Monday, February 23, 2009

Patutkah KFC diboikot


Kebenaran
Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang , kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel . Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia


Thursday, February 19, 2009

Al-Fatihah - Pelukis Datuk Ibrahim Hussein meninggal


Pelukis ternama negara dan antarabangsa, Datuk Ibrahim Hussein yang juga datuk saudara blogger Nizar_Ryza (aku le tu) meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar, jam 4.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Mont Kiara selepas solat Zohor. Allahyarham yang dilahirkan di Sungai Limau Yan, Kedah dan menerima latihan seni lukis di Royal Academy Schools London pada 1963 hingga 1966, Byam Shaw School of Drawing & Painting London (1959 - 1963) dan Nanyang Academy of Art Singapore (1956). Kecintaannya kepada dunia seni lukis dizahirkan dengan penubuhan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein yang terletak di Pasir Tengkorak Langkawi.


Wednesday, February 11, 2009

Rasional dan kebijakan Paduka Seri Sultan Perak

Ramai orang Pakatan terutamanya PAS cukup marah dan bengang dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kerana enggan memperkenankan permintaan bekas MB DS Ir Mohamad Nizar Jamaludin untuk membubarkan DUN Perak.

Sepatutnya setiap rakyat terutamanya Melayu dalam PAS dan PKR tidak perlu terburu buru dan terus melenting tanpa dikaji secara mendalam. Pada mulanya aku juga walaupun tidak menyertai mana mana pihak berasa agak tidak demokratik tindakan tersebut. Bagaimanapun setelah diperhalusi maka aku dapati tindakan Baginda adalah amat bersesuaian dengan kedudukan Baginda sebagai pelindung kepada semua kepentingan Melayu dan pemayung adat istiadat Melayu.

MB Nizar memegang jawatan MB bersama majoriti exco dari DAP berbangsa bukan Melayu. Dominasi etnik dalam barisan kerajaan Perak adalah seperti berikut:
DAP 18 - 14 Cina, 4 India
PKR 7 - 3 Melayu, 3 Cina, 1 India
PAS 6 - 5 Melayu, 1 Cina Muslim

Jadi terdapat 17 Cina, 5 India dan 9 Melayu/Islam dalam barisan kerajaan PR Perak. Begitu juga dalam barisan Exco yang didominasi oleh etnik bukan Melayu. Keadaan ini pastilah memberi sedikit sebanyak kesan kepada kadar 'kemelayuan' kerajaan PR Perak. Nisbah 22:9 ini dilihat menyukarkan pembelaan kaum Melayu dengan berkesan disebalik slogan kesamarataan kaum di Malaysia.

Inilah tujuan sebenar DYMM Paduka Seri Sultan Perak enggan membubarkan DUN Perak. Berita tentang rancangan DAP untuk meletakkan seorang calon Melayu di mana-mana kubu kuat mereka pastinya menggusarkan baginda. Adalah menjadi suatu mimpi ngeri kepada orang Melayu Perak kiranya kerusi MB jatuh ketangan DAP. Walaupun MB ditetapkan Melayu Islam, tetapi dalam keadaan ditangan parti bermajoritikan etnik Cina adalah sesuatu yang dilihat tidak wajar dalam konteks negeri Melayu yang beraja.

Memandangkan kepada populariti kerajaan PR sekarang, dijangka PR akan mudah memenangi semula kerajaan Perak. Oleh sebab itu, DYMM Paduka Seri Sultan terpaksa membuat satu keputusan sukar yang tidak popular di kalangan rakyatnya dengan menolak permohanan membubarkan DUN yang pastinya amat menguntungkan DAP.

Solat hajat telah diadakan, munajat pun sudah dilakukan. Kepada penyokong PR, Pasrahlah pada ketentuan dari ALLAH S.W.T dan bersabar.. Bukankah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar?

Monday, February 9, 2009

Kemelut DUN Perak:Kebebalan terhadap Perlembagaan yang disengajakan

Oleh: MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY

Saya sebenarnya cuba mengelak diri dari menyentuh soal politik dalam blog saya ini. Tapi keadaan semasa seolah-olah membuatkan saya rasa berdosa dan seperti 'syaitan bisu' sekiranya saya diam membatu. Saya gagal melawan runtunan jiwa dan warna sebenar saya.

Tidak dapat saya nafikan bahawa isu yang berlaku di Perak adalah merupakan persoalan perlembagaan dan isu perundangan. Tetapi saya amat berkeyakinan dan menegaskan bahawa isu sebenar di Perak adalah kuasa eksekutif dan sistem beraja telah 'merompak' kerajaan negeri dari rakyat Perak!

Isu pertama adalah adalah kuasa sultan untuk mengarahkan perletakkan jawatan Menteri Besar dari Nizar. Saya bersedia untuk bertanggungjawab menyatakan bahawa tindakan Sultan adalah salah di sisi undang-undang! Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan tersebut dengan perkenan Sultan.

Artikel 16(6) Perlembagaan Perak menyebut :

If Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

Soalan saya: Bagaimana hendak menentukan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN? Siapa yang berhak menentukan kehilangan keyakinan tersebut? adakah Sultan berhak menentukannya? atau dimana kita hendak mengukur bahawa MB telah kehilangan mandat negeri?

