu luar angkasa besar yang berpotensi mengancam Bumi telah ditemui. “Dalam beberapa tahun, kita boleh yakin bahawa tiada objek di langit yang dapat menyebabkan kehancuran Bumi. Namun begitu, masih ada jutaan objek langit yang cukup besar untuk menyapu bersih sebuah kota. Perlu waktu yang lama untuk menemukan dan mencari orbit mereka,” kata dia.


Armageddon merupakan sebuah filem horror tentang akhir zaman atau hari kiamat yang meraih anugerah Academy Award sebagai filem bencana terbaik tahun 1998. Filem ini diarah oleh Michael Bay, produsernya oleh Jerry Bruckheimer. Pelakon utama filem ini ialah Bruce Willis, Ben Affleck, Liv Tyler, Billy Bob Thornton, dan masih banyak lagi. Dilancarkan pada 1 Julai 1998 di Amerika Syarikat.

Asteroid Raksasa Mungkin Membadai Bumi pada 2014

Sebuah asteroid raksasa memang sedang mengarah ke Bumi, dan dapat menerjang planet tempat umat manusia hidup ini pada 2014! Demikian diingatkan para ahli astronomi AS dan British, Selasa. Tetapi, jangan terlalu panik. Sebab, kemungkinan besar tidak akan terjadi Armageddon (kiamat). Peluang asteroid tersebut menghentam Bumi, hanyalah bernisbah 1:909,000 sahaja.


Menurut Reuters, memetik kenyataan para ahli AS itu, asteroid ”2003 QQ47” akan dipantau secara teliti selama dua bulan mendatang. Tanggal berpotensi ia bakal menerjah Bumi, adalah 21 March 2014. Akan tetapi, para pakar astronomi AS-British tersebut mengatakan risiko perlanggaran dapat dikurangi, bergantung pada data lebih lanjut yang sedang mereka kumpulkan. Andaikata melanggar Bumi, hentaman asteroid itu akan sama dahsyatnya dengan ledakan 20 juta bom atom yang pernah dijatuhkan di Hiroshima dulu, kata seorang jurucakap Near Earth Object Information Centre (NEOIC), kepada radio BBC.


NEOIC, adalah lembaga yang dibiayai oleh kerajaan Britain. ”Objek dekat Bumi itu akan dipantau selama dua bulan, dan para ahli astronomi akan terus memerhatikannya pada masa waktu tersebut,” kata Dr Alan Fitzsimmons, salah seorang pakar NEOIC, kepada Reuters.


Asteroid-asteroid semacam ”2003 QQ47” adalah batuan-batuan yang tertinggal dari pembentukan sistem tata suria 4.4 billion tahun silam. Kebanyakan berada pada jarak yang selamat bagi Bumi, yakni di lingkaran asteroid antara Marikh (Mars) dan Musytari (Jupiter). Tetapi, pengaruh graviti planet-planet raksasa seperti Jupiter, dapat saja mendorong keluar asteroid-asteroid itu dari orbitnya dan bergerak menuju Bumi.


Asteroid Raksasa Hancurkan Bumi


Asteroid raksasa yang menghentam Bumi adalah satu-satunya penjelasan yang dapat diterima sebagai penyebab kepunahan dinosaur, kata sekumpulan ilmuwan global, Khamis (4/3), dengan harapan dapat menyelesaikan pertikaian yang telah memisahkan para ahli sains selama beberapa dekad. Satu panel yang terdiri atas 41 ilmuwan dari seluruh dunia mengkaji penelitian selama 20 tahun untuk mengesahkan penyebab kepunahan Cretaceous-Tertiary (KT), yang menciptakan “lingkungan seperti neraka” sekitar 65 juta tahun lalu dan menghapus lebih separuh dari semua spesies di planet ini. (K is the traditional abbreviation for the Cretaceous period, and T is the abbreviation for the Tertiary period.)


Pendapat ilmiah terpecah mengenai apakah kemusnahan tersebut disebabkan oleh asteroid atau oleh kegiatan gunung berapi di Deccan Traps, yang sekarang adalah India –tempat serangkaian letusan gunung berapi yang berlangsung selama 1.5 juta tahun.


