Tuesday, December 8, 2009

Guru Kemas tidak dihargai..

dipetik dari:
http://zul4kulim.blogspot.com/2008/05/soalan-untuk-sidang-parlimen.html.

"YB Soalan saya yang ini untuk kementerian Luar Bandar..

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"


yg ni ulasan aku sendiri..

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred s11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar... JASA MEREKA LAGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

Thursday, November 12, 2009

Teori Evolusi dan Islam

Dalam Al-Quran sendiri mengesahkan Teori Big Bang selaras dengan penemuan sains kimia-fizik tentang asal-usul alam semesta.. itulah bukti keagungan Quran. (Harun Yahya)

Mengenai Teori Evolusi, ianya hanya masih satu teori. selagi tiada bukti kukuh untuk menentang Teori Evolusi, maka janganlah mencemuh sahaja.. Mana kajian saintifik orang Islam mengenai asal-usul kehidupan sebagai alternatif kepada Teori Evolusi? tak ada langsung kan?

malah kebanyakan hasil kajian saintifik Biologi-Kimia mendokong kajian Darwin. Si Darwin mungkin Yahudi, tetapi beliau telah menghabiskan hidupnya untuk mengkaji, untuk mencari dan menghasilkan ilmu.. sepatutnya umat Islamlah yang berperangai begitu.. tetapi sebaliknya pula.. umat Islam hanya sinonim sebagai pengguna dan pengikut sahaja kepada hasil kajian saintifik.. hanya tahu mengkritik sahaja..

Lagi 1 saya perhatikan, banyak ustaz dan orang agama hanya berminat sebagai pengkritik kepada banyak usaha kajian saintifik, sebagai contoh mempersoalkan kewujudan dinosaur, umur bumi, penemuan fosil dan mendakwa semua itu hanya penipuan Yahudi.. tetapi ada tak alternatif untuk mengkaji dinosaur itu sendiri selain mengutuknya didalam kuliah sahaja? Malah ada seorang ustaz yg aku kenali mengatakan oleh sebab dinosaur dan zaman prasejarah tiada dalam Quran maka secara automatik ianya batil dan tertolak.. Begitukah??

Aku secara peribadi amat berharap umat Islam akan mempunyai saintis yang berminat dalam pengkajian asal-usul kewujudan kehidupan secara saintifik.. apa yang aku lihat hari2 di rancangan Discovery, National Geographic, History Channel etc berkenaan kajian asal-usul alam amatlah menakjubkan.. dikala para saintis sibuk mengkaji tentang hal2 perjalanan alam semesta ni, para ilmuan Islam pula hanya sibuk berbalah tentang siapa Wahabi siapa tidak, nak baca Basmalah atau tidak semasa Fatihah, undi apa yg masuk syurga semasa PRU, hukum hudud nak laksana atau tidak dan macam-macam lagi..

Inilah masalah sebenar UMAT ISLAM!!! Aku pun pening......

Tuesday, October 27, 2009

Apa sumbangan ibu bapa kepada sekolah?

KETIKA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.

Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah tempat anak kita mencari ilmu?

Lebih dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat Cina dalam memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak.

Cadangan itu amat wajar memandangkan sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira untuk mengeluarkan wang demi pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila untuk mengutip yuran tahunan sekolah pun kerajaan perlu melakukannya dengan penuh diplomasi.

Pada kesempatan tertentu seperti hari terbuka sekolah atau hari sukan atau ketika mesyuarat agung PIBG, pernahkah kita melihat-lihat persekitaran sekolah untuk mengenal pasti kekurangan yang ada dan membaikinya? Pernahkah kita terfikir untuk menderma secara sukarela kepada tabung PIBG agar aktiviti bermanfaat dapat dijalankan demi kebaikan anak-anak kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mewakafkan sesuatu untuk kegunaan semua murid di situ?

Dalam salah satu mesyuarat jawatankuasa PIBG di sekolah anak penulis, seorang bapa telah bermurah hati untuk mendermakan sembilan daun pintu tandas setelah mendapati sembilan tandas murid di sekolah itu tidak berpintu.

Ada juga hikmahnya bapa murid ini menemani anaknya ke tandas ketika hadir mesyuarat itu.

Mengapa tandas-tandas itu dibiarkan tidak berpintu sedangkan ia melibatkan isu aurat dan privacy ketika ke tandas - agak sukar difahami oleh penulis. Menurut pihak sekolah, mereka telah melaporkan perkara itu ke Pejabat Pelajaran. Namun, tiada tindakan diambil sehinggalah pintu-pintu tandas itu didermakan oleh seorang bapa dan dipasangkan oleh bapa murid lain.

Kemurahan hati kedua-dua orang bapa tadi ternyata memberi sumbangan yang besar kepada sekolah dan memberikan keselesaan kepada semua murid di sekolah tersebut.

Bayangkan jika semua ibu bapa murid di sekolah ini bersikap pemurah dan ringan tangan seperti kedua-dua bapa tadi. Pelbagai kemudahan akan dapat disediakan dan para pelajarnya akan mendapat manfaat yang begitu besar sekali.

Secara umumnya, umat Islam faham bahawa agama Islam mengagungkan ilmu.

Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap umat Islam. Menuntut ilmu itu amat digalakkan sehingga dalam sebuah hadis disebut bahawa Allah akan memudahkan satu jalan untuk ke syurga bagi mereka yang keluar untuk menuntut ilmu.

Sikap mengutamakan ilmu oleh Islam ini juga jelas apabila ia meletakkan golongan yang berilmu pada satu kedudukan yang tinggi (Surah al-Mujadalah: 11).

Ganjaran dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah ini bukanlah untuk mereka yang menuntut ilmu dan yang memiliki ilmu sahaja, tetapi juga kepada mereka yang membelanjakan hartanya untuk ilmu, perkembangan ilmu serta bagi tujuan orang lain mendapatkan ilmu.

Ini kerana apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan atas nama ilmu yang bermanfaat, ia dianggap sebagai perbelanjaan ke jalan Allah. Maka, mengapa kita begitu sukar untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak?

Sebenarnya, ada banyak cara untuk menyumbang kepada sekolah anak-anak kita. Bagi yang berduit, mereka boleh menderma. Namun, pada pandangan penulis, kita tidak perlu tunggu kaya sebelum kita boleh menyumbang dalam bentuk wang. Apa yang lebih penting ialah kemahuan.

Kalau dalam sebuah sekolah itu setiap ibu atau bapa boleh dermakan RM1 sebulan untuk setiap anak, sebuah sekolah yang memiliki 1,000 murid akan mempunyai dana tambahan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ia bersamaan RM12,000 dana tambahan setahun.

Macam-macam yang boleh dibuat oleh sekolah dengan duit sebanyak ini untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak kita.

Mereka yang ada ilmu dan kemahiran tentang sesuatu pula, boleh berkongsi ilmu dan kemahiran itu dengan para pelajar melalui kelas-kelas tambahan atau aktiviti tertentu.

Sebagai contoh, di kaca TV kita selalu menonton watak bapa yang menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak anaknya. Banyak lagi ruang lain yang boleh digunakan untuk memberikan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada murid-murid di sekolah anak-anak kita.

Peluang ini juga merupakan satu lagi saluran untuk kita merebut ganjaran daripada Allah. Seperti yang kita maklum, semua amalan kita akan terhenti bila kita meninggal dunia, kecuali tiga perkara iaitu sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.

Maka, seandainya kita secara sukarela memberi sesuatu ilmu dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah tersebut dan mereka pula menggunakannya sepanjang hidup mereka, maka selama itulah amalan kita tidak akan terputus.

Cara lain untuk menyumbang adalah dengan memberikan sesuatu perkhidmatan.

Misalnya, seperti si bapa yang memasangkan daun pintu tadi. Beliau mungkin tiada wang untuk didermakan, tetapi beliau ada kemahiran untuk disumbangkan. Ibu bapa yang ada kemahiran seperti ini boleh menawarkan diri kepada pihak sekolah. Contohnya, apabila ada paip pecah atau tersumbat dan sebagainya, pihak sekolah boleh menggunakan khidmat mereka untuk membaiki kerosakan-kerosakan seumpama itu dan mengembalikan keselesaan kepada semua pengguna di sekolah itu, khususnya para pelajar.

