Tuesday, December 8, 2009

Guru Kemas tidak dihargai..

dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.

"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"


yg ni ulasan aku sendiri..

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LAGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

6 comments:

  1. kalau la ada yg mendengar luahan ini..kesian guru2 kemas....

    ReplyDelete
  2. perpaduan da tetap..kemas bila lagi?...

    ReplyDelete
  3. ada yang kata pinjaman senang diluluskan dan pinjaman rumah juga sama?adakah itu hanya omongan semata2?

    ReplyDelete
  4. maaf tuan.

    1. tiada gred S11 di KEMAS.
    2. pinjaman peribadi senang dapat. rujuk Bank Rakyat.
    3. EPF tetap di potong sehingga mereka mencecah umur pencen sebagai simpanan dan pelaburan masa hadapan. lihat sahaja guru KEMAS yang sudah mencecah umur 50 dan buat pengeluaran epf, boleh buat rumah baru, beli kereta baru.

    ReplyDelete
  5. wahai pihak berwajip kenapa status kami hanya sekadar KONTAK...ke mana arah tuju kami kelas...kami juga perlukan status tetap tu huhuhu penah kami btungkus lumus belajar d ipg bagi memantapkan kendiri kami bagi mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  6. Saya salah seorang guru tabika KEMAS. Sebelum bekerja kami tidak diberitahu langsung tentang pekerjaan tersirat iaitu menjadi mata dan telinga kerajaan.Namun demkian saya tidak merungut dengan apa yang telah diberikan kerana sudah terikat dengan kontrak. Cuma apa yang saya kecewa ialah jawatan KONTRAK. Rata-rata kawan sekerja saya telah berkhidmat sekitar 10-15 Tahun sebagai GURU TABIKA KEMAS, namun jawatan tetap KONTRAK. Sampai bila hal ini harus berterusan? Sedangkan kamilah jentera penggerak UMNA/ BN sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya. Diharap pihak yang berkenaan dapat mendengar luahan dan rintihan kami selaku GURU TABIKA KEMAS BERSTATUS KONTRAK. Kami memohon untuk JAWATAN TETAP & BERPENCEN.
    Memang betul seperti apa yang diperkatakan oleh Anonymous pinjaman peribadi di bank, tetapi kami ingin pinjaman kerajaan, BUKAN bank.
    Memang EPF dipotong setiap bulan, tetapi jawatan tetap KONTRAK.

    ReplyDelete