Ramai orang Pakatan terutamanya PAS cukup marah dan bengang dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kerana enggan memperkenankan permintaan bekas MB DS Ir Mohamad Nizar Jamaludin untuk membubarkan DUN Perak.
Sepatutnya setiap rakyat terutamanya Melayu dalam PAS dan PKR tidak perlu terburu buru dan terus melenting tanpa dikaji secara mendalam. Pada mulanya aku juga walaupun tidak menyertai mana mana pihak berasa agak tidak demokratik tindakan tersebut. Bagaimanapun setelah diperhalusi maka aku dapati tindakan Baginda adalah amat bersesuaian dengan kedudukan Baginda sebagai pelindung kepada semua kepentingan Melayu dan pemayung adat istiadat Melayu.
MB Nizar memegang jawatan MB bersama majoriti exco dari DAP berbangsa bukan Melayu. Dominasi etnik dalam barisan kerajaan Perak adalah seperti berikut:
DAP 18 - 14 Cina, 4 India
PKR 7 - 3 Melayu, 3 Cina, 1 India
PAS 6 - 5 Melayu, 1 Cina Muslim
Jadi terdapat 17 Cina, 5 India dan 9 Melayu/Islam dalam barisan kerajaan PR Perak. Begitu juga dalam barisan Exco yang didominasi oleh etnik bukan Melayu. Keadaan ini pastilah memberi sedikit sebanyak kesan kepada kadar 'kemelayuan' kerajaan PR Perak. Nisbah 22:9 ini dilihat menyukarkan pembelaan kaum Melayu dengan berkesan disebalik slogan kesamarataan kaum di Malaysia.
Inilah tujuan sebenar DYMM Paduka Seri Sultan Perak enggan membubarkan DUN Perak. Berita tentang rancangan DAP untuk meletakkan seorang calon Melayu di mana-mana kubu kuat mereka pastinya menggusarkan baginda. Adalah menjadi suatu mimpi ngeri kepada orang Melayu Perak kiranya kerusi MB jatuh ketangan DAP. Walaupun MB ditetapkan Melayu Islam, tetapi dalam keadaan ditangan parti bermajoritikan etnik Cina adalah sesuatu yang dilihat tidak wajar dalam konteks negeri Melayu yang beraja.
Memandangkan kepada populariti kerajaan PR sekarang, dijangka PR akan mudah memenangi semula kerajaan Perak. Oleh sebab itu, DYMM Paduka Seri Sultan terpaksa membuat satu keputusan sukar yang tidak popular di kalangan rakyatnya dengan menolak permohanan membubarkan DUN yang pastinya amat menguntungkan DAP.
Solat hajat telah diadakan, munajat pun sudah dilakukan. Kepada penyokong PR, Pasrahlah pada ketentuan dari ALLAH S.W.T dan bersabar.. Bukankah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar?
No comments:
Post a Comment