Marilah kita mengubah sikap kita terhadap pihak sekolah. Daripada semata-mata mengharapkan sekolah melakukan keajaiban kepada anak-anak kita, apa kata kita bantu mereka untuk melakukan keajaiban itu? Kita boleh bantu dengan wang, dengan ilmu dan kemahiran, juga dengan sesuatu perkhidmatan.

Dalam kes pintu tandas tersebut, jika wujud kemurahan hati dan keringanan tulang di pihak ibu bapa, berserta koordinasi yang baik dari pihak sekolah, penulis yakin masalah itu akan dapat diatasi lebih awal lagi.

PENULIS ialah Felo Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Wednesday, October 7, 2009

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi

Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

"Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

So, apa tunggu lagi.. tarik la balik bantuan pada orang-orang Indon yang biadap tu. Tumpukan sahaja di kawasan kampung-kampung, bukan lagi hanya di kawasan elit seperti hotel dan kediaman mewah sahaja.. Memang bangsa yang tidak sedarkan diri.. Nak maki pun saudara sebangsa juga.. huh

Thursday, September 17, 2009

Untuk orang Indon oleh Encik: "MatRempit Australia"

Untuk orang Indon oleh Encik: "MatRempit Australia"
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TKTFM58F53EN7JIFM/p74

Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya dan pemerhatian
saya terhadap WARGA INDON, saya telah ke INDON sebanyak 3 kali :
Menjadi antara rakyat MALAYSIA pertama (bersama kumpulan saya) yang menghulurkan bantuan kepada ACHEH ketika Tsunami sebelum bantuan dari Jakarta dan negara lain sampai. Melancong ke Jakarta selama 2 minggu Ke Jakarta atas urusan kerja pandangan saya terhadap warga INDON ialah :

1. Rakyat yang tidak bertamadun

kepada sesiapa yang berpeluang ke INDON, anda akan merasakan tiba di suatu dunia yang sangat luar biasa. lelaki dan perempuan kencing ditepi jalan, kesesakan jalanraya yang luar biasa, kebanjiran pengemis/pengulung di merata tempat, kesukaran mencari tempat makan yang bersih, tiada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain, puluhan orang duduk diatas keretapi, kawasan sekeliling yang penuh dengan setinggan dan bandar yang sagat-sangat kotor!

2. Duit adalah segalanya Di INDON

duit adalah segalanya, anda boleh membeli polis untuk kepentingan
peribadi, membeli lesen memandu tanpa latihan, membayar hakim untuk kes di mahkamah dan INGAT, tanpa duit di INDON anda tidak boleh sakit dan tidak boleh belajar…

3. Pemerintah yang GILA HARTA

Siapa yang masih ingat dengan TOMMY anak kepada Suharto? Tommy di tangkap kerana kes membunuh, oleh kerana Tommy seorang anak PRESIDEN,penjara Tommy sama seperti berada didalam istana. Ini belum dikira harta SUHARTO, ada rakyat INDON mengatakan bahawa sekiranya duit Suharto di isi kedalam lori kontena, Jumlah lori kontena yang diperlukan ialah sepanjang 40KM!

4. Yang Kaya terus Kaya, Yang Miskin Terus Miskin

Ini adalah hakikat di INDON, saya pernah ke satu kawasan di Jakarta namanya TANAH ABANG,di sana anda boleh lihat ratusan ISTANA orang-orang kaya tetapi jika anda pergi ke tempat lain, anda akan lihat orang miskin menadah sisa nasi di dalam longkang.

5. Cerdik komputer tapi *****

Masih lagi INGAT dengan virus BRONTOX!, virus ini adalah hasil rekaan hacker gila di INDON! Ramai di INDON menyalah guna kepandaian komputer mereka dengan membuat sesuatu yang ***** seperti meng”HACK” website, mencipta virus, menggangu sistem komputer, mencuri secara ONLINE dan lain-lain

6. Masalah penerbangan

sampai sekarang sudah beratus-ratus pesawat milik INDON terhempas melibatkan ribuan nyawa, ini lebih teruk jika ingin di bandingkan dengan negara di Afrika seperti Malawi dan Rwanda. Persoalanya dimanakah letaknya akal dan maruah pemerintah INDON? adakah nyawa warga INDON sama harga dengan seekor ayam? Jika ingin disalahkan alam, ini satu alasan yang sangat tidak logik, bukan di INDON sahaja berlaku ribut, hujan, dan taufan. Tetapi ini berpunca dari warga INDON sendiri! tidak mampu menguruskan masala sendiri, sibuk dengan masalh luar… kata kata presiden INDON : SABAR BANYAK YA…

7. Rakyatnya berfikir seperti lembu

ini adalah kenyataan yang INDON harus terima, lihat sekarang didalam blog, website dan forum INDON yang selalu mencari kesalahan orang MALAYSIA dan berhasrat mahu membunuh orang MALAYSIA. Tetapi lupakah kalian di sini terdapat 3 juta rakyat INDON? Siapa yang memberi makan rakyat INDON disini jika bukan kami? Malaysia sudah membantu INDON dengan pelbagai pertolongan dan ini balasan INDON. INDON tidak ubah seperti seekor ANJING yang menggigit tuanya…

Sebelum ini, banyak blog dan website berkaitan MALINGSIA hendak
melancarkan perang terhadap MALAYSIA, persoalanya, mampukah INDON menyerang MALAYSIA. Semua laman maya indonesia sekarang sibuk memaki hamun malaysia, malah menuduh semua rakyat malaysia anak babi, anak haram, murtad dan sebagainya.. Aneh!!!

Wednesday, September 2, 2009

Kena jugak akhirnya...

akhirnya aku turut ditahan.. 7 hari di hospital Yan, 7 hari di Hospital Sg Petani.. berjangkit jugak kat sekolah.. nasib baik ILI bkn H1N1.. tu pun perit dahh....

Friday, August 14, 2009

Pengaduan kepada Tuhan...

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini banyak perpincangan terjadi
Islam hanya tinggal pada nama
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
‘Ulama yang memandang dunia
Tabi’atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang maruah malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Ampunkan segala dosa-dosa kami yang pernah kami lakukan
Matikan kami didalam keadaan yang beriman

Inilah pengaduanku pada mu Tuhan…….

Thursday, August 13, 2009

H1N1.. Kenapa tak boleh tutup sekolah?

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bersama lima anaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak bersikap lewa dan menganggap H1N1 seolah-olah tidak berbahaya dengan membawa anak ke tempat awam yang dikunjungi ramai.

"Malah, pada ketika Kuantan dilanda wabak ini, masih banyak pihak yang menganjurkan pesta keraian. "Sepatutnya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan termasuk memakai topeng muka dan selalu mencuci tangan. Paling menyedihkan, sekolah masih terus dibuka walaupun ramai murid yang sakit.

"Guru hanya mengarahkan mereka pulang, sedangkan langkah paling tepat yang patut diambil ialah menutup sekolah bagi menghalang wabak penyakit itu menular," kata Tengku Puan Pahang.

"Sekolah tak perlu tutup kalau seorang atau dua kena (H1N1). Mereka akan dikuarantin, pelajar boleh belajar seperti biasa," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin..

"Aku tak sakit lagi takat nih, tapi kat sekolah makin ramai murid yang tak hadir, macam mana ni? nak tunggu berapa kematian per sekolah baru nak tutup? Hari-hari ada saja murid dihantar pulang kerana demam secara tiba-tiba disaat P&P berjalan" kata saya pula.

"Tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik." kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai

"Apa?? tunggu ramai-ramai kena baru nak tutup?" kata saya lagi. "Aiyaa..!!"

Untuk mereka yang sihat, virus A(H1N1) biasanya tidak membunuh. Tetapi bagi sesiapa yang berada dibawah kesihatan yang kurang baik, komplikasi seperti pneumonia boleh mengakibatkan kematian mereka.