Kajian terbaru itu oleh ilmuwan dari Eropah, Amerika Syarikat, Mexico, Kanada dan Jepun dan disiarkan di Science Journal mendapati bahawa asteroid dengan diameter 15 kilometer telah menghentam bumi di Chixulub –kini Mexico– adalah penyebab musnahnya era KT. “Kami sekarang memiliki bukti kukuh bahawa satu asteroid adalah penyebab kepunahan era KT. Ini memicu kebakaran yang sangat besar, gempa bumi dengan ukuran lebih dari 10 pada skala Richter, dan tanah runtuh seluas benua, yang menciptakan tsunami,” kata Joanna Morgan dari Imperial College London, penulis bersama kajian tersebut. Asteroid itu diduga telah menghentam Bumi dengan kekuatan satu billion kali lebih kuat dibandingkan dengan bom atom di Hiroshima. Morgan mengatakan “paku terakhir di keranda bagi dinosaur” hadir ketika bahan ledakan berterbangan di atmosfera, menyelimuti planet ini dalam kegelapan, sehingga menyebabkan musim dingin global dan “membunuh banyak spesies yang tak dapat menyesuaikan diri dengan lingkungan cuaca sebegini”.


Para ilmuwan yang menjalankan kajian tersebut menganalisis pekerjaan ahli palaeontologi, geochemistry, contoh iklim, geofizik dan sedimentologi yang telah mengumpulkan bukti mengenai kepunahan era KT selama 20 tahun kebelakangan. Catatan geologi telah memperlihatkan peristiwa itu yang memicu kepunahan dinosaurus, iaitu dengan cepatnya merosakkan ekosistem darat dan laut, dan menurutnya hentaman asteroid tersebut “adalah satu-satunya penjelasan yang dapat diterima untuk ini”.


Peter Schulte dari University of Erlangen di Jerman, penulis utama mengenai kajian itu, mengatakan catatan fosil dengan jelas memperlihatkan kemusnahan besar-besaran sekitar 65.5 juta tahun lalu –masa yang sekarang dikenal sebagai era K-Pg. (Kejadian kepupusan K–T sekarang dikenali juga Kejadian Cretaceous–Paleogene (or K–Pg) oleh ramai saintis). Teori gunung api Deccan juga menimbulkan keraguan oleh model mengenai kimiawi atmosfera, kata kumpulan tersebut, yang memperlihatkan impak asteroid diduga telah mengeluarkan jauh lebih banyak sulfur, debu dan jelaga dalam waktu lebih singkat dibandingkan dengan ledakan gunung berapi, dan mengakibatkan kegelapan dan udara sejuk yang sangat ekstrem.


Gareth Collins, penulis lain dari Imperial College, mengatakan impak asteroid bukan hanya menciptakan “hari yang bagaikan neraka” yang menandakan pengakhiran dari 160 juta tahun kejayaan dinosaur, tapi juga menjadi hari yang sangat besar bagi haiwan mamalia. “Kepunahan KT adalah masa penting dalam sejarah Bumi, yang akhirnya melicinkan jalan bagi manusia untuk menjadi spesies dominan di Bumi,” beliau menulis di dalam komentar mengenai kajian itu, sebagaimana dikutip oleh wartawan Reuters, Kate Kelland.


sumber:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Cretaceous-Tertiary_extinction_event

2. Alvarez et al. Extraterrestrial cause for the Cretaceous–Tertiary extinction Science 208, 6 June 1980.

3. http://en.wikipedia.org/wiki/K-T_boundary

4. BBC News, "Asteroid danger in 2014 downplayed", 2 September 2003.

5. The Guardian, "March 2014 brings small risk of huge disaster ", 3 September 2003.

6. De Laubenfels, MW (1956). "Dinosaur Extinctions: One More Hypothesis". Journal of Paleontology 30 (1): 207–218.


Wednesday, February 17, 2010

Proton Persona's fuel consumption

Ada bebrapa bacaan direkodkan sepanjang perjalanan dari Kedah (Guar Chempedak) balik ke Johor (Rengit, Batu Pahat). --Persona Auto M-Line--

