Saturday, May 23, 2009

Mat Rempit, Mat Cemerlang atau Samseng Jalanan

Masih segar dalam ingatan betapa peliknya idea kontroversi yang pernah dicetuskan oleh YB Khairy Jamaludin ialah cubaan beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera UMNO Malaysia untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang".

Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Baru-baru ni pula Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof mengulas istilah Mat Rempit yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, beliau berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz.

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Aku secara peribadi ingin menyarankan agar Mat Rempit ini dirotan sahaja dengan 1 sebatan. Harap2 ini dapat menjadi satu penghalang kepada gejala ini. Masuk penjara buat perabis duit rakyat je bagi makan/minum free. Menyirap darah aku tiap2 kali melihat mereka beraksi. Ada pulak murid aku yang minat sangat nak jadi macam Mat Rempit nih, padahal hari2 aku cerita keburukan dan kejahatan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni. Tu yang perlu sangat disegerakan hukuman rotan yang penting untuk pencegahan.

Mana2 peguam atau aktivis hak asasi yang membantah kononnya kejam, cuba korang kena samun atau belasah dengan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni.. mesti minit tu jugak bersetuju dengan saranan aku nih..

No comments:

Post a Comment