sebelum saya ke sekolah (posting), saya memang menyokong penuh akan PPSMI kerana mahu English ditekankan penguasaannya dikalangan anak bangsa kita. tetapi sebaik sahaja ditempatkan dan ditugaskan pula mengajar Sains dan Math darjah 2 dan 3, tetiba saya jadi serba salah melihatkan masalah yang dihadapi oleh kanak2 ini. Sekolah ini terletak di kawasan bandar, bukan luar bandar.
Senarionya begini: Dalam 1 kelas biasanya terdiri dari murid pintar, sedrhana dan lemah. manakala sosioekonomi pula ada dari keluarga atasan, sederhana dan miskin/tiada pendidikan. Bagi murid yang pandai memang tiada masalah. bagi pelajar sederhana dan lemah pula kena lihat pada latarbelakang sosioekonomi mereka pula. Ada tetapi jarang yang pelajar sederhana/lemah ini berupaya bertutur/memahami English dengan baik. Jadi bagi seorang guru, cabarannya ialah memastikan murid faham dalam pelajaran dengan kaedah yang pelbagai dan menarik. Bagi saya sendiri, English yang digunakan terutamanya untuk subjek Sains adalah seringkas mungkin dan diselitkan maksud sesetengah istilah dalam BM jika ada murid masih tidak faham konsep.
Bagaimanapun, ada kelas yang saya ajar langsung tak faham sepatah haram pun English ni (Tahun 2). saya tak mahu mempertikaikan guru English mereka, tetapi tugas saya menjadi serabut seolah2 terpaksa mengajar English berserta Sains bersama2. Dengan masa yang amat singkat (3 masa untuk sains), tumpuan untuk mempertingkatkan pemahaman terhadap silibus sains disukarkan dengan ketidakmampuan murid menguasai ayat mudah menyebabkan kelas tersebut menjadi hampir BM sainsnya dan banyak masa terbuang semata2 hanya mahu memastikan mereka faham sebaris ayat bergambar yang tertulis dalam buku teks!!. Bukan sedikit murid yang menyatakan subjek sains menarik tetapi mereka menjadi malas dan meluat dengan ketidakmampuan mereka memahami English. Ada ibubapa yang datang melihat sendiri proses pembelajaran anak mereka meluahkan rasa risau dengan nasib anak mereka nanti. Kemahiran bahasa boleh dipupuk, tetapi peningkatan murid yang 'memusuhi' sains dan matematik semakin meningkat apa gunanya.
saya hanya ingin menekankan, bagi ibubapa yang berwang dan boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris memang tiada masalah. Tetapi nasib lebih 60% murid2 Melayu yang ibubapa mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan tiada pula wang untuk ke tuisyen cukuplah malang. Sudahlah lemah English, Sains dan Math pula lingkup dan sedikit demi sedikit kesannya boleh dilihat 10 tahun lagi bila kita mula kekurangan Melayu yang berminat dengan Sains nanti. yang pastinya, hanya guru disalahkan bila murid gagal tetapi ibubapa yang disanjung jika murid berjaya.
Ramai murid menjadi begitu pasif dalam kelas dan enggan menanyakan apa2 pada guru kerana takut tersalah soal dalam English. Belum lagi yang tidak faham apa2 langsung, bila disoal hatta dalam Bahasa Melayu pun terkebil2 macam ayam berak kapur. Saya malu nak cakap tetapi tahukah anda berapakah markah lulus dalam UPSR dan PMR tahun lepas dan selama PPSMI dilaksanakan? seorang murid yang selama ni mendapat C/D dengan tiba2 mendapat B. Ramai yang tak pernah lulus tetiba lulus dengan jayanya. Ini perkara yang sudah diketahui umum cuma tidak disensasikan sahaja. Itu belum lagi soalan spot yang cukup 'kebetulan' menghampiri soalan asal UPSR/PMR/SPM yang disebarkan di pusat2 tuisyen terkemuka dan di sekolah2 asrama penuh 2-3 menjak ni.
Saya bukanlah tidak menyokong bahasa Inggeris cuma caranya ialah memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bukannya dengan PPSMI. Macam tambahkan waktu belajar, adakan subjek English Communication dan sebagainya. Yang penting bagi murid boleh bertutur dahulu. Waktu BM boleh la dikurangkan sikit sebab memang banyak pun tetiap hari. ini kalau geng anti-PPSMI marah lagi tak tau la nak kata apa
Bab cikgu yang terpaksa menjadi guru semata2 untuk lari dari pengangguran pun memang ada. Guru yang tak berminat pun memang ada, tak boleh dinafikan. Apa beza dengan pekerjaan lain. Yang kat kilang, jurutera, arkitek, kat makmal, hatta pesyarah Univ sekalipun, ramai yang tak minat pun sebenarnya pada mula tetapi lama2 jatuh cinta la dengan kerja tu. Kerja cikgu teruk dan cukup tak setimpal jika dibanding dengan pegawai kerajaan lain, tetapi amat jarang cikgu yang berhenti. (yang tekanan sampai gila pun ada, macam kat sekolah menengah saya dulu) Kenapa? Sebab jadi cikgu BEST!! Pahala lebih? sudah pasti jika ikhlas... Kepuasan tengok murid boleh dari tak bolehlah paling best sekali dan menjadi pengikat seorang guru dengan kerjaya mereka.. GAJI?? kerja apapun dapat gaji.. TEKANAN?? hahaha, memang lagi tekanan dari keje2 yang dulu.. tapi saya redha je sebab ini yang Allah takdirkan untuk saya.. macam Saya yang pernah jadi pemotong ayam dan ikan di Giant Batu Caves dulu masa mula2 jadi Management Trainee, redha je walau dipandang 'kurang mulia' oleh pelanggan2.. tebal muka beb masa mula2 tu.. siap ada pakcik pesan kat anak dia depan2 kata "kalo gagal dalam pelajaran nanti bole la jadi macam abang ni" (saya le tu).. hina tak bunyinya?? tapi saya redha sebab yakin semua pekerjaan memberi pahala dan sikit pun tak rasa nak berhenti..
Tapisan untuk menjadi guru adalah cukup ketat, bukan senang nak lepas melainkan yang benar2 DIFIKIRKAN layak. Jika ada yang tak layak terlepas jugak apa nak buat kan. Rezeki masing-masing
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTahniah, satu catatan pengalaman yang menarik. Teruskan menulis.
ReplyDeleten3 yg bgus kerana pengalaman cikgu sendri yg terpaksa berdepan dgn ppsmi. sya yg mengajar adik sendiri pon mengalmi kesukaran utk mengajar istilah2 matematik dlm english.mula2 mngjar kena cerita psal maksuk2 dulu..gradient apa mksudnya,intercept apa mksudnya..yg memanaskan hati,bile diterangkn dlm bm,boleh je buat smua soalan.bile suruh bace sendiri dulu explaiantion dlm buku yg dlm english tu, susah sgt nak faham..daripada 1 jam diperlkkan untk hbis satu bab,melert jadi 2 jam..ini baru sorang adik pn dah rsa mcm 'panas' sgt..sy dpt bayangkn tekanan cikgu semua yg handle berpuluh2 murid..las2 tersumpah seranah ppsmi tnpa d sedari...
ReplyDelete