Kesihatan yang kurang baik ialah seperti:

(a) diabetes
(b) chronic lung problems such as asthma
(c) kidney problem requiring for example dialysis machine.
(d) chronic heart problem.
(e) another organ problem as such liver or pancreatic problem
(f) obesity
(g) having a low immune system usually associated with old people 60 years and above.
(h) pregnant women
(i) pulmonary hypertension

Jadi, untuk menentang pneumonia yang mungkin berlaku ketika dijangkiti flu ini, seseorang hendaklah mengambil pemvaksinan pneumococcal (pneumococcal vaccination) dengan segera.

Anda yakin anda amat sihat untuk menentang A/H1NI?? Berdoalah agar begitu..

Ameenn

Monday, July 6, 2009

LUAHAN HATI SEORANG CIKGU


Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1petang dah boleh pulang
kalau masuk kelas,bebel-bebel sikit,lepas tu
keluar.........

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak
kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang dibilik guru dari buat kerja.....

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...

TETAPI

Orang tak tahu.....

Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti ko-kurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk kena buat persediaan mengajar/
mengeja
kena marah dek cikgu,murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka depa....
tu kalau bernasib baik tak kena penampar

Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks
habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeranian, isi data budak, tulis surat,
hantar budak ke klinik. hantar budak pertandingan,tanda buku latihan,
buat soalan ujian,peperiksaan hantar data,menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....

Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti,cikgu kekadang kena ke sekolah juga
sebab nak siapkan kerja
rumah bersepah bagai perkara biasa
nak kem,as pun jarang ada masa

Ramai orang tak tahu...
cikgu dah mula pening kepala dan stress
bukan layan karenah budak,tapi dok layan karenah mak bapak..

Ramai orang tak tahu
cikgu ni moto dia ada satu saja
' saya yang menurut perintah'

Sekarang kami nak bagi tahu
hargailah pengorbanan seorang insan bergelar
"CIKGU"

Wednesday, July 1, 2009

1Malaysia, Perpaduan Melayu dan Royalti Minyak

Ini adalah isu penting untuk ditangani BN semasa PRK Manik Urai. Berkaitan konsep 1Malaysia yang diwar2kan sekarang, adalah wajar kerajaan Pusat menyelesaikan segera isu royalti minyak di Kelantan, yang bukan isu baru kerana ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu.

Hasil minyak dan gas di Kelantan jika di daratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyatnya tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.

"Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan regim BN hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka regim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand," kata seorang pemimpin PKR. Tindakan tersebut menggambarkan kebusukan hati sesetengah pemimpin BN yang sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Allah, ujarnya lagi.

Aku sendiri telah mendengar kata2 Nik Aziz semasa pelncaran ECER dulu bersama2 PM Paklah. Malang sekali kenyataan Nik Aziz itu disenyapkan oleh pihak media. Bukannya aku nak mengutuk2 kerajaan BN, tetapi alangkah wajarnya ketika media sibuk mewarwarkan perpaduan Melayu etc ketika ini, pihak BN mulakan dulu dengan membantu negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dengan mengembalikan hak mereka. Barulah apa yang dilaksanakan itu selaras dengan apa yang diperkatakan. Jika tidak, ia hanya akan menjadi satu lagi omong kosong yang akan dijadikan bahan umpatan oleh rakyat bawahan.

Begitulah terjadi di Kedah ketika BN kalah tahun lepas. Dalam satu Majlis anjuran UMNO Jerai yang diadakan di SMKA Yan, seorang pemimpin kanan UMNO negeri yang merupakan bekas Speaker DUN kedah tanpa segan silu menyeru kerajaan Pusat menghukum rakyat dan kerajaan Kedah dengan menyekat segala bantuan ekonomi dan pelaburan agar Kedah menjadi melarat dan miskin. Terkejut aku dengan bahasa yang amat tidak bertanggungjawab itu. Kerana kalah, sanggup menghancurkan bangsa dan negeri sendiri. Katanya "biar kita sama2 miskin, baru padan muka sapa2 yang x pangkah BN". Aku yakin kat mana2 pun sama esp Kelantan.

Renung-renungkan.......


Saturday, May 23, 2009

Mat Rempit, Mat Cemerlang atau Samseng Jalanan

Masih segar dalam ingatan betapa peliknya idea kontroversi yang pernah dicetuskan oleh YB Khairy Jamaludin ialah cubaan beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera UMNO Malaysia untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang".

Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Baru-baru ni pula Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof mengulas istilah Mat Rempit yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, beliau berkata, polis tidak pernah menggunakan istilah terbabit kepada kumpulan samseng-samseng jalanan itu.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz.

Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Aku secara peribadi ingin menyarankan agar Mat Rempit ini dirotan sahaja dengan 1 sebatan. Harap2 ini dapat menjadi satu penghalang kepada gejala ini. Masuk penjara buat perabis duit rakyat je bagi makan/minum free. Menyirap darah aku tiap2 kali melihat mereka beraksi. Ada pulak murid aku yang minat sangat nak jadi macam Mat Rempit nih, padahal hari2 aku cerita keburukan dan kejahatan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni. Tu yang perlu sangat disegerakan hukuman rotan yang penting untuk pencegahan.

Mana2 peguam atau aktivis hak asasi yang membantah kononnya kejam, cuba korang kena samun atau belasah dengan Mat Rempit/Mat Cemerlang/Samseng Jalanan ni.. mesti minit tu jugak bersetuju dengan saranan aku nih..

Sunday, May 17, 2009

Proton Saga BLM's fuel consumption

Aku bawak ke Seri Manjung dari Guar Chempedak, jarak kira2 220km, mula dengan full tank, sampai di Seri Manjung aku isi full tank RM31.. purata laju ialah 110-120km/h di highway dan 60-90km/h di jalan biasa Cangkat Jering-Seri Manjung..

Masa baliknya (malam) pun masih mencatat bacaan lebih kurang, sampai di Guar Chempedak aku isi full tank RM35.. purata laju ialah 110-150km/h di highway dan 60-100km/h di jalan biasa Seri Manjung-Cangkat Jering..

PROTON SAGA BLM
Distance: 440km, RM66
Fuel Consumption: 1litre for 12km, RM1 for 6.67km, 100km/8.33litre

agak2nya save ke x ni?

Kancil lama 850 mak aku plak, bawak kat Pulau Pinang selama seminggu bkerja, tambah pergi balik ke Kedah 2 kali...

KANCIL 850 2001
Distance: 546km, RM64
Fuel Consumption: 1litre for 15.36km, RM1 for 8.53km, 100km/6.51litre

Friday, April 24, 2009

Malu teman yob!!!

Merujuk kepada post aku sebelum ini mengenai profesionalisme dalam perkhidmatan kerajaan, aku berasa terkejut dan hairan dengan tindakan kerajaan Perak memecat semua ketua kampung berkuatkuasa 16April baru2 ni..

ape mende ni yob????

mike ni buat malu teman je

tak habis-habis politik balas dendam sesama Melayu..
kali ni memang aku nak tanya, PERJUANG MELAYU KA PERJUANG KUASA??

Monday, April 13, 2009

Professional - cabaran kepada kakitangan awam

Aku seorang kakitatangan kerajaan. Kakitangan kerajaan mestilah bekerja dengan profesional dan tidak partisan. Tak kira penyokong parti apa mestilah bekerja dengan tidak bersikap pilih kasih atau berpihak. Gaji yang dibayar datangnya dari cukai, duti, eksais etc daripada seluruh rakyat Malaysia, bukannya dari poket parti tertentu sahaja. Bekerja dengan wang Rakyat, bekerja untuk Rakyat..

Polisi kerajaan mestilah diikuti walau sokong siapa pun kerana mereka adalah penentu dasar. Contoh PPSMI, ramai tak bersetuju tapi mesti dilaksanakan juga kerana ianya adalah dasar kerajaan yang memerintah. Hatta jika bahasa Tamil tiba-tiba digunakan menggantikan PPSMI, itupun mesti dilaksanakan oleh kakitangan awam kerana ianya adalah satu amanah dari pemerintah.

