Sunday, March 22, 2009

Proton Savvy's fuel consumption

Baru-baru ni aku balik ke kampung isteri aku di Rengit, Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kereta Proton Savvy AMT tahun 2007 (Savvy edisi kedua). Perjalanan bermula dengan fuel tank penuh dari Guar Chempedak, Kedah dengan masuk Lebuhraya PLUS di Sungai Petani sehingga keluar di Senawang menuju Kuala Pilah (singgah tengok Atuk/Wan). Kemudian dari Kuala Pilah menuju ke Tampin, ke Bandaraya Melaka, ke Muar, Batu Pahat dan tiba di Rengit. Kelajuan bercampur, dari 100-130km/h di Lebuhraya PLUS ke 40-90km/h di jalan biasa. Isi minyak full di Sungai Buloh, Melaka dan Rengit.

Distance: 750km, RM80
Fuel Consumption: 1litre for 16.9km = RM1 for 9.38km

Balik dari Rengit (full tank), pergi Ayer Hitam, masuk Lebuhraya PLUS sampai keluar di Gurun dan sampai ke Guar Chempedak (isi full di Sungai Buloh, Bukit Merah dan Guar Chempedak). Kelajuan dari 100-120km/h SAVVY AMT
Kelajuan dari 90-110km/h KANCIL 660 (kiraan semasa cuti sek Disember 2008)

SAVVY AMT
Distance: 705km, RM70
Fuel Consumption: 1litre for 18.13km, RM1 for 10.07km

KANCIL 660
Distance: 705km, RM75
Fuel Consumption: 1litre for 16.92km, RM1 for 9.4km

OFFICIAL PROTON SAVVY:
1litre for 18.89km, RM1 for 10.48 @ 90km/h

See also:

Jonny Smith tries to take some of the cheapest cars in Britain up the steepest road in Britain, the Hardknott Pass in the Lake District. Proton Savvy beat Metrocar MC2 (French) and Hyundai Amica (Korean)
http://www.youtube.com/watch?v=y5C077bjslQ

4 comments:

  1. salam...nak tanya...savvy ok lagi ke sekarang ni? risau, banyak baca yang kata savvy ni teruk sgt2....hmmm..

    ReplyDelete
  2. SLM CIKGU MOLIsA.. kalo dgr cite org yg x pki savvy, mmg la.. cuba tgk kat forum savoc, mesti lain pnya. savvy ok, tp jgn amik AMT, gear mmg canggih tp maintenance AMT MMG mahal (kalo kena repair la).. brg2 sume dr France.. kalo manual mmg ok sgt2.. minyak pn save, enjin pn power, kete stabil..

    ReplyDelete
  3. Saya pakai savvy AMT dulu. overall mmg okey. handling mantap, pickup pon best. masalah yg tak tahan ialah jerking. mcm2 dah buat nak bg elok tapi masih tak boleh selesai. last2 skali tuka amik kete lain. kalau baru nak beli, lebih baik jangan. ambik lah myvi atau kalau nak proton jugak, saga baru ni pun ok jgk kot..

    ReplyDelete
  4. hmm. betul tu mmg masalah jerking tu proton sendiri pun x mampu nak setelkan. nak kata enjin pun bukan. banyak pomen surrender bila masuk bab savvy nih

    ReplyDelete