Yang berlaku: satu sidang akhbar Najib bersama-sama ADUN-ADUN yang dikatakan melompat dan diistiharkan bahawa BN telah memperolehi majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan negeri! Saya nak tegaskan bahawa perkara ini adalah tidak sah untuk mengesahkan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN Perak! Malah ianya adalah salah sama sekali di sisi undang-undang! Hanya satu cara iaitu dibuat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri melalui Undi Tak Percaya (vote of no confidence) di DUN. Sultan tidak boleh hanya mengarahkan MB mengosongkan jawatan begitu sahaja!

Kedua: Siapakah sebenarnya memegang majoriti di DUN Perak? Menjawab isu ini adalah perlu untuk kita melihat komposisi DUN Perak. 28 Pakatan Rakyat, 28 BN dan 3 Bebas. Justeru, kita harus mengkaji kedudukan 3 anggota "Bebas" ini. Sebelum bertanya siapakah yang mereka sokong, adalah perlu diakses kesahihan kedudukan mereka di DUN memandangkan isu perletakan jawatan mereka berbangkit. Perletakan mereka telah dimaklumkan oleh Speaker DUN kepada SPR, tetapi SPR menolak surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut atas alasan terdapat keraguan terhadap surat perletakan jawatan beliau. Soalnya adakah SPR mempunyai bidangkuasa menolak perletakan jawatan tersebut yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak kepada mereka?

Dari aspek perundangan, saya tegaskan bahawa SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa melalui samada Perlembagaan Persekutuan, Akta SPR 1957 mahupun Akta Pilihanraya 1958. SPR telah melangkaui kuasanya yang sedia ada! Yang ada hanyalah, peruntukan apabila Speaker DUN memaklumkan SPR kekosongan kerusi DUN terbabit, terima dan laksanakan Pilihanraya Kecil di kawasan terbabit. Oleh yang demikian, dimana kuasa SPR untuk tidak menerima makluman Speaker? Jadi adakah boleh kita menggangap BN miliki majoriti? Dalam hal ini, saya sangat percaya bahawa SPR telah jadi "tapir tunggangan" apabila membelakangkan arahan Speaker tersebut!

Dengan berkeadaan 28 kerusi Pakatan, 28 kerusi BN dan 3 Bebas, keadaan Perak amat tidak menentu. Bagaimana pula 3 Bebas kembali menyokong Pakatan? Tak ke haru jadinya..Oleh itu cara terbaik adalah serahkan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya negeri! Nasib dan mandat rakyat Perak tidak harus diserahkan hanya kepada pemimpin korup dan seorang Sultan. SUHAKAM sendiri berpendapat bahawa mandat perlu diserahkan kembali kepada rakyat Perak.

Saya berhujah di sini bukanlah berniat untuk menderhakai Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan negara ini. Saya percaya bahawa hujah saya ini adalah amat konstitutional dan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Saya percaya bahawa isu ini akan menimbulkan banyak aplikasi perundangan dan perlembagaan. Adalah terlalu dangkal dan dajal untuk mengatakan bahawa Sultan tidak boleh disaman di sisi undang-undang dan beralasankan derhaka, kerana apa yang berlaku adalah Sultan dinamakan sebagai Defendan bertujuan untuk memperolehi finding fact ataupun natijah terhadap sesuatu persoalan undang-undang dan bukan ingin mengheret Sultan ke penjara. Justeru, pemimpin politik kerajaan haram jangan menghina diri mereka! Biarlah kerajaan mereka haram, jangan diri mereka juga haram di sisi undang-undang..

Ya! Saya adalah penderhaka kepada sistem yang khianat kepada rakyat!

dipetik dari: http://peguamkita.blogspot.com/

Sunday, February 8, 2009

Mengapa bangsa Yahudi Lebih Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (di Malaysia kari kepala ikan mendapat sambutan hangat)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi dan bilangan perokok umat Islam sering meningkat dari tahun ke tahun)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan kod (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. (di Malaysia, orang yang belajar muzik akan dipandang semacam, elitis, etc..)

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang otak (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. (di Malaysia 10 tahun kebelakang) Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (di Malaysia, sukan rempit amat popular di luar bandar dan banda di kalangan anak-anak Melayu)


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (kebnyakan orang Melayu yang gagal dalam hidup adalah /jarang tidak menunaikan solat)

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan sekeluarga anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemuzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 sen !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

dipetik dan diedit dari : http://fotoharian.blogspot.com/2009/02/kajian-mengapa-yahudi-bijakmesti-baca.html

Thursday, February 5, 2009

Latihan Komando Malaysia KEJAM????

Baru-baru ini kecoh kat TV3 terutamanya mengenai isu latihan komando yang diwar-warkan kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung... selama beberapa hari TV3 mensensasikan klip video tersebut sehingga kecoh la masyarakat dengan pelbagai pula pendapat, pandangan, sehingga disela dengan kutukan, hinaan dan saranan yang pelbagai mengenai latihan komando yang dipaparkan.