Jika penyokong parti tertentu sahaja boleh bekerja kerajaan maka setiap kali berubah kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri maka ramailah yang akan kehilangan pekerjaan semata2 berbeza ideologi.

Parti adalah Parti, Kerajaan adalah Kerajaan.. Itu amat berbeza, sila faham baik2.

PROFESSIONAL!!!

Sunday, March 22, 2009

Proton Savvy's fuel consumption

Baru-baru ni aku balik ke kampung isteri aku di Rengit, Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kereta Proton Savvy AMT tahun 2007 (Savvy edisi kedua). Perjalanan bermula dengan fuel tank penuh dari Guar Chempedak, Kedah dengan masuk Lebuhraya PLUS di Sungai Petani sehingga keluar di Senawang menuju Kuala Pilah (singgah tengok Atuk/Wan). Kemudian dari Kuala Pilah menuju ke Tampin, ke Bandaraya Melaka, ke Muar, Batu Pahat dan tiba di Rengit. Kelajuan bercampur, dari 100-130km/h di Lebuhraya PLUS ke 40-90km/h di jalan biasa. Isi minyak full di Sungai Buloh, Melaka dan Rengit.

Distance: 750km, RM80
Fuel Consumption: 1litre for 16.9km = RM1 for 9.38km

Balik dari Rengit (full tank), pergi Ayer Hitam, masuk Lebuhraya PLUS sampai keluar di Gurun dan sampai ke Guar Chempedak (isi full di Sungai Buloh, Bukit Merah dan Guar Chempedak). Kelajuan dari 100-120km/h SAVVY AMT
Kelajuan dari 90-110km/h KANCIL 660 (kiraan semasa cuti sek Disember 2008)

SAVVY AMT
Distance: 705km, RM70
Fuel Consumption: 1litre for 18.13km, RM1 for 10.07km

KANCIL 660
Distance: 705km, RM75
Fuel Consumption: 1litre for 16.92km, RM1 for 9.4km

OFFICIAL PROTON SAVVY:
1litre for 18.89km, RM1 for 10.48 @ 90km/h

See also:

Jonny Smith tries to take some of the cheapest cars in Britain up the steepest road in Britain, the Hardknott Pass in the Lake District. Proton Savvy beat Metrocar MC2 (French) and Hyundai Amica (Korean)
http://www.youtube.com/watch?v=y5C077bjslQ

PPSMI - Pengalamanku

sebelum saya ke sekolah (posting), saya memang menyokong penuh akan PPSMI kerana mahu English ditekankan penguasaannya dikalangan anak bangsa kita. tetapi sebaik sahaja ditempatkan dan ditugaskan pula mengajar Sains dan Math darjah 2 dan 3, tetiba saya jadi serba salah melihatkan masalah yang dihadapi oleh kanak2 ini. Sekolah ini terletak di kawasan bandar, bukan luar bandar.

Senarionya begini: Dalam 1 kelas biasanya terdiri dari murid pintar, sedrhana dan lemah. manakala sosioekonomi pula ada dari keluarga atasan, sederhana dan miskin/tiada pendidikan. Bagi murid yang pandai memang tiada masalah. bagi pelajar sederhana dan lemah pula kena lihat pada latarbelakang sosioekonomi mereka pula. Ada tetapi jarang yang pelajar sederhana/lemah ini berupaya bertutur/memahami English dengan baik. Jadi bagi seorang guru, cabarannya ialah memastikan murid faham dalam pelajaran dengan kaedah yang pelbagai dan menarik. Bagi saya sendiri, English yang digunakan terutamanya untuk subjek Sains adalah seringkas mungkin dan diselitkan maksud sesetengah istilah dalam BM jika ada murid masih tidak faham konsep.

Bagaimanapun, ada kelas yang saya ajar langsung tak faham sepatah haram pun English ni (Tahun 2). saya tak mahu mempertikaikan guru English mereka, tetapi tugas saya menjadi serabut seolah2 terpaksa mengajar English berserta Sains bersama2. Dengan masa yang amat singkat (3 masa untuk sains), tumpuan untuk mempertingkatkan pemahaman terhadap silibus sains disukarkan dengan ketidakmampuan murid menguasai ayat mudah menyebabkan kelas tersebut menjadi hampir BM sainsnya dan banyak masa terbuang semata2 hanya mahu memastikan mereka faham sebaris ayat bergambar yang tertulis dalam buku teks!!. Bukan sedikit murid yang menyatakan subjek sains menarik tetapi mereka menjadi malas dan meluat dengan ketidakmampuan mereka memahami English. Ada ibubapa yang datang melihat sendiri proses pembelajaran anak mereka meluahkan rasa risau dengan nasib anak mereka nanti. Kemahiran bahasa boleh dipupuk, tetapi peningkatan murid yang 'memusuhi' sains dan matematik semakin meningkat apa gunanya.

saya hanya ingin menekankan, bagi ibubapa yang berwang dan boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris memang tiada masalah. Tetapi nasib lebih 60% murid2 Melayu yang ibubapa mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan tiada pula wang untuk ke tuisyen cukuplah malang. Sudahlah lemah English, Sains dan Math pula lingkup dan sedikit demi sedikit kesannya boleh dilihat 10 tahun lagi bila kita mula kekurangan Melayu yang berminat dengan Sains nanti. yang pastinya, hanya guru disalahkan bila murid gagal tetapi ibubapa yang disanjung jika murid berjaya.

Ramai murid menjadi begitu pasif dalam kelas dan enggan menanyakan apa2 pada guru kerana takut tersalah soal dalam English. Belum lagi yang tidak faham apa2 langsung, bila disoal hatta dalam Bahasa Melayu pun terkebil2 macam ayam berak kapur. Saya malu nak cakap tetapi tahukah anda berapakah markah lulus dalam UPSR dan PMR tahun lepas dan selama PPSMI dilaksanakan? seorang murid yang selama ni mendapat C/D dengan tiba2 mendapat B. Ramai yang tak pernah lulus tetiba lulus dengan jayanya. Ini perkara yang sudah diketahui umum cuma tidak disensasikan sahaja. Itu belum lagi soalan spot yang cukup 'kebetulan' menghampiri soalan asal UPSR/PMR/SPM yang disebarkan di pusat2 tuisyen terkemuka dan di sekolah2 asrama penuh 2-3 menjak ni.

Saya bukanlah tidak menyokong bahasa Inggeris cuma caranya ialah memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bukannya dengan PPSMI. Macam tambahkan waktu belajar, adakan subjek English Communication dan sebagainya. Yang penting bagi murid boleh bertutur dahulu. Waktu BM boleh la dikurangkan sikit sebab memang banyak pun tetiap hari. ini kalau geng anti-PPSMI marah lagi tak tau la nak kata apa

Bab cikgu yang terpaksa menjadi guru semata2 untuk lari dari pengangguran pun memang ada. Guru yang tak berminat pun memang ada, tak boleh dinafikan. Apa beza dengan pekerjaan lain. Yang kat kilang, jurutera, arkitek, kat makmal, hatta pesyarah Univ sekalipun, ramai yang tak minat pun sebenarnya pada mula tetapi lama2 jatuh cinta la dengan kerja tu. Kerja cikgu teruk dan cukup tak setimpal jika dibanding dengan pegawai kerajaan lain, tetapi amat jarang cikgu yang berhenti. (yang tekanan sampai gila pun ada, macam kat sekolah menengah saya dulu) Kenapa? Sebab jadi cikgu BEST!! Pahala lebih? sudah pasti jika ikhlas... Kepuasan tengok murid boleh dari tak bolehlah paling best sekali dan menjadi pengikat seorang guru dengan kerjaya mereka.. GAJI?? kerja apapun dapat gaji.. TEKANAN?? hahaha, memang lagi tekanan dari keje2 yang dulu.. tapi saya redha je sebab ini yang Allah takdirkan untuk saya.. macam Saya yang pernah jadi pemotong ayam dan ikan di Giant Batu Caves dulu masa mula2 jadi Management Trainee, redha je walau dipandang 'kurang mulia' oleh pelanggan2.. tebal muka beb masa mula2 tu.. siap ada pakcik pesan kat anak dia depan2 kata "kalo gagal dalam pelajaran nanti bole la jadi macam abang ni" (saya le tu).. hina tak bunyinya?? tapi saya redha sebab yakin semua pekerjaan memberi pahala dan sikit pun tak rasa nak berhenti..