Highway (CNY baru2 ni)
1. isian penuh sehingga bunyi klik (walau meter baru 80% penuh) di Petronas Rengit
2. isian semula di Petronas Rawang sebanyak RM45 selepas 334km =RM0.14/km
3. isian penuh di Petronas Guar Chempedak sebanyak rm48 selepas 340km = RM0.14/km

City Driving (November 2009)
1. isian penuh sehingga bunyi klik (walau meter baru 80% penuh) di Petronas Bayan Baru
2. isian semula di Petronas Guar Chempedak selepas 5 hari memandu di kawasan sesak sebanyak RM25 selepas 130km = RM0.19/km

City Driving (Februari 2010)
1. isian penuh sehingga bunyi klik (walau meter baru 80% penuh) di Petronas Bayan Baru
2. isian semula di Petronas Guar Chempedak selepas 5 hari memandu di kawasan sesak sebanyak RM34 selepas 185km = RM0.18/km

kesimpulan aku/my conclusion =
Persona city driving RM0.18/km - RM0.19/km
Persona highway cruising - RM0.14/km

notes: Savvy AMT RM0.10/km, Saga BLM Auto RM0.15/km, Kancil 660 (M) RM0.10/km,
all from my previous calculations and experiences.

Tuesday, December 8, 2009

Guru Kemas tidak dihargai..

dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.

"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"


yg ni ulasan aku sendiri..

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LAGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

Thursday, November 12, 2009

Teori Evolusi dan Islam

Dalam Al-Quran sendiri mengesahkan Teori Big Bang selaras dengan penemuan sains kimia-fizik tentang asal-usul alam semesta.. itulah bukti keagungan Quran. (Harun Yahya)

Mengenai Teori Evolusi, ianya hanya masih satu teori. selagi tiada bukti kukuh untuk menentang Teori Evolusi, maka janganlah mencemuh sahaja.. Mana kajian saintifik orang Islam mengenai asal-usul kehidupan sebagai alternatif kepada Teori Evolusi? tak ada langsung kan?

malah kebanyakan hasil kajian saintifik Biologi-Kimia mendokong kajian Darwin. Si Darwin mungkin Yahudi, tetapi beliau telah menghabiskan hidupnya untuk mengkaji, untuk mencari dan menghasilkan ilmu.. sepatutnya umat Islamlah yang berperangai begitu.. tetapi sebaliknya pula.. umat Islam hanya sinonim sebagai pengguna dan pengikut sahaja kepada hasil kajian saintifik.. hanya tahu mengkritik sahaja..

Lagi 1 saya perhatikan, banyak ustaz dan orang agama hanya berminat sebagai pengkritik kepada banyak usaha kajian saintifik, sebagai contoh mempersoalkan kewujudan dinosaur, umur bumi, penemuan fosil dan mendakwa semua itu hanya penipuan Yahudi.. tetapi ada tak alternatif untuk mengkaji dinosaur itu sendiri selain mengutuknya didalam kuliah sahaja? Malah ada seorang ustaz yg aku kenali mengatakan oleh sebab dinosaur dan zaman prasejarah tiada dalam Quran maka secara automatik ianya batil dan tertolak.. Begitukah??

Aku secara peribadi amat berharap umat Islam akan mempunyai saintis yang berminat dalam pengkajian asal-usul kewujudan kehidupan secara saintifik.. apa yang aku lihat hari2 di rancangan Discovery, National Geographic, History Channel etc berkenaan kajian asal-usul alam amatlah menakjubkan.. dikala para saintis sibuk mengkaji tentang hal2 perjalanan alam semesta ni, para ilmuan Islam pula hanya sibuk berbalah tentang siapa Wahabi siapa tidak, nak baca Basmalah atau tidak semasa Fatihah, undi apa yg masuk syurga semasa PRU, hukum hudud nak laksana atau tidak dan macam-macam lagi..

Inilah masalah sebenar UMAT ISLAM!!! Aku pun pening......

Tuesday, October 27, 2009

Apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

KETIKA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.

Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah tempat anak kita mencari ilmu?

Lebih dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat Cina dalam memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak.

Cadangan itu amat wajar memandangkan sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira untuk mengeluarkan wang demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila untuk mengutip yuran tahunan sekolah pun kerajaan perlu melakukannya dengan penuh diplomasi.

