Kriket ialah permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain. Ia berasal dari England lebih 500 tahun dahulu. Kriket ialah sejenis sukan berpasukan yang popular selepas bola sepak dan bola keranjang, dan boleh ditemui di lebih 120 buah negara.
Kelab kriket yang ditubuhkan pada tahun 2005 di Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Bayan Baru kini telah berusia 5 tahun dan telah menempa banyak kejayaan dalam bidang sukan kriket di Pulau Pinang dan Malaysia. Kelab yang ditubuhkan pada awalnya hanyalah sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah ini berkembang dan kini telah menjadi salah satu pasukan kriket yang disegani lawan dalam pertandingan dan kejohanan kriket yang dianjurkan di Pulau Pinang. Kelab ini juga telah berjaya melahirkan ramai pemain kriket yang baik dan berkemahiran. Malah ramai yang telah dipilih mewakili negeri Pulau Pinang.
Guru Pembimbing Kelab Kriket SKSP ialah En Khoo Khay Keat dengan dibantu oleh En Mohd Nizaruddin. Pasukan ini turut mendapat sentuhan dari Mr Sarath Jayawardana - bekas pemain kebangsaan Sri Lanka.
Hasil dari kerja keras dan latihan yang berterusan, pasukan ini berjaya menjuarai Kejohanan Kriket MSSN Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Sekolah Menengah Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam. Semua sekolah lain ditewaskan dengan gagah, termasuklah lawan di final iaitu SK Stowel, yang juga johan kejohanan tahun lalu dapat diatasi dengan angka larian yang besar. Tahniah diucapkan...
...........SERI PERMAI UBER ALLES.......
usaha....
ReplyDelete