Tapisan untuk menjadi guru adalah cukup ketat, bukan senang nak lepas melainkan yang benar2 DIFIKIRKAN layak. Jika ada yang tak layak terlepas jugak apa nak buat kan. Rezeki masing-masing

Monday, March 9, 2009

Bekas Vokalis Nasyid Saujana kini Pondan..??


Sangat kebetulan! Khairul Idzwan Baharin yang menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) baru-baru ini dikatakan memiliki personaliti yang sama dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Saujana yang pernah popular dengan lagu ‘Keluarga Bahagia’ . Dan, sangat kebetulan apabila nama peserta OIAM ini amat serupa dengan ahli utama nasyid Saujana, iaitu Khairul Idzwan Baharin…

Setelah beberapa tahun tidak kelihatan kelibat Idzu dalam dunia hiburan kerana melanjutkan pelajaran sebagai doktor, agak mengejutkan juga jikalau personalitinya yang dahulu sebagai seorang lelaki telah berubah menjadi lembut. Adakah kerana kejutan budaya, atau pun kurang kasih sayang dari orang terdekat ??

Nauzubillah...

ujibakat One In A Million (OIAM) boleh ditonton disini

http://www.youtube.com/watch?v=Jox_A7R18hg&feature=related

Monday, February 23, 2009

Patutkah KFC diboikot


Kebenaran
Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang , kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel . Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia


Thursday, February 19, 2009

Al-Fatihah - Pelukis Datuk Ibrahim Hussein meninggal


Pelukis ternama negara dan antarabangsa, Datuk Ibrahim Hussein yang juga datuk saudara blogger Nizar_Ryza (aku le tu) meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar, jam 4.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Mont Kiara selepas solat Zohor. Allahyarham yang dilahirkan di Sungai Limau Yan, Kedah dan menerima latihan seni lukis di Royal Academy Schools London pada 1963 hingga 1966, Byam Shaw School of Drawing & Painting London (1959 - 1963) dan Nanyang Academy of Art Singapore (1956). Kecintaannya kepada dunia seni lukis dizahirkan dengan penubuhan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein yang terletak di Pasir Tengkorak Langkawi.


Wednesday, February 11, 2009

Rasional dan kebijakan Paduka Seri Sultan Perak

Ramai orang Pakatan terutamanya PAS cukup marah dan bengang dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kerana enggan memperkenankan permintaan bekas MB DS Ir Mohamad Nizar Jamaludin untuk membubarkan DUN Perak.

Sepatutnya setiap rakyat terutamanya Melayu dalam PAS dan PKR tidak perlu terburu buru dan terus melenting tanpa dikaji secara mendalam. Pada mulanya aku juga walaupun tidak menyertai mana mana pihak berasa agak tidak demokratik tindakan tersebut. Bagaimanapun setelah diperhalusi maka aku dapati tindakan Baginda adalah amat bersesuaian dengan kedudukan Baginda sebagai pelindung kepada semua kepentingan Melayu dan pemayung adat istiadat Melayu.

MB Nizar memegang jawatan MB bersama majoriti exco dari DAP berbangsa bukan Melayu. Dominasi etnik dalam barisan kerajaan Perak adalah seperti berikut:
DAP 18 - 14 Cina, 4 India
PKR 7 - 3 Melayu, 3 Cina, 1 India
PAS 6 - 5 Melayu, 1 Cina Muslim

Jadi terdapat 17 Cina, 5 India dan 9 Melayu/Islam dalam barisan kerajaan PR Perak. Begitu juga dalam barisan Exco yang didominasi oleh etnik bukan Melayu. Keadaan ini pastilah memberi sedikit sebanyak kesan kepada kadar 'kemelayuan' kerajaan PR Perak. Nisbah 22:9 ini dilihat menyukarkan pembelaan kaum Melayu dengan berkesan disebalik slogan kesamarataan kaum di Malaysia.

Inilah tujuan sebenar DYMM Paduka Seri Sultan Perak enggan membubarkan DUN Perak. Berita tentang rancangan DAP untuk meletakkan seorang calon Melayu di mana-mana kubu kuat mereka pastinya menggusarkan baginda. Adalah menjadi suatu mimpi ngeri kepada orang Melayu Perak kiranya kerusi MB jatuh ketangan DAP. Walaupun MB ditetapkan Melayu Islam, tetapi dalam keadaan ditangan parti bermajoritikan etnik Cina adalah sesuatu yang dilihat tidak wajar dalam konteks negeri Melayu yang beraja.

Memandangkan kepada populariti kerajaan PR sekarang, dijangka PR akan mudah memenangi semula kerajaan Perak. Oleh sebab itu, DYMM Paduka Seri Sultan terpaksa membuat satu keputusan sukar yang tidak popular di kalangan rakyatnya dengan menolak permohanan membubarkan DUN yang pastinya amat menguntungkan DAP.

Solat hajat telah diadakan, munajat pun sudah dilakukan. Kepada penyokong PR, Pasrahlah pada ketentuan dari ALLAH S.W.T dan bersabar.. Bukankah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar?

Monday, February 9, 2009

Kemelut DUN Perak:Kebebalan terhadap Perlembagaan yang disengajakan

Oleh: MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY

Saya sebenarnya cuba mengelak diri dari menyentuh soal politik dalam blog saya ini. Tapi keadaan semasa seolah-olah membuatkan saya rasa berdosa dan seperti 'syaitan bisu' sekiranya saya diam membatu. Saya gagal melawan runtunan jiwa dan warna sebenar saya.

Tidak dapat saya nafikan bahawa isu yang berlaku di Perak adalah merupakan persoalan perlembagaan dan isu perundangan. Tetapi saya amat berkeyakinan dan menegaskan bahawa isu sebenar di Perak adalah kuasa eksekutif dan sistem beraja telah 'merompak' kerajaan negeri dari rakyat Perak!

Isu pertama adalah adalah kuasa sultan untuk mengarahkan perletakkan jawatan Menteri Besar dari Nizar. Saya bersedia untuk bertanggungjawab menyatakan bahawa tindakan Sultan adalah salah di sisi undang-undang! Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan tersebut dengan perkenan Sultan.

Artikel 16(6) Perlembagaan Perak menyebut :

If Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

Soalan saya: Bagaimana hendak menentukan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN? Siapa yang berhak menentukan kehilangan keyakinan tersebut? adakah Sultan berhak menentukannya? atau dimana kita hendak mengukur bahawa MB telah kehilangan mandat negeri?

Yang berlaku: satu sidang akhbar Najib bersama-sama ADUN-ADUN yang dikatakan melompat dan diistiharkan bahawa BN telah memperolehi majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan negeri! Saya nak tegaskan bahawa perkara ini adalah tidak sah untuk mengesahkan bahawa MB telah hilang keyakinan di DUN Perak! Malah ianya adalah salah sama sekali di sisi undang-undang! Hanya satu cara iaitu dibuat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri melalui Undi Tak Percaya (vote of no confidence) di DUN. Sultan tidak boleh hanya mengarahkan MB mengosongkan jawatan begitu sahaja!

Kedua: Siapakah sebenarnya memegang majoriti di DUN Perak? Menjawab isu ini adalah perlu untuk kita melihat komposisi DUN Perak. 28 Pakatan Rakyat, 28 BN dan 3 Bebas. Justeru, kita harus mengkaji kedudukan 3 anggota "Bebas" ini. Sebelum bertanya siapakah yang mereka sokong, adalah perlu diakses kesahihan kedudukan mereka di DUN memandangkan isu perletakan jawatan mereka berbangkit. Perletakan mereka telah dimaklumkan oleh Speaker DUN kepada SPR, tetapi SPR menolak surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut atas alasan terdapat keraguan terhadap surat perletakan jawatan beliau. Soalnya adakah SPR mempunyai bidangkuasa menolak perletakan jawatan tersebut yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak kepada mereka?