Pada kesempatan tertentu seperti hari terbuka sekolah atau hari sukan atau ketika mesyuarat agung PIBG, pernahkah kita melihat-lihat persekitaran sekolah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada dan membaikinya? Pernahkah kita terfikir untuk menderma secara sukarela kepada tabung PIBG agar aktiviti bermanfaat dapat dijalankan demi kebaikan anak-anak kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mewakafkan sesuatu untuk kegunaan semua murid di situ?

Dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa PIBG di sekolah anak penulis, seorang bapa telah bermurah hati untuk mendermakan sembilan daun pintu tandas setelah mendapati sembilan tandas murid di sekolah itu tidak berpintu.

Ada juga hikmahnya bapa murid ini menemani anaknya ke tandas ketika hadir mesyuarat itu.

Mengapa tandas-tandas itu dibiarkan tidak berpintu sedangkan ia melibatkan isu aurat dan privacy ketika ke tandas - agak sukar difahami oleh penulis. Menurut pihak sekolah, mereka telah melaporkan perkara itu ke Pejabat Pelajaran. Namun, tiada tindakan diambil sehinggalah pintu-pintu tandas itu didermakan oleh seorang bapa dan dipasangkan oleh bapa murid lain.

Kemurahan hati kedua-dua orang bapa tadi ternyata memberi sumbangan yang besar kepada sekolah dan memberikan keselesaan kepada semua murid di sekolah tersebut.

Bayangkan jika semua ibu bapa murid di sekolah ini bersikap pemurah dan ringan tangan seperti kedua-dua bapa tadi. Pelbagai kemudahan akan dapat disediakan dan para pelajarnya akan mendapat manfaat yang begitu besar sekali.

Secara umumnya, umat Islam faham bahawa agama Islam mengagungkan ilmu.

Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap umat Islam. Menuntut ilmu itu amat digalakkan sehingga dalam sebuah hadis disebut bahawa Allah akan memudahkan satu jalan untuk ke syurga bagi mereka yang keluar untuk menuntut ilmu.

Sikap mengutamakan ilmu oleh Islam ini juga jelas apabila ia meletakkan golongan yang berilmu pada satu kedudukan yang tinggi (Surah al-Mujadalah: 11).

Ganjaran dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah ini bukanlah untuk mereka yang menuntut ilmu dan yang memiliki ilmu sahaja, tetapi juga kepada mereka yang membelanjakan hartanya untuk ilmu, perkembangan ilmu serta bagi tujuan orang lain mendapatkan ilmu.

Ini kerana apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan atas nama ilmu yang bermanfaat, ia dianggap sebagai perbelanjaan ke jalan Allah. Maka, mengapa kita begitu sukar untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak?

Sebenarnya, ada banyak cara untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak kita. Bagi yang berduit, mereka boleh menderma. Namun, pada pandangan penulis, kita tidak perlu tunggu kaya sebelum kita boleh menyumbang dalam bentuk wang. Apa yang lebih penting ialah kemahuan.

Kalau dalam sebuah sekolah itu setiap ibu atau bapa boleh dermakan RM1 sebulan untuk setiap anak, sebuah sekolah yang memiliki 1,000 murid akan mempunyai dana tambahan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ia bersamaan RM12,000 dana tambahan setahun.

Macam-macam yang boleh dibuat oleh sekolah dengan duit sebanyak ini untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak kita.

Mereka yang ada ilmu dan kemahiran tentang sesuatu pula, boleh berkongsi ilmu dan kemahiran itu dengan para pelajar melalui kelas-kelas tambahan atau aktiviti tertentu.

Sebagai contoh, di kaca TV kita selalu menonton watak bapa yang menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak anaknya. Banyak lagi ruang lain yang boleh digunakan untuk memberikan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada murid-murid di sekolah anak-anak kita.

Peluang ini juga merupakan satu lagi saluran untuk kita merebut ganjaran daripada Allah. Seperti yang kita maklum, semua amalan kita akan terhenti bila kita meninggal dunia, kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.

Maka, seandainya kita secara sukarela memberi sesuatu ilmu dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah tersebut dan mereka pula menggunakannya sepanjang hidup mereka, maka selama itulah amalan kita tidak akan terputus.