Ramai penonton yang menyuarakan bantahan keatas latihan keras dan kasar kerana didakwa tidak menghormati hak asasi manusia.. mereka berpendapat bahawa latihan yang boleh menjatuhkan maruah manusia dan menganiayai fizikal manusia tidak wajar sama sekali.. ada juga yang menyokong, terutamanya askar-askar pencen yang tidak ketinggalan memberikan komen mereka kepada TV3..


Bagi aku, ini semua adalah benda-benda sampah yang tidak spatutnya disensasikan.. hanya warganegara yang jahil tukil sahaja bertindak mempersoalkan teknik latihan tentera.. mungkin rakyat kita dah terdedah ke latihan tentera yang happy macam filem Hong Kong dan Hollywood.. tu lah akibatnya dok tengok sangat cerita panggung sampai membutakan mata hati untuk berfikir dengan waras.. otak dah beralih ke punggung agaknya..


Ada kemungkinan juga mereka ini (yang menentang teknik latihan) inginkan cara latihan sekadar berkawad dan latihan menembak.. lama-lama, jadilah macam kadet remaja di sekolah sahaja.. tak pun bertaraf RELA saja laa jadinya.. takat menembak babi bodo kat kebun boleh laa..


Komando memang amat memerlukan latihan keras.. lagi keras, lagi ganas maka lagi bagus.. Semasa Perang Vietnam, para anggota juruterbang United States Air Force (USAF) yang menerima latihan yang amat keras telah menunjukkan kejayaan latihan tersebut.. semua juruterbang tersebut kebal dan kalis dari penganiayaan, propaganda dan brainwashing dari pihak tentera Vietnam Utara walaupun ditawan selama bertahun-tahun serta diseksa dengan teruknya.. komando tentera darat Israel yang ditawan oleh tentera Arab semasa Perang Yom Kippur pun tak bukak mulut langsung walau diseksa macam-macam tentang operasi dan rahsia askar Israel.. sebaliknya pula, askar biasa yang kurang mendapat deraan semasa latihan dengan senangnya akan membocorkan rahsia ketenteraan dengan deraan dan gertakan yang berterusan.. contoh terbaik ialah tentera Arab dalam beberapa siri peperangan dengan Israel dulu.. tu pasal semua gerakan tentera Mesir, Syria dan Jordan senang-senang je kena patuk dengan Israel dulu..


lagi satu, tanpa latihan bertaraf gila yang dipaparkan itu, siapakah yang sanggup bertahan dalam suasana gila di kem tahanan perang, ketika beroperasi berseorangan di kawasan hutan tebal dan keadaan sukar di medan??


mungkin latihan bertaraf pengakap atau RELA dapat dijadikan ukuran... lu pikir la sendiri

Monday, February 2, 2009

AKU, adik dan egoisme (feat. PPSMI)

Aku ada 5 orang adik.. hubungan kami (antara aku dan adik2) macam laut, ada pasang ada surutnya.. kadang2 aku rasa macam biase je, kadang2 jadi tegang dengan sikap adik yang kadang2 nampak macam x hormat aku sebagai abang sulung.. kadang2 aku plak rase macam aku ni je yg berlagak bagus sgt dan over kat diorang.. tapi, mesti la aku ego sikit sebab aku yg paling tua.. aku sayang kat diorang sebenarnya terutama adik2 perempuan, tp kadang aku terperangkap dalam egoisme sendiri.. mungkin jugak sebab diorang rase diorang pandai lg pandai dari aku.. yee laa, aku pnya UPSR English dapat D.. hahaha.. 3A 1D. aku punya percubaan PMR sume subjek dapat atas 80%, tp English macam tu jugak, 20% je.. nampak macam bengong je kan....wah ha ha ha ( haa, ni la tajuk sebenar)


tp tu dulu.. laa ni aku dh insaf pentingnya English.. aku study dlu pn dalam English.. keja pun dengan puak Mat Saleh Perancis & England.. mau x mau kena pulun jugak laa.. tp aku tetap liat nak menulis dalam English.. bukan aper, ayat aku nnt jd skima.. aku x suke baca novel jd aku hanya tahu English yang diguna dalam Encyclopedia, Wikipedia, Jurnal Sains dan lain2 bahan ilmu sahaja.. so, nak goreng memang x pandai sgt..


skang aku kene ajar Math & Science dlm English.. PPSMI.. kes1an aku tgk murid2 ni.. terutama Melayu, boleh dikatakan sapa2 yang lambat cket je nak catch-up pembelajaran dalam English ni., terus ketinggalan selama-lamanya.. aku cuma bayangkan zaman kebengapan aku dalam English masa sekolah dulu kalo PPSMI dilaksanakan ke aku, mungkin aku skang masih dok kat bendang lagi sebab fail dalam exam (Math, Science).. aku dulu minat sains, dan pastinya aku punya minat tu tggal minat je la kalo kena belajar dalam english dulu..


aku sebagai penjawat awam kena la patuhi segala polisi dan dasar kerajaan, tp hati kecik aku ni hanya mengharapkan agar kajian semula dapat dilakukan.. tujuannya : demi anak Bangsa dan Negara