Dari aspek perundangan, saya tegaskan bahawa SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa melalui samada Perlembagaan Persekutuan, Akta SPR 1957 mahupun Akta Pilihanraya 1958. SPR telah melangkaui kuasanya yang sedia ada! Yang ada hanyalah, peruntukan apabila Speaker DUN memaklumkan SPR kekosongan kerusi DUN terbabit, terima dan laksanakan Pilihanraya Kecil di kawasan terbabit. Oleh yang demikian, dimana kuasa SPR untuk tidak menerima makluman Speaker? Jadi adakah boleh kita menggangap BN miliki majoriti? Dalam hal ini, saya sangat percaya bahawa SPR telah jadi "tapir tunggangan" apabila membelakangkan arahan Speaker tersebut!

Dengan berkeadaan 28 kerusi Pakatan, 28 kerusi BN dan 3 Bebas, keadaan Perak amat tidak menentu. Bagaimana pula 3 Bebas kembali menyokong Pakatan? Tak ke haru jadinya..Oleh itu cara terbaik adalah serahkan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya negeri! Nasib dan mandat rakyat Perak tidak harus diserahkan hanya kepada pemimpin korup dan seorang Sultan. SUHAKAM sendiri berpendapat bahawa mandat perlu diserahkan kembali kepada rakyat Perak.

Saya berhujah di sini bukanlah berniat untuk menderhakai Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan negara ini. Saya percaya bahawa hujah saya ini adalah amat konstitutional dan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Saya percaya bahawa isu ini akan menimbulkan banyak aplikasi perundangan dan perlembagaan. Adalah terlalu dangkal dan dajal untuk mengatakan bahawa Sultan tidak boleh disaman di sisi undang-undang dan beralasankan derhaka, kerana apa yang berlaku adalah Sultan dinamakan sebagai Defendan bertujuan untuk memperolehi finding fact ataupun natijah terhadap sesuatu persoalan undang-undang dan bukan ingin mengheret Sultan ke penjara. Justeru, pemimpin politik kerajaan haram jangan menghina diri mereka! Biarlah kerajaan mereka haram, jangan diri mereka juga haram di sisi undang-undang..

Ya! Saya adalah penderhaka kepada sistem yang khianat kepada rakyat!

dipetik dari: http://peguamkita.blogspot.com/

Sunday, February 8, 2009

Mengapa bangsa Yahudi Lebih Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (di Malaysia kari kepala ikan mendapat sambutan hangat)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi dan bilangan perokok umat Islam sering meningkat dari tahun ke tahun)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan kod (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. (di Malaysia, orang yang belajar muzik akan dipandang semacam, elitis, etc..)

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang otak (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. (di Malaysia 10 tahun kebelakang) Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (di Malaysia, sukan rempit amat popular di luar bandar dan banda di kalangan anak-anak Melayu)


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (kebnyakan orang Melayu yang gagal dalam hidup adalah /jarang tidak menunaikan solat)

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan sekeluarga anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemuzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 sen !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

dipetik dan diedit dari : http://fotoharian.blogspot.com/2009/02/kajian-mengapa-yahudi-bijakmesti-baca.html

Thursday, February 5, 2009

Latihan Komando Malaysia KEJAM????

Baru-baru ini kecoh kat TV3 terutamanya mengenai isu latihan komando yang diwar-warkan kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan langsung... selama beberapa hari TV3 mensensasikan klip video tersebut sehingga kecoh la masyarakat dengan pelbagai pula pendapat, pandangan, sehingga disela dengan kutukan, hinaan dan saranan yang pelbagai mengenai latihan komando yang dipaparkan.


Ramai penonton yang menyuarakan bantahan keatas latihan keras dan kasar kerana didakwa tidak menghormati hak asasi manusia.. mereka berpendapat bahawa latihan yang boleh menjatuhkan maruah manusia dan menganiayai fizikal manusia tidak wajar sama sekali.. ada juga yang menyokong, terutamanya askar-askar pencen yang tidak ketinggalan memberikan komen mereka kepada TV3..


Bagi aku, ini semua adalah benda-benda sampah yang tidak spatutnya disensasikan.. hanya warganegara yang jahil tukil sahaja bertindak mempersoalkan teknik latihan tentera.. mungkin rakyat kita dah terdedah ke latihan tentera yang happy macam filem Hong Kong dan Hollywood.. tu lah akibatnya dok tengok sangat cerita panggung sampai membutakan mata hati untuk berfikir dengan waras.. otak dah beralih ke punggung agaknya..


Ada kemungkinan juga mereka ini (yang menentang teknik latihan) inginkan cara latihan sekadar berkawad dan latihan menembak.. lama-lama, jadilah macam kadet remaja di sekolah sahaja.. tak pun bertaraf RELA saja laa jadinya.. takat menembak babi bodo kat kebun boleh laa..


Komando memang amat memerlukan latihan keras.. lagi keras, lagi ganas maka lagi bagus.. Semasa Perang Vietnam, para anggota juruterbang United States Air Force (USAF) yang menerima latihan yang amat keras telah menunjukkan kejayaan latihan tersebut.. semua juruterbang tersebut kebal dan kalis dari penganiayaan, propaganda dan brainwashing dari pihak tentera Vietnam Utara walaupun ditawan selama bertahun-tahun serta diseksa dengan teruknya.. komando tentera darat Israel yang ditawan oleh tentera Arab semasa Perang Yom Kippur pun tak bukak mulut langsung walau diseksa macam-macam tentang operasi dan rahsia askar Israel.. sebaliknya pula, askar biasa yang kurang mendapat deraan semasa latihan dengan senangnya akan membocorkan rahsia ketenteraan dengan deraan dan gertakan yang berterusan.. contoh terbaik ialah tentera Arab dalam beberapa siri peperangan dengan Israel dulu.. tu pasal semua gerakan tentera Mesir, Syria dan Jordan senang-senang je kena patuk dengan Israel dulu..


lagi satu, tanpa latihan bertaraf gila yang dipaparkan itu, siapakah yang sanggup bertahan dalam suasana gila di kem tahanan perang, ketika beroperasi berseorangan di kawasan hutan tebal dan keadaan sukar di medan??


mungkin latihan bertaraf pengakap atau RELA dapat dijadikan ukuran... lu pikir la sendiri

Monday, February 2, 2009

AKU, adik dan egoisme (feat. PPSMI)

Aku ada 5 orang adik.. hubungan kami (antara aku dan adik2) macam laut, ada pasang ada surutnya.. kadang2 aku rasa macam biase je, kadang2 jadi tegang dengan sikap adik yang kadang2 nampak macam x hormat aku sebagai abang sulung.. kadang2 aku plak rase macam aku ni je yg berlagak bagus sgt dan over kat diorang.. tapi, mesti la aku ego sikit sebab aku yg paling tua.. aku sayang kat diorang sebenarnya terutama adik2 perempuan, tp kadang aku terperangkap dalam egoisme sendiri.. mungkin jugak sebab diorang rase diorang pandai lg pandai dari aku.. yee laa, aku pnya UPSR English dapat D.. hahaha.. 3A 1D. aku punya percubaan PMR sume subjek dapat atas 80%, tp English macam tu jugak, 20% je.. nampak macam bengong je kan....wah ha ha ha ( haa, ni la tajuk sebenar)


tp tu dulu.. laa ni aku dh insaf pentingnya English.. aku study dlu pn dalam English.. keja pun dengan puak Mat Saleh Perancis & England.. mau x mau kena pulun jugak laa.. tp aku tetap liat nak menulis dalam English.. bukan aper, ayat aku nnt jd skima.. aku x suke baca novel jd aku hanya tahu English yang diguna dalam Encyclopedia, Wikipedia, Jurnal Sains dan lain2 bahan ilmu sahaja.. so, nak goreng memang x pandai sgt..