Cara lain untuk menyumbang adalah dengan memberikan sesuatu perkhidmatan.

Misalnya, seperti si bapa yang memasangkan daun pintu tadi. Beliau mungkin tiada wang untuk didermakan, tetapi beliau ada kemahiran untuk disumbangkan. Ibu bapa yang ada kemahiran seperti ini boleh menawarkan diri kepada pihak sekolah. Contohnya, apabila ada paip pecah atau tersumbat dan sebagainya, pihak sekolah boleh menggunakan khidmat mereka untuk membaiki kerosakan-kerosakan seumpama itu dan mengembalikan keselesaan kepada semua pengguna di sekolah itu, khususnya para pelajar.

Marilah kita mengubah sikap kita terhadap pihak sekolah. Daripada semata-mata mengharapkan sekolah melakukan keajaiban kepada anak-anak kita, apa kata kita bantu mereka untuk melakukan keajaiban itu? Kita boleh bantu dengan wang, dengan ilmu dan kemahiran, juga dengan sesuatu perkhidmatan.

Dalam kes pintu tandas tersebut, jika wujud kemurahan hati dan keringanan tulang di pihak ibu bapa, berserta koordinasi yang baik dari pihak sekolah, penulis yakin masalah itu akan dapat diatasi lebih awal lagi.

PENULIS ialah Felo Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Wednesday, October 7, 2009

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

"Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

So, apa tunggu lagi.. tarik la balik bantuan pada orang-orang Indon yang biadap tu. Tumpukan sahaja di kawasan kampung-kampung, bukan lagi hanya di kawasan elit seperti hotel dan kediaman mewah sahaja.. Memang bangsa yang tidak sedarkan diri.. Nak maki pun saudara sebangsa juga.. huh

Saturday, May 23, 2009

Mat Rempit, Mat Cemerlang atau Samseng Jalanan

Masih segar dalam ingatan betapa peliknya idea kontroversi yang pernah dicetuskan oleh YB Khairy Jamaludin ialah cubaan beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera UMNO Malaysia untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang".

Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Baru-baru ni pula Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof mengulas istilah Mat Rempit yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, beliau berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz.

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Aku secara peribadi ingin menyarankan agar Mat Rempit ini dirotan sahaja dengan 1 sebatan. Harap2 ini dapat menjadi satu penghalang kepada gejala ini. Masuk penjara buat perabis duit rakyat je bagi makan/minum free. Menyirap darah aku tiap2 kali melihat mereka beraksi. Ada pulak murid aku yang minat sangat nak jadi macam Mat Rempit nih, padahal hari2 aku cerita keburukan dan kejahatan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni. Tu yang perlu sangat disegerakan hukuman rotan yang penting untuk pencegahan.

Mana2 peguam atau aktivis hak asasi yang membantah kononnya kejam, cuba korang kena samun atau belasah dengan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni.. mesti minit tu jugak bersetuju dengan saranan aku nih..

Sunday, May 17, 2009

Proton Saga BLM's fuel consumption

Aku bawak ke Seri Manjung dari Guar Chempedak, jarak kira2 220km, mula dengan full tank, sampai di Seri Manjung aku isi full tank RM31.. purata laju ialah 110-120km/h di highway dan 60-90km/h di jalan biasa Cangkat Jering-Seri Manjung..

Masa baliknya (malam) pun masih mencatat bacaan lebih kurang, sampai di Guar Chempedak aku isi full tank RM35.. purata laju ialah 110-150km/h di highway dan 60-100km/h di jalan biasa Seri Manjung-Cangkat Jering..

PROTON SAGA BLM
Distance: 440km, RM66
Fuel Consumption: 1litre for 12km, RM1 for 6.67km, 100km/8.33litre

agak2nya save ke x ni?

Kancil lama 850 mak aku plak, bawak kat Pulau Pinang selama seminggu bkerja, tambah pergi balik ke Kedah 2 kali...

