Baru-baru ini kecoh kat TV3 terutamanya mengenai isu latihan komando yang diwar-warkan kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung... selama beberapa hari TV3 mensensasikan klip video tersebut sehingga kecoh la masyarakat dengan pelbagai pula pendapat, pandangan, sehingga disela dengan kutukan, hinaan dan saranan yang pelbagai mengenai latihan komando yang dipaparkan.
Ramai penonton yang menyuarakan bantahan keatas latihan keras dan kasar kerana didakwa tidak menghormati hak asasi manusia.. mereka berpendapat bahawa latihan yang boleh menjatuhkan maruah manusia dan menganiayai fizikal manusia tidak wajar sama sekali.. ada juga yang menyokong, terutamanya askar-askar pencen yang tidak ketinggalan memberikan komen mereka kepada TV3..
Bagi aku, ini semua adalah benda-benda sampah yang tidak spatutnya disensasikan.. hanya warganegara yang jahil tukil sahaja bertindak mempersoalkan teknik latihan tentera.. mungkin rakyat kita dah terdedah ke latihan tentera yang happy macam filem Hong Kong dan Hollywood.. tu lah akibatnya dok tengok sangat cerita panggung sampai membutakan mata hati untuk berfikir dengan waras.. otak dah beralih ke punggung agaknya..
Ada kemungkinan juga mereka ini (yang menentang teknik latihan) inginkan cara latihan sekadar berkawad dan latihan menembak.. lama-lama, jadilah macam kadet remaja di sekolah sahaja.. tak pun bertaraf RELA saja laa jadinya.. takat menembak babi bodo kat kebun boleh laa..
Komando memang amat memerlukan latihan keras.. lagi keras, lagi ganas maka lagi bagus.. Semasa Perang Vietnam, para anggota juruterbang United States Air Force (USAF) yang menerima latihan yang amat keras telah menunjukkan kejayaan latihan tersebut.. semua juruterbang tersebut kebal dan kalis dari penganiayaan, propaganda dan brainwashing dari pihak tentera Vietnam Utara walaupun ditawan selama bertahun-tahun serta diseksa dengan teruknya.. komando tentera darat Israel yang ditawan oleh tentera Arab semasa Perang Yom Kippur pun tak bukak mulut langsung walau diseksa macam-macam tentang operasi dan rahsia askar Israel.. sebaliknya pula, askar biasa yang kurang mendapat deraan semasa latihan dengan senangnya akan membocorkan rahsia ketenteraan dengan deraan dan gertakan yang berterusan.. contoh terbaik ialah tentera Arab dalam beberapa siri peperangan dengan Israel dulu.. tu pasal semua gerakan tentera Mesir, Syria dan Jordan senang-senang je kena patuk dengan Israel dulu..
lagi satu, tanpa latihan bertaraf gila yang dipaparkan itu, siapakah yang sanggup bertahan dalam suasana gila di kem tahanan perang, ketika beroperasi berseorangan di kawasan hutan tebal dan keadaan sukar di medan??
mungkin latihan bertaraf pengakap atau RELA dapat dijadikan ukuran... lu pikir la sendiri
1. Video yg selama dua minit lebih tu menunjukkan kursus asas komando Gerup Gerak Khas (siri berapa tak taulah) peringkat Latihan Penamat, iaitu latihan terakhir yg prlu dijalani sebelum layak memakai beret hijau. Ciri-ciri latihan penamat ini mirip kepada operasi sebenar komando. Sekarang saya Ahmad Zafir Gerakhas nak cerita sikit pasal kursus asas komando Tentera Darat.
ReplyDeleteSetelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Ha! teruk tak teruk?? Larian marathon peringkat antarabangsa pun sejauh 42km je.. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat. Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu). Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya brpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja sperti ikan belacak, ular, kera dan sbagainya. Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu. Akhir sekali, tibalah masa utk mereka mempraktikkan apa yg mereka pelajari di keempat-empat peringkat sbelumnya. Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion. Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km…. Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yg brtindak sebagai pasukan musuh utk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka prlulah mengelak dari ditangkap. Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video trsebut. Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh brtahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… …………… Begitulah latihannya…. PASKAU dan PASKAL juga lebih kurang sama lkursusnya macam tu punya perittt tak terperiiii…&*%#!@%
So renungkan perkataan ini….DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG. Ayat itulah yg trpampang di hadapan Kem Sg. Udang yg menyambut setiap warga Tentera Darat yg ingin cuba mendapatkan Beret Hijau ! ….. REJIMEN GERAKHAS TETAP MARA !!!
teruknyer..suami sy nga g kursus kmando..ya Allah.xsgup ny pk suami wt sume 2.tp nk wt cmne.nama pn askar..smge suami bjya harungi sume cbrn..
DeleteBegitu ke kasarnya latihan gerak khas?
ReplyDeleteDATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG
Cayalah bro. Apa kata suruh mereka yang membantah tu pergi cuba latihan? Jgn jadi gila udah la.. he he he
betul la tu sepupu aku pun komando...tp aku respect la diaorg ni mmg hebat r...bagi org lelaki aku rasa bole la amik petua ngan diaorg ni, sepupu aku anak da 3 badan maintain jer..perut xboroi pun..hehehehehehhee
ReplyDeletesejujurnya, saya amat bangga suami saya seorang anggota tentra komando, pada awal perkenalan kami, sy hanya tahu yg dia hanya tentra biasa walaupun pada ketika itu, sy memg tidak langsung suka pd tntra krn byk yg burk sy dgr ttg tntra malahan sy berminat pd polis, namun, krn kejujuran dan displinnya, sy memilih dia... kami mnyulam cinta dan dlm tmpoh itu, sy mngenalinya dgn lebih dekat, dia mmg seorg yg berdisplin, agama yg baik dan ikhlas krjanya kerna agama dan bangsa, mmg apa yg saudara katakan td latihan komando mmg kasar dan lasak, namun, dgn berkat sabar, iman dan gagah, semua itu boleh diharunginnya, shngga kini, sy tetap mnyokong suami sy dlm ggk21.. sy bangga mnjadi istri kpd seorg tntra walaupun profesion kami berbeza... majulah ggk21..( KEM SG UDANG )
ReplyDeleteyg ni aku pn meluat mcm bdoh org yg kutuk latihan tu latihan keras tu lah untuk kebaikan komando malaysia itu yg akn myelamatkn dorg dan negara kita patut bangga dgn wira2 kita skurg2nya depa lebih lelaki dari lelaki he3
ReplyDeleteKomando amat penting krn jika berlaku keganasan siapa yg berperang.kalau orang yg kuat kutuk pergilah berperang jika berani,berani cakap berani buat faam...komando tetap boleh?
ReplyDeleteAnak aq seorang tentera
ReplyDeleteAskar komando memelukan latihan yg dasyat kerana melatih mereke utk berhati keras.beramanah.tanggungjawab.walupun ape berlaku komando adalah askar yg sgt kental
Lihat ketike di lahad datu askar biase rmai mati so kerajaan hanta asakar komando abis licin
Cube fikirkan
Anak sye captain komando
Anak aq seorang tentera
ReplyDeleteAskar komando memelukan latihan yg dasyat kerana melatih mereke utk berhati keras.beramanah.tanggungjawab.walupun ape berlaku komando adalah askar yg sgt kental
Lihat ketike di lahad datu askar biase rmai mati so kerajaan hanta asakar komando abis licin
Cube fikirkan
Anak sye captain komando
Kalau latihan ni bagus, kenapa kerajaan Tak terapkan latihan ni kepada semua lapisan tentera?
ReplyDeleteLatihan komando adalah khusus.bukan umum untuk tentera biasa,bukan semua tentera yg kursus komando boleh ke final,sebab ia adalah khas(SPECIAL)maka ia dipanggil GERAK KHAS.Namanya aje kita kena faham.RGK,COMMAN(Arahan)DO(buat).BUKAN SEMUA TENTERA LAYAK UNTUK KE PASUKAN KHAS.
ReplyDelete