skang aku kene ajar Math & Science dlm English.. PPSMI.. kes1an aku tgk murid2 ni.. terutama Melayu, boleh dikatakan sapa2 yang lambat cket je nak catch-up pembelajaran dalam English ni., terus ketinggalan selama-lamanya.. aku cuma bayangkan zaman kebengapan aku dalam English masa sekolah dulu kalo PPSMI dilaksanakan ke aku, mungkin aku skang masih dok kat bendang lagi sebab fail dalam exam (Math, Science).. aku dulu minat sains, dan pastinya aku punya minat tu tggal minat je la kalo kena belajar dalam english dulu..


aku sebagai penjawat awam kena la patuhi segala polisi dan dasar kerajaan, tp hati kecik aku ni hanya mengharapkan agar kajian semula dapat dilakukan.. tujuannya : demi anak Bangsa dan Negara

Saturday, January 31, 2009

Hamas vs Israel

Perang Gaza tamat lepas 22 hari.. semua orang tahu keputusannya.. Israel berundur selepas menyatakan kemenangannya.. Hamas pun turut menyatakan kemenangannya selepas Israel berundur.

hakikatnya orang awam lah yang banyak tebunuh.. Israel x segan silu membunuh sesiapa sahaja yang menghalang kemaraan mereka, manakala Hamas pun x segan silu meggunakan orang awam sebagai perisai manusia..

aku bukannya nak sokong Israel, tapi tindakan Hamas melancarkan serangan dari kawasan awam dan masjid amat mendukacitakan.. apatah lagi Israel keparat tu pastilah akan membalas dengan dasyat pada setiap butir tembakan Hamas..

bagi aku Hamas bukanlah pejuang Islam sejati.. cara komen dari pihak awam yang begitu pro pada Hamas seolah-olah lupa mereka semua pada perebutan kuasa antara Hamas dan Fatah..
lupakah sekelian umat Islam bahawa pertempuran sesama Palestin Hamas dan Fatah memakan lebih ramai korban berbanding dibunuh Israel. kalau dibunuh Yahudi adalah syahid, jikalau dibunuh sesama Islam pulak apa kategorinya?? Islam yang baik tidak akan membunuh saudara Muslimnya yang lain biarpun berbeza fahaman politik.. tapi buat masa ni, Hamaslah yang kelihatan bersungguh-sungguh menetang Israel.. mungkin apa yang dikatakan menang tu ialah dari segi pengaruh Hamas sahaja.. Ismail Haniyeh buat kenyataan sanggup mengorbankan 1.5 juta penduduk Gaza untuk menentang Israel, tapi beliau sendiri lari menyembunyikan diri sampai hari ini tidak berani mengejar syahid.

pada pandangan aku yang naif ini, biarlah berdamai dahulu dengan Israel. tiada keuntungan, malahan kerugian saja yang dikecapi oleh orang Arab sejak perang Penubuhan Israel 1948 sehingga sekarang ini.. nak jihad, biar guna otak.. bila wujud negara Palestin, baru boleh beli senjata secara sah dan menguatkan kedudukan ketenteraan.. nak perang gerila sampai bila dengan Israel tu??

macam biasa, yang jadi mangsa ialah orang awam Palestin.

der islam Über alles in der Welt

Deutschland, Deutschland über alles,
Über alles in der Welt,
Wenn es stets zu Schutz und Trutze
Brüderlich zusammenhält.

maksud:
Germany, Germany above everything,
Above everything in the world,
When, for protection and defence, it always
takes a brotherly stand together.

ini adalah 4 baris pertama dari rangkap pertama lagu "Lied der Deutschen" yang ditulis oleh Hoffmann von Fallersleben.. rangkap ketiga ialah lagu rasmi Persekutuan Jerman.

kita ubahkan jadi lagu kebangkitan Islam

Islam, Islam über alles,
Über alles in der Welt,
Wenn es stets zu Schutz und Trutze
Brüderlich zusammenhält.
Von der Mekka bis an die Medina,
Von der Europa bis an den Asiens,
Islam, Islam über alles,
Über alles in der Welt,

Islam, Islam atas segalanya,
Atas segalanya di dalam dunia,
Untuk perlindungan dan pertahanan
Bersama semua dalam persaudaraan
Dari Makkah ke Madinah
Dari Eropah ke Asia
Islam, Islam atas segalanya,
Atas segalanya di dalam dunia,

kalo dinyanyikan mengikut muzik lagu Jerman ini memang boleh menaikkan semangat.
http://www.deutschland.de/media/Deutschlandlied.mp3

Islam Forever

Tuesday, January 27, 2009

DUNIA ILMIAH BERPALING KEPADA TUHAN

DUNIA ILMIAH BERPALING KEPADA TUHAN

HARUN YAHYA

"Kerana orang-orang sudah pasti terpengaruh oleh saya, saya ingin berusaha dan memperbaiki kerosakan besar yang mungkin telah saya lakukan." (Anthony Flew)


Beberapa dekad lepas, para wartawan mengulang-ulang perkataan Anthony Flew yang dipenuhi penyesalan ini. Di zamannya, Anthony Flew adalah ahli falsafah atheis terkenal. Sebagai seorang profesor falsafah berbangsa British yang kini berusia 81 tahun, Anthony Flew memilih menjadi atheis di usia 15 tahun, dan pertama kali memunculkan namanya sendiri di dunia akademik dengan sebuah karya yang terbit pada tahun 1950. Selama 54 tahun kemudian, beliau mendukung atheisme sebagai tenaga pengajar di Universiti Oxford, Universiti Aberdeen, Universiti Keele dan Universiti Reading, di beberapa buah universiti di Amerika Syarikat dan Kanada yang beliau kunjungi, dalam berbagai debat, di buku-buku, di ruang-ruang kuliah dan dalam tulisan-tulisannya. Namun baru-baru ini, Anthony Flew telah mengumumkan bahwa beliau telah meninggalkan kekeliruan sesat ini dan menerima bahawa alam semesta ini sebenarnya telah diciptakan.


Penyebab utama dari perubahan pandangan yang sangat mendalam ini adalah bukti jelas dan pasti yang diungkap ilmu pengetahuan tentang hakikat penciptaan. Setelah mengetahui kerumitan makhluk hidup yang didasarkan kepada keberadaan informasi, Anthony Flew menyedari bahawa asal usul yang sesungguhnya dari kehidupan adalah melalui Rancangan Cerdas (intelligent design) dan bahawa falsafah atheisme yang telah dianuti dan dipertahankannya selama 66 tahun adalah falsafah yang karut dan tiada asasnya.


Anthony Flew telah mengemukakan alasan-alasan ilmiah yang mendasari perubahan keyakinan ini dalam ungkapan berikut:


"Berdasarkan peringkat kerumitan yang hampir tidak dapat dipercayai dari penataan yang diusahakan untuk memunculkan [kehidupan], penelitian para pakar biologi terhadap DNA telah menunjukkan bahwa suatu kecerdasan [Tuhan] pastilah telah ikut campur tangan." (1)


"Sudah terlampau sukar hanya untuk memulai berfikir tentang bagaimana membangunkan sebuah teori alamiah tentang evolusi makhluk hidup pertama yang dapat berkembang biak." (2)


"Saya telah menjadi yakin bahwa sungguh mustahil makhluk hidup pertama berevolusi dari benda mati dan kemudian berkembang menjadi makhluk yang luar biasa rumitnya. " (3)


Penelitian DNA yang dikutip Anthony Flew sebagai alasan yang mendasari perubahan pandangannya telah benar-benar mengungkapkan fakta-fakta mengejutkan tentang penciptaan. Bentuk heliks (rantai ganda terpilin) dari molekul DNA , kod genetik yang ada padanya, susunan nukleotida yang menggugurkan Teori Kebetulan, kemampuan menyimpan sejumlah besar informasi pada DNA, dan banyak penemuan mengejutkan lainnya telah mengungkapkan bahawa struktur dan fungsi-fungsi molekul ini telah dirancang bagi kehidupan dengan rancangan yang khusus dan amat teliti. Ulasan para ilmuwan yang bergelumang dengan penelitian dan kajian DNA menjadi saksi atas fakta ini.