KANCIL 850 2001
Distance: 546km, RM64
Fuel Consumption: 1litre for 15.36km, RM1 for 8.53km, 100km/6.51litre

Monday, April 13, 2009

Professional - cabaran kepada kakitangan awam

Aku seorang kakitatangan kerajaan. Kakitangan kerajaan mestilah bekerja dengan profesional dan tidak partisan. Tak kira penyokong parti apa mestilah bekerja dengan tidak bersikap pilih kasih atau berpihak. Gaji yang dibayar datangnya dari cukai, duti, eksais etc daripada seluruh rakyat Malaysia, bukannya dari poket parti tertentu sahaja. Bekerja dengan wang Rakyat, bekerja untuk Rakyat..

Polisi kerajaan mestilah diikuti walau sokong siapa pun kerana mereka adalah penentu dasar. Contoh PPSMI, ramai tak bersetuju tapi mesti dilaksanakan juga kerana ianya adalah dasar kerajaan yang memerintah. Hatta jika bahasa Tamil tiba-tiba digunakan menggantikan PPSMI, itupun mesti dilaksanakan oleh kakitangan awam kerana ianya adalah satu amanah dari pemerintah.

Jika penyokong parti tertentu sahaja boleh bekerja kerajaan maka setiap kali berubah kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri maka ramailah yang akan kehilangan pekerjaan semata2 berbeza ideologi.

Parti adalah Parti, Kerajaan adalah Kerajaan.. Itu amat berbeza, sila faham baik2.

PROFESSIONAL!!!

Sunday, March 22, 2009

Proton Savvy's fuel consumption

Baru-baru ni aku balik ke kampung isteri aku di Rengit, Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kereta Proton Savvy AMT tahun 2007 (Savvy edisi kedua). Perjalanan bermula dengan fuel tank penuh dari Guar Chempedak, Kedah dengan masuk Lebuhraya PLUS di Sungai Petani sehingga keluar di Senawang menuju Kuala Pilah (singgah tengok Atuk/Wan). Kemudian dari Kuala Pilah menuju ke Tampin, ke Bandaraya Melaka, ke Muar, Batu Pahat dan tiba di Rengit. Kelajuan bercampur, dari 100-130km/h di Lebuhraya PLUS ke 40-90km/h di jalan biasa. Isi minyak full di Sungai Buloh, Melaka dan Rengit.

Distance: 750km, RM80
Fuel Consumption: 1litre for 16.9km = RM1 for 9.38km

Balik dari Rengit (full tank), pergi Ayer Hitam, masuk Lebuhraya PLUS sampai keluar di Gurun dan sampai ke Guar Chempedak (isi full di Sungai Buloh, Bukit Merah dan Guar Chempedak). Kelajuan dari 100-120km/h SAVVY AMT
Kelajuan dari 90-110km/h KANCIL 660 (kiraan semasa cuti sek Disember 2008)

SAVVY AMT
Distance: 705km, RM70
Fuel Consumption: 1litre for 18.13km, RM1 for 10.07km

KANCIL 660
Distance: 705km, RM75
Fuel Consumption: 1litre for 16.92km, RM1 for 9.4km

OFFICIAL PROTON SAVVY:
1litre for 18.89km, RM1 for 10.48 @ 90km/h

See also:

Jonny Smith tries to take some of the cheapest cars in Britain up the steepest road in Britain, the Hardknott Pass in the Lake District. Proton Savvy beat Metrocar MC2 (French) and Hyundai Amica (Korean)
http://www.youtube.com/watch?v=y5C077bjslQ

Monday, February 23, 2009

Patutkah KFC diboikot


Kebenaran
Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang , kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel . Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia


Thursday, February 19, 2009

Al-Fatihah - Pelukis Datuk Ibrahim Hussein meninggal


Pelukis ternama negara dan antarabangsa, Datuk Ibrahim Hussein yang juga datuk saudara blogger Nizar_Ryza (aku le tu) meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar, jam 4.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Mont Kiara selepas solat Zohor. Allahyarham yang dilahirkan di Sungai Limau Yan, Kedah dan menerima latihan seni lukis di Royal Academy Schools London pada 1963 hingga 1966, Byam Shaw School of Drawing & Painting London (1959 - 1963) dan Nanyang Academy of Art Singapore (1956). Kecintaannya kepada dunia seni lukis dizahirkan dengan penubuhan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein yang terletak di Pasir Tengkorak Langkawi.