Contohnya adalah Mr Francis Crick, salah seorang ilmuwan terbilang yang mengungkap rahsia bentuk heliks DNA. Dihadapkan pada penemuan tentang DNA, Francis Crick mengakui bahawa asal usul kehidupan itu sebenarnya telah mengisyaratkan sebuah keajaiban:


Seorang yang jujur, yang memiliki seluruh pengetahuan yang kini tersedia di hadapan kita, hanya dapat menyatakan bahawa dalam beberapa hal, asal usul kehidupan saat ini tampak amat hampir menyerupai sebuah KEAJAIBAN, sungguh banyak keadaan yang harus dipenuhi agar hal tersebut dapat terjadi. (4)


Berdasarkan perhitungannya, Mr Led Adleman dari Universiti Southern California di Los Angeles mengatakan bahwa satu gram DNA dapat menampung maklumat sebanyak satu trilion CD. (5) Gene Myers, seorang ilmuwan yang mengabdikan diri pada Human Genome Project (Projek Genom Manusia), mengeluarkan kenyataan ini ketika berhadapan dengan penataan menakjubkan DNA yang beliau saksikan:


"Apa yang sungguh mengejutkan saya adalah arkitektur kehidupan... Sistemnya begitu teramat rumit. Sepertinya hal itu telah dirancang...Ada kecerdasan mahahebat di sana." (6)


Fakta paling mengejutkan tentang DNA adalah bahawa keadaan informasi genetik yang tersedia dalam bentuk kod sudah pasti tidak dapat dijelaskan dalam istilah biasa dan hukum-hukum alamiah. Dr. Werner Gitt, profesor di Institut Fizik dan Teknologi Persekutuan Jerman (the German Federal Institute of Physics and Technology), menyatakan masalah tersebut sebagai:


Sebuah sistem pengekodan selalu merupakan hasil dari suatu proses mental... Perlu ditegaskan bahawa bahan dan tenaga saja tidak mampu memunculkan kod apa pun. Seluruh pengalaman menunjukkan bahawa mengadakan sebuah kewujudan yang mampu berfikir yang dengan kehendaknya sendiri menggunakan kemahuan bebasnya, kemampuan memperoleh pengetahuan, dan kemampuan berkaryanya… Belum pernah ada hukum alamiah yang dengannya bahan dan tenaga dapat memunculkan informasi, belum pernah ada pula proses fizik atau fenomena kimia yang dapat melakukan hal ini. (7)


Para ilmuwan dan ahli falsafah pendukung penciptaan berperanan besar dalam penerimaan perancangan cerdas (intelligent design) oleh Anthony Flew, yang didukung oleh semua penemuan ini. Sebelumnya, Anthony Flew turut serta dalam sejumlah perdebatan dengan para ilmuwan dan ahli falsafah yang mendukung penciptaan, dan saling bertukar fikiran dengan mereka. Titik balik dalam proses tersebut adalah sebuah perbincangan yang diselenggarakan oleh Lembaga Penelitian Metasaintifik (the Institute for Metascientific Research) di Texas pada bulan Mei 2003. Anthony Flew ikut serta bersama dengan pengarang Roy Abraham Varghese, pakar fizik dan biologi molekular yang berasal dari Israel Gerald Schroeder, dan ahli falsafah Roman Katolik John Haldane. Anthony Flew akhirnya terpengaruh oleh kuatnya bukti ilmiah yang mendukung penciptaan dan karakter meyakinkan dari kenyataan-kenyataan penentangnya, dan meninggalkan falsafah atheisme sebagai keyakinan setelah perbincangan itu. Dalam surat yang beliau tulis kepada majalah English, Philosophy Now edisi Ogos-September 2003, beliau memuji buku Schroeder "The Hidden Face of God: Science Reveals the Ultimate Truth" (Wajah Tersembunyi Tuhan: Ilmu Pengetahuan Menyingkap Kebenaran Hakiki) dan buku Varghese "The Wonderful World" (Dunia Yang Menakjubkan). (8) Selama wawancara dengan profesor falsafah dan teologi Gary R. Habermas, yang juga berperanan besar dalam mengubah pandangannya (9), dan dalam video "Has Science Discovered God?" (Sudahkah Ilmu Pengetahuan Menemukan Tuhan?), beliau secara terbuka menyatakan bahawa dia akhirnya percaya pada perancangan cerdas (intelligent design).


"Kecerdasan Meliputi Alam Semesta"dan Keruntuhan Atheisme


Di hadapan seluruh perkembangan ilmiah sebagaimana dipaparkan di atas, pengakuan adanya perancangan cerdas (intelligent design) oleh Anthony Flew, yang terkenal sebagai pembela atheisme selama bertahun-tahun, mencerminkan sebuah pemandangan terakhir dalam proses keruntuhan yang dialami oleh falsafah atheisme. Ilmu pengetahuan moden telah menyingkap keberadaan suatu "kecerdasan yang meliputi alam semesta", yang dengannya menyingkirkan atheisme.


Dalam bukunya "The Hidden Face of God" (Wajah Tersembunyi Tuhan), Gerald Schroeder, salah seorang ilmuwan pendukung penciptaan yang berpengaruh dalam mengubah keyakinan Anthony Flew, menulis:


"Sebuah kesedaran, kearifan universal, meliputi alam semesta. Penemuan-penemuan ilmu pengetahuan, khususnya yang meneliti sifat quantum dari bahan penyusun atom, telah mengiringi kita mendekati pemahaman yang mengejutkan: seluruh keberadaan adalah perwujudan dari kearifan ini. Di makmal-makmal, kita mendapatinya sebagai informasi yang pertama-tama secara fizik wujud sebagai tenaga dan kemudian terpadatkan hingga menjadi bentuk jisim. Setiap partikel, setiap wujud, dari atom hingga manusia, terlihat mewakili satu tingkatan dari informasi, dari kearifan." (10)


Penelitian secara ilmiah terhadap cara kerja sel dan partikel-partikel penyusun atom bahan telah mengungkap fakta ini tanpa dapat dibantah, iaitu Kehidupan dan alam semesta ini dimunculkan menjadi ADA dari TIADA oleh kehendak dari suatu kewujudan yang memiliki kecerdasan dan kearifan yang maha tinggi. Tidak ada keraguan bahawa pemilik pengetahuan dan kecerdasan yang meliputi alam semesta di seluruh tingkatannya adalah Allah Yang Maha Kuasa. Allah menyatakan kebenaran ini dalam Al Qur'an:


Dan kepunyaan Allah-lah Timur dan Barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al Qur'an, 2:115)



___________________________________________

i Richard N. Ostling, "Lifelong atheist changes mind about divine creator," The Washington Times 10 December 2004; http://washingtontimes.com/national/20041209-113212-2782r.htm
2- Antony Flew, "Letter from Antony Flew on Darwinism and Theology," Philosophy Now; http://www.philosophynow.org/issue47/47flew.htm
3- Stuart Wavell and Will Iredale, "Sorry, says atheist-in-chief, I do believe in God after all," The Sunday Times, 12 December 2004; http://www.timesonline.co.uk/article/0,,2087-1400368,00.html
4- Francis Crick, Life Itself: Its Origin and Nature, New York: Simon & Schuster, 1981, hlm. 88
5- John Whitfield, "Physicists plunder life's tool chest", 24 April 2003; http://www.nature.com/nsu/030421/030421-6.html
6- San Francisco Chronicle, 19 February, 2001
7- Werner Gitt, In the Beginning Was Information, CLV, Bielenfeld, Germany, hlm. 64-7, 79
8- Antony Flew, "Letter from Antony Flew on Darwinism and Theology," Philosophy Now; http://www.philosophynow.org/issue47/47flew.htm
9- "Atheist Becomes Theist: Exclusive Interview with Former Atheist Antony Flew;" http://www.biola.edu/antonyflew/index.cfm
10- Gerald Schroeder, The Hidden Face of God, Touchstone, New York, 2001